Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Pembanggunan produk baru ialah membantu dan membentuk pertumbuhan serta


keuntungan sesebuah perniagaan. Kemasukan produk baru ke dalam pasaran secara
berterusan penting untuk mengekalkan jualan serta keuntungan jangka panjang bagi
sesebuah syarikat. Pengubahsuaian atau penghasilan poduk baru adalah penting sejajar
dengan keadaan semasa. Produk yang telah lama di pasaran akan menjadi usang di mana
ianya akan memberi kesan terhadap jualan dan keuntungan organisasi. Hal ini kerana
berlakunya perubahan cita rasa pengguna dan kemajuan teknologi. Oleh itu, produk inovasi
perlu dirancang secara konsisten dan dinamik untuk mencapai keseimbangan dalam portfolio
produk dan inovasi yang dilakukan adalah satu kelebihan kepada syarikat untuk bersaing.

Proses pembangunan produk adalah proses kompleks yang memerlukan


perancangan, pembangunan dan mengurus pelbagai produk dalam sesuatu tempoh masa.
Kursus ini akan menitik beratkan cara-cara terbaik dengan membincangkan topik-topik seperti
strategi produk menerusi kitaran hidup produk, bagaimana untuk menangani persaingan
dinamik yang berubah pada kitaran hidup produk, dan perancangan portfolio.

Program Pembangunan Produk bertujuan untuk membangunkan produk yang


berpotensi untuk dipromosi dan dipasarkan melalui pasar raya tempatan dan asing di dalam
negara. Program ini turut membantu meningkatkan peratus (%) Stock Keeping Unit (SKU)
produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di dalam pasar raya besar asing di dalam
negara selaras dengan Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan
Pengedaran di Malaysia (Pindaan 2010). Melalui program ini, produk-produk PKS mampu
untuk bersaing dengan produk keluaran syarikat asing yang telah memasuki pasaran pasar
raya tempatan dan asing di dalam negara. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kemahiran
pengusaha PKS untuk mengendali dan merancang proses pengeluaran produk bagi
memenuhi permintaan pasaran yang lebih besar.
2.0 Mengenalpasti Masalah

Masalah sebenarnya menjadi rahmat kepada tamadun manusia. Kebanyakkan hasil


ciptaan bermula dengan masalah. Contohnya, masalah hawa panas telah menyebabkan
kemunculan ciptaan kipas. Telefon pula dicipta bagi memudahkan kita berhubung dalam jarak
yang jauh dan kereta dicipta untuk memudahkan pergerakan. Mengenalpasti masalah
merupakan asas dalam perekaan produk baru atau produk sedia ada. Mengenalpasti masalah
menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Bagi pengeluar pula, mengenalpasti masalah
dianggap sebagai faktor yang penting dalam meningkatkan kualiti produk sedia ada serta
mampu memenuhi kehendak pengguna.

Langkah pertama dalam proses reka cipta ialah mengenalpasti masalah. Tanpa
mengetahui masalah, kita tidak mampu atau sukar untuk mereka cipta sesuatu produk.
Contohnya, alat pengering kasut direka apabila kita menghadapi masalah untuk
mengeringkan kasut sekolah (daripada kanvas). Dalam musim hujan, kasut lambat untuk
dikeringkan. Pada waktu yang sibuk, anda kesuntukan masa untuk membasuh kasut dan
masa yang ada cuma pada waktu malam sahaja. Sebagai jalan penyelesaiannya, alat
pengering kasut telah direka. Dalam situasi yang kedua pula, kita mempunyai banyak alat
kawalan jauh (remote control) di rumah. Kebiasaannya, alat kawalan jauh terletak di atas
lantai (mungkin terpijak) atau rak TV. Alat kawalan jauh merupakan satu device yang sensitif
dan mudah rosak jika terhempas. Justeru itu, rak untuk alat kawalan jauh telah direka sebagai
jalan penyelesaiannya.

3.0 Mengumpul Maklumat Dan Data

Maklumat dan data adalah unsur penting dalam penyelesaian masalah. Data
merupakan maklumat terperinci tetang sesuatu produk. Data dapat diperolehi daripada
katalog, Lembaran Spesifikasi dan manual produk. Maklumat pula berkaiatan dengan produk
yang dijual di pasaran, Reka Bentuk dan sumber Teknologi. Terdapat berbagai cara untuk
mendapatkan maklumat dan data.

Anda mungkin juga menyukai