Anda di halaman 1dari 3

Peranan & kepentingan teknologi

pendidikan dalam PdP


peranan teknologi pendidikan dalam PdP

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik
kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang
timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia
dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru
dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya
dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di
fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui
ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru
dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru
dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu
subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini
mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu
menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini
kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di
akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang
berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi
terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,
memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan
pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses
pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan
saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan
menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti
penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan
mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu
menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang
pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama
dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid
dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya
melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid
akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat
segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap
sistem yang diajar menggunakan ICT.

kepentingan teknologi pendidikan dalam PdP

Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada
topik yang akan disampaikan.
Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh
menghiburkan pelajar.
Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,
mendengar atau menyentuh.
Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang
menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan
deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya
ingatan pelajar.
Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang
minimum.
Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman
murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan
ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan
pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru
mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu
pembelajaran.
selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang
pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan
pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.
Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik
Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran.
Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan
Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam
topik yang ingin diajar.
Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Anda mungkin juga menyukai