Anda di halaman 1dari 4

2.

Konsep Perpaduan dan Integrasi


Cabaran

utama

kepada

golongan

pemikir,

pemerintah,

pemimpin

masyarakat

dan

cendiakiawan di Malaysia adalah untuk menjana kefahaman dan membina strategi untuk terus
menerus memantau dan menilai keadaan hubungan antara etnik. Menurut Syamsul Amri Baharuddin
(2008:3) sebelum kita mampu melaksanakan atau merealisasikan bentuk perpaduan dan integrasi
secara berkesan, kita perlu membina kefahaman yang jelas tentang apa yang dimaksudkan
dengan perpaduan dan integrasi. Pada dasarnya hubungan etnik di Malaysia mempunyai asas
perpaduan dan integrasi yang mendalam dan kuat terutamanya yang terbina selepas peristiwa 13
Mei 1969 (Syamsul Amri Baharuddin, 2008:3). Oleh itu, adalah penting kepada kita untuk memahami
secara mendalam tentang perpaduan dan integrasi serta proses bagaimana pembentukan keduaduanya berlaku dan apakah halangan-halangan yang membataskan proses pembentukannya.
Sehubungan itu, perbincangan akan cuba mengupas cakupan makna untuk memberi pemahaman
kepada umum tentang konsep perpaduan dan integrasi di Malaysia.
Perpaduan merujuk kepada proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga terhadap negara (Ahmad Ali Seman & Warti Kimi, 2014:48; Syamsul Amri Baharuddin, 2007).
Perpaduan (unity) lawannya perpecahan (disunity), malah menurut Syamsul Amri Baharuddin
(2008:3) perpaduan yang diidam-idamkan di Malaysia akan tercapai melalui pengembelengan ciri-ciri
kepelbagai (diversity) yang wujud dalam masyarakat.
Unsur perpecahan (disunity) pula berpunca daripada faktor kelas sosial yang mencirikan susun
lapis masyarakat. Ia adalah sesuatu yang universal dan wujud dalam semua masyarakat di dunia.
Setiap kelas sosial mempunyai kepentingan yang berbeza, malahan pertentangan kepentingan dan
kehendak antara kelas sosial yang berbeza ini terus menerus berlaku dan sukar untuk diduga. Proses
tarik tali antara perpecahan (disunity) dan kepelbagai (diversity) yang berterusan dalam masyarakat
berlaku akibat sulaman interaksi faktor kelas, kepentingan etnik dan perbezaan gaya hidup antara
kelas dalam etnik yang berbeza (Syamsul Amri Baharuddin, 2008:4).
Maka bolehlah disimpulkan bahawa konsep perpaduan yang dianjurkan dan realiti sosial yang
menjadi acuannya adalah bersifat abstrak dan nyata sekali gus. Ini bermaksud kita mampu membina
perpaduan melalui strategi tertentu dan pada masa yang sama wujud faktor-faktor penghalang yang
sukar kita duga dan boleh menghancurkan perpaduan yang dibina dalam sekelip mata. Oleh itu, bagi
memastikan kelangsungan perpaduan kita menyedari elemen-elemen penghalang yang wujud dalam
realiti sosial masyarakat pelbagai etnik.
Integrasi pula merujuk kepada proses untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik. Menurut Syamsul Amri Baharuddin (2007) integrasi adalah proses menggabungkan
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti nilai
bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Noriati A. Rashid (2010) pula menyatakan
bahawa integrasi nasional adalah proses penyatuan antara kumpulan yang berbeza dari segi latar
belakang, status sosial dan budaya dalam membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma

disamping mengamalkan kehidupan bersama. Integrasi merupakan satu proses yang berlaku hasil
daripada ikatan perasaan antara manusia yang berbentuk kerohanian atau spiritual yang terhasil
daripada satu penghayatan yang akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati yang jauh
merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional juga merupakan satu proses
berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul
Kenegaraan, 2011 : 179-180).

Integrasi adalah satu proses yang amat kompleks dalam tahap-tahap hubungan etnik dan
boleh dilihat dari darjah kedekatan bermula dengan hubungan yang terpisah (segregasi) sehinggalah
mencapai tahap hubungan yang sebati (amalgamasi). Hubungan yang rapat antara wilayah yang
terpisah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai, seterusnya mampu
mengurangkan konflik, mengutamakan persefahaman dan mewujudkan perasaan harmonis (Ting
Chew Peh, 1987).
Integrasi (integration) pula lawannya adalah segregasi (segregation). Proses segregasi
(pemisahan) dalam masyarakat dikatakan berlaku akibat daripada dasar pecah dan perintah pihak
British. Bentuk segregasi yang jelas berlaku adalah pemisahan ruang fizikal dan segregasi inilah yang
perlu ditangani oleh pihak kerajaan melalui melalui dasar-dasar sedia ada atau yang bakal dibentuk.
Namun begitu proses ini tidak sepenuhnya dapat direalisasikan melalui dasar sedia ada kerana ia
bergantung kepada banyak faktor lain seperti harga rumah, saiz keluarga, kemampuan memiliki,
kemudahan infrastruktur dan sebagainya.
Jika digabungkan perkataan perpaduan dan integrasi maka ia akan membawa maksud
proses untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional.
Kerjasama ini boleh dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.
Dalam konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-unsur
asimilasi, tetapi lebih mirip kepada integrasi, akomodasi dan akulturasi (Mohd Ridhuan Tee, 2010:62).
Secara umumnya perpaduan merujuk kepada suatu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan
etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dan member
komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992).

3.0

Proses Perpaduan dan Integrasi


Proses pembentukan perpaduan adalah satu usaha yang berterusan bermula daripada
segregasi kepada kesepaduan sosial melalui proses integrasi.. Segregasi adalah pemahaman yang
mengasingkan etnik-etnik mengikut kumpulan masing-masing dan tidak berlaku interaksi antara satu
kumpulan dengan kumpulan lain. Segregasi

boleh berlaku dalam masyarakat melalui

(i)

pengasingan tempat tinggal, (ii) pengasingan pekerjaan, (iii) perbezaan tumpuan sektor ekonomi, (iv)
pengasingan sistem persekolahan, (v) perbezaan kepercayaan dan agama, (iv) masalah ekonomi,
(vi) fahaman politik yang berbeza dan (v) penggunaan akhbar yang berbeza (Ahmad Ali Seman &
Warti Kimi, 2014:3). Perubahan daripada segregasi kepada integrasi akan membawa kumpulan

minoriti dan majoriti untuk bersama-sama dalam pembangunan negara. Integrasi yang berlaku juga
tidak akan menghapuskan identiti, budaya, agama, kepercayaan, bahasa dan hak hidup kumpulan
majoriti ataupun kumpulan minoriti.
Syamsul Amri Baharuddin (2008:5) telah mengariskan empat proses penting yang relevan dan
perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat dalam program perpaduan dan integrasi di
Malaysia. Empat proses tersebut dapat diperjelas mengikut hirarki seperti ditunjukkan dalam rajah 1.
Proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh
beberapa kumpulan etnik atau pemerintah untuk mencantumkan
AmaIgamasi

beberapa unsur berbeza daripada kumpulan etnik yang berbeza dalam


satu entiti yang bersatu sama ada secara sementara atau kekal. Contoh
projek sekolah wawasan.
Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang

Asimilasi

berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan


identiti yang sama atau satu versi daripada kelompok dominan. Contoh
komuniti peranakan (baba-nyonya).
Proses penerimaan dan pinjaman unsur atau perlakuan budaya antara

Akulturasi

kelompok etnik yang berbeza.Contoh pakaian, makanan atau apa-apa


yang sesuai dengan norma dan nilai kumpulan etnik yang meminjam.
Proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari

Akomodasi

bahawa mereka adalah berbeza, namun menghormati norma dan nilai


kolektif antara satu sama lain. Contoh konsep kongsi raya, deepa-raya
atau konsep-konsep yang serupa dengannya.
Rajah 1.1: Proses 4A Perpaduan dan Integrasi

Dalam menangani masalah integrasi sosial, Malaysia menggunakan pendekatan asimilasi dan
akomodasi. Pendekatan akomodasi bertujuan untuk memupuk dan mewujudkan nilai bersama seperti
penggubalan Rukun Negara dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Melalui pendekatan
akomodasi tiap-tiap etnik bebas mengamalkan cara hidup mereka secara aman. Proses akomodasi
adalah sangat penting dalam proses perpaduan dan integrasi kelompok etnik di Malaysia (Syamsul
Amri Baharuddin, 2008:6). Akomodasi adalah proses paling utama lagi kritikal yang sudah diterima
dan dihayati oleh semua kelompok etnik yang ada, sama ada secara peribadi atau kolektif. Ini terjadi
kerana sikap positif, dan saling menghormati antara kelompok etnik terhadap nilai dan norma yang
diamalkan oleh kelompok etnik lain yang wujud dalam kalangan penduduk Malaysia. Melalui proses
akomodasi, secara sedar atau tidak akan menyebabkan berlakunya unsur akulturasi iaitu proses
penyerapan atau pinjaman unsur atau perlakuan budaya kelompok etnik lain dan diterima sebagai
amalan dalam kumpulan etnik tersebut, contohnya amalan memberi angpow yang sudah diterima
sebagai budaya oleh semua kumpulan etnik di Malaysia. Proses akulturasi ini mampu merubah tiang
seri budaya, norma dan nilai sesuatu kumpulan etnik. Dalam kes ini, etnik yang meminjam budaya
mempunyai kelebihan dengan menambah ritual budaya baru dalam kelompoknya.

Sejarah telah membuktikan bahawa di Malaysia, terdapat kelompok etnik yang sedia dan
sanggup untuk berakomodasi dengan meminjam unsur-unsur budaya etnik lain, malah bersedia
menerima sebahagian besar budaya etnik lain untuk diaplikasikan sebagai budaya etnik mereka.
Kumpulan Cina peranakan di Melaka dan Sikh peranakan di Sabah adalah contoh etnik yang terlibat
dalam proses asimilasi. Amalgamasi adalah satu proses yang amat berguna dan penting dalam
usaha pemupukan perpaduan dan integrasi, tetapi proses ini jarang berlaku dan amat sukat untuk
direalisasikan. Oleh itu agak sukar untuk memberi contoh bagi menggambarkan bagaimana
amalgamasi berlaku, mungkin idea sekolah wawasan boleh dijadikan contoh, tetapi realitinya sekolah
wawasan lebih kepada adunan antara proses akomodasi dan akulturasi.
Berdasarkan perbincangan, maka dapatlah disimpulkan bahawa proses pembentukan
perpaduan dan integrasi di Malaysia perlu mengambil kira proses 4A dalam setiap strategi yang
dicadangkan. Setiap komponen dalam proses 4A ternyata menggambarkan bahawa wujud perpaduan
dan integrasi di Malaysia. Cuma intensity perpaduan dan integrasi ini berbeza-beza dalam setiap
proses dan seringkali berlaku turun naik (Syamsul Amri Baharuddin, 2008:7).

Anda mungkin juga menyukai