Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan bagaimana pendidikan penting untuk pembangunan negara dan

pembangunan negara penting untuk pendidikan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pendidikan yang terdapat di Malaysia sebenarnya memainkan peranan yang


sangat penting dan bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia
tetapi juga untuk meningkatkan hubungan perpaduan antara kaum.
Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan
penting di dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan
perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di
negara ini. Kesinambungannya, kerajaan telah menjadikan matlamat untuk
membina negara bangsa ini sebagai teras pertama dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Pelan Induk ini telah dilancarkan pada
16 Januari 2007, bagi menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di
bawah Rancangan Malaysia Ke-9, yang ingin membentuk sebuah negara dan
masyarakat yang maju dari segi ekonomi, seimbang dalam pembangunan
sosialnya, sekali gus melahirkan warga yang bersatu padu, berbudaya,
berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju serta berpandangan jauh.
Menurut Nor Hartini binti Saaridi dalam artikelnya bahawa Islam amat
mementingkan soal pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang
sempurna. Ini kerana pendidikan merupakan salah satu tunjang utama
dalam pembangunan sosial negara. Pengabaian dalam soal pendidikan
bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan
sesebuah negara. Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah
negara dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar
pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang
diperlukan oleh masyarakat. Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan
yang besar untuk menjamin kemajuan yang berterusan dan bagi
membangunkan modal insan minda kelas pertama' pada masa akan datang.
Secara ringkasnya bahawa pendidikan sebenarnya memainkan peranan yang
penting untuk mencapai impian sebagai sebuah negara bangsa yang unggul
mengikut acuan sendiri sepertimana yang telah menjadi matlamat kerajaan
selama ini.

Anda mungkin juga menyukai