Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JALAN FLETCHER 53200 KUALA LUMPUR

________________________________________________________________________________-

__________________________________________________________________________________
PENDAHULUAN

Program peningkatan ini merupakan salah satu usaha guru sebagai langkah yang
dijalankan untuk membantu murid-murid tahun 3 dan 4 yang lemah dan
menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membaca dan
menulis dalam subjek Bahasa Melayu. Program ini membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran asas murid-murid untuk belajar.

MATLAMAT
Antara matlamat utama program peningkatan ialah :
 membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk
menguasai kemahiran tertentu
 memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran

OBJEKTIF
 meningkatkan penguasaan murid di dalam kemahiran membaca dan meulis
Bahasa Melayu.
 Membina keyakinan diri, berfikiran positif dan sifat berusaha untuk Berjaya
dalam diri murid-murid lemah dalam pembelajaran
 Memberi satu kaedah pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid.
 Menguji tahap kemampuan murid setelah mempelajari kemahiran
membaca dan menulis dalam program peningkatan.

PELAKSANAAN PROGRAM

Program peningkatan ini dapat dijalankan kepada tahun 3 dan tahun 4. Beberapa
aktiviti akan dijalankan bagi murid tahun 3 dan tahun 4

 Kemahiran Membaca

 Setiap murid akan mendapat modul bacaan.


 Modul bacaan ini mempunyai 3 tahap iaitu mudah, sederhana, susah.
 Murid dibimbing secara individu untuk mencapai ketiga-tiga tahap membaca.
 Modul bacaan ini perlu ditandatangani oleh guru dan ibu bapa.

Tahun 3 Tahun 4
 Membaca berdasarkan modul  Membaca berdasarkan modul
Bacaan yang dihasilkan oleh guru Bacaan yang dihasilkan oleh guru BM
BM  Ayat Pendek
 Ayat Pendek  Petikan
 Petikan  Contoh karangan
 Kemahiran Menulis

 Murid akan menggunakan modul Aktiviti bagi meningkatkan tahap dalam


kemahiran menulis.
 Setiap murid akan mendapat modul menulis yang mempunyai pelbagai aktiviti.
 Modul bacaan ini perlu ditandatangani oleh guru dan ibu bapa.

Tahun 3 Tahun 4
Bina kata kerja berdasarkan gambar Bina kata kerja berdasarkan gambar
Bina ayat mudah berdasarkan Bina ayat mudah berdasarkan
perkataan dan gambar perkataan dan gambar
Bina isi karangan berdasarkan Bina isi karangan berdasarkan
gambar (Peta Minda) gambar (Peta Minda)
Isi Tempat kosong untuk membina Isi Tempat kosong untuk membina
karangan karangan
Menulis ulasan

KUMPULAN SASARAN
Murid-Murid Lemah Tahun 3 Dan Tahun 4

PENUTUP

Di harapkan agar program peningkatkan yang dijalankan ini dapat memberi


impak positif kepada para murid tahun 3 dan tahun 4 serta motivasi dan
minat untuk terus belajar dan tidak ketinggalan dalam matapelajaran Bahasa
Melayu di samping dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar di
dalam kelas

Disediakan oleh,

……………………........................................………
(UTAYARAJAN A/L GOVINDARAJAN)
Guru Bahasa Melayu Tahun 3 dan Tahun 4
SJKT Jalan Fletcher
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai