Anda di halaman 1dari 11

Falsafah ini adalah lautan.

Jika kamu berlayar di permukaannya, kamu akan bertemu dengan ribut lautan yang menggila dan kamu boleh karam. Tetapi jika kamu menyelam hingga ke dasarnya, Maka kamu akan bertemu khazanah berharga yang tersimpan di perut lautan itu.

Ahli falsafah menukilkan bahawa manusia boleh berfalsafah tentang pengertian falsafah itu sendiri. Namun begitu, definisi falsafah amat susah di takrif kan dan perkara itu di akui oleh ramai ahli falsafah sendiri. Selama mana kita mampu menganalisa pengertian falsafah untuk dijadikan rukun panduan kendiri, maka selama itulah rukun-rukun itu mampu mengertikan falsafah untuk diketengahkan sebagai panduan. Tuntas nya, dalam erti kata yang mudah, falsafah membawa panduan.

Menurut kamu dewan edisi ke-4 falsafah ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Manakala daripada segi bahasa perkataan falsafah itu berhubung rapat dengan perkataan Yunani iaitu philosophia. Dalam kata majmuk yang terdiri daripada philos dan Sophia. Philos ertinya cinta dalam erti yang seluas-luasnya. Sophia pula ertinya kebijaksanaan. Kebijaksanaan ini ertinya mengetahui sesuatu kebenaran yang hakiki.

Oleh itu, falsafah menurut namanya sahaja falsafah boleh diertikan mencintai kebijaksanaan. Dalam Islam, falsafah ditafsirkan kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah berkata Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman.

Terdapat beberapa komponen yang telah menjadi asas kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Negara. Antaranya ialah penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1974, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun Negara, prinsip-prinsip pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Memetik kata-kata Dr.Mohd Nur Manuty (1989), Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara, tuju hala dan matlamat pendidikan negara nampak semakin kukuh dari waktu sebelumnya. Gabung jalin antara rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan adalah menepati falsafah pendidikan Islam. Pernyataan beliau telah menyokong bahawasanya

Falsafah Pendidikan Negara adalah aspirasi yang lengkap untuk dalam usaha memenuhi keperluan negara maju pada tahun 2020. Namun begitu, aspirasi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Bak kata pepatah yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek .Falsafah pendidikan guru telah digubal sebagai panduan dan haluan kepada para pendidik untuk merancang dan mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.

Seperti yang kita tahu, pendidikan merupakan asas kemajuan kepada sesuatu negara. Tanpa pendidikan sesuatu Negara itu boleh diibaratkan seperti pohon yang tidak berbuah. Falsafah Pendidikan Guru adalah amat penting untuk merealisasikan segala matlamat Negara. Antara matlamat utama Negara ialah bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Segala hasrat yang termaktub dalam Wawasan 2020 ini akan tercapai jika rakyat Malaysia berganding bahu dalam mencapai impian ini. Segalanya adalah bermula daripada keperibadian seseorang individu iaitu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama harus mempunyai sifat bertolak ansur dan berpandangan ke hadapan. Secara lebih terperinci hasrat Wawasan 2020 ini adalah bergantung kepada nilai-nilai dan keperibadian seseorang individu.

Tambahan itu pula, keperibadian seseorang individu itu hendaklah dibentuk sejak mereka kecil lagi dimana mereka diibaratkan sebagai kain putih yang dicorak oleh insan bergelar ibu bapa dan guru. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam konteks ini, guru adalah insan yang memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian seseorang individu sendiri. Bagaimana acuan begitulah bentuknya. Guru yang berintegriti dan berdedikasi merupakan teras bagi pembentukan seseorang individu yang berkeperibadian baik dan menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

Peranan guru disini adalah satu misi atau haluan dalam mendidik anak bangsa yang akan merealisasikan Wawasan 2020. Secara asasnya apa yang perlu dilaksanakan oleh seseorang guru ialah merealisasikan segala intipati yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara kerana inilah yang akan membantu Negara kita mencapai Wawasan 2020. Falsafah ini digubal berdasarkan matlamat dan misi Negara. Dalam Falsafah Pendidikan Negara terkandung beberapa garis panduan kerja kepada guru yang dimana apabila diteliti dengan lebih mendalam terdapat kesinambungannya dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Dalam Wawasan 2020 terkandung sembilan hasrat dimana boleh disimpulkan bahawa Wawasan 2020 ini ingin mewujudkan masyarakat yang makmur, bersatu padu, liberal dan menyumbang kepada ketamadunan saintifik. Falsafah Pendidikan Negaralah yang akan membantu Negara Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020. Di dalam Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara....

Di mana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama.Oleh sebab itu, keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah ini. Dari sini dapat kita kaitkan peranan Falsafah ini dengan kandungan Wawasan 2020 yang kelima iaitu Mewujudkan masyarakat liberal dan

bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara....

Seterusnya dalam Falsafah Pendidikan Negara juga menyatakan ...Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan.

Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK. Daripada usaha Falsafah Pendidikan Negara ini sapat kita kaitkan dengan hasrat Wawasan 2020 yang kedua iaitu Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,

tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah....

Daripada prakaitan antara Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 ini dapat kita simpulkan bahawa Falsafah Pendidikan Negara memainkan peranan yang amat penting dalam membantu Negara merealisasikan Wawasan 2020 dan insan yang bergelar gurulah yang memikul beban peranan dan menghadapi cabaran dalam merealisasikan aspirasi

negara ini. Guru haruslah bersedia menyanjung apirasi Negara dan menghadapi segala likuliku dalam mendidik anak bangsa. Guru haruslah memainkan peranan yang penting iaitu mendidik anak bangsa seperti menatang minyak yang penuh.

Cabaran Negara kita sedang dibuai arus globalisasi seiring dengan era ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, negara amat memerlukan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Golongan muda, merupakan aset penting dalam membentuk sosiobudaya & ekonomi negara. Selain itu, mereka ini juga merupakan pemangkin pertukaran paradigma jangka masa panjang.

Sehubungan dengan itu, kita perlu bangkit dari takuk keselesaan kerana manusia semakin berlumba-lumba untuk menimba ilmu. Justeru itu, proses menimba ilmu perlu dijadikan sebagai suatu proses yang berterusan. Malaysia masih baru untuk menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai agenda pembangunan negara jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Kanada. Dari sudut pandang seorang guru, cabaran yang dihadapi adalah untuk membuka minda para pelajar agar meneruskan pengajian sebagaimana konsep yang didefinisikan oleh OECD (Organisation For Economic Cooperation and Development) ialah untuk mendorong individu agar terus belajar sama ada secara formal atau tidak formal.

Pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk memberi latihan dan pendidikan kepada semua orang. Di alam persekolahan, pembangunan modal insan difokuskan untuk memberi tumpuan kepada sistem nilai, disiplin, sahsiah dan jati diri pelajar. Cabaran yang sedang ditangani oleh guru-guru sekolah ialah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan

pelajar. Membaca adalah jambatan ilmu. Sikap kurang membaca dalam kalangan rakyat negara ini sangat ketara apabila diberitahu bahawa warganegara kita hanya membaca setengah halaman dalam setahun secara puratanya.

Jika kita tidak mempunyai minat untuk membaca, justeru bagaimanakah untuk kita membudayakan ilmu dalam kehidupan seharian ?. Natijahnya para pelajar akan mengalami anjakan paradigma hasil dari pemerolehan ilmu, yakni melalui pembacaan. Sedangkan orang barat berjaya membudayakan ilmu, tidak seharusnya masyarakat kita masih merabaraba menuju ke arah yang sama. Guru perlu menjadi pelopor kepada arus pendidikan sepanjang hayat. (B.Harian Rabu,16 Mei 2007). Namun begitu, tanggungjawab ini bukanlah terpikul sepenuhnya kepada kepimpinan sekolah, malah anggota komuniti masyarakat juga perlu memberi idea intelek yang boleh mengerakkan aktiviti tersebut.

Marcapada, kedinamikan profesion keguruan dalam masyarakat moden sentiasa dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan dasar strategik seperti ekonomi, politik, perubahan sosial dan pembangunan nasional. Sehubungan dengan itu, pelbagai perubahan yang telah berlaku dan profesion keguruan sebenarnya amat memerlukan pelbagai perubahan yang inovatif dan kreatif yang mampu menyelesaikan setiap masalah di samping menghadapi cabaran-cabaran yang baru di dunia alaf baru ini.

Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Namun pelaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku seiring dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan bermasyarakat dan

pembangunan nasional. Cita-cita materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan pelaksanaan Falsafah Pendidikan Negara dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama serta moral sebenarnya tidak dianggap sebagai suatu yang utama.

Penghayatan terhadap nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral hanya suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai komersial untuk masa depan pelajar. Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti profesional yang sesuai dengan proses globalisasi. Jika kita melihat kepada aspek intelek, kita akan membincangkan apakah cabaran kepada seorang guru bagi melahirkan murid yang mempunyai intelek yang tinggi? .Sudah pasti ada langkahnya.

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah yang berkualiti, adalah bergantung pada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar. Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan para pelajar. Sebagai contohnya, budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya kaunseling atau budaya sukan, ia sudah pasti mampu untuk membentuk kemahiran asas 3M (Membaca,menulis dan mengira). Budaya di sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai perwatakan diri yang tinggi sebagai prinsip hidup malah bukannya hanya berteraskan kepada kognitif semata-mata.

Apabila menyentuh mengenai aspek rohani pula, antara satu cabaran seorang guru adalah untuk membentuk modal insan yang bersifat madani .Pendidik yang profesional dapat menangani sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan yang baik serta akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Oleh itu, usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, maka pembentukan rohaniah dan kefahaman diri perlulah diberikan perhatian yang serius.

Oleh itu, konsep masyarakat madani merupakan salah satu wadah atau atur cara dalam pembentukan budaya di kalangan masyarakat Malaysia. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mestilah diberikan perhatian. Antaranya ialah prinsip yang berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat dan

mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani.

Selain daripada itu, salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru ialah cabaran untuk melaksanakan perhubungan dengan masyarakat khususnya pelajar. Bukan setakat itu sahaja, guru juga perlu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan ibu bapa. Secara tidak langsung, guru perlu menghormati ibu bapa kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan pihak ibu bapa tanpa mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Walaupun antara cabaran guru yang lain termasuklah perlu menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Mengikut Yang Berbahagia Dato Haji Abdullah Rafie bin Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pengukuhan dan peningkatan kualiti pendidikan dan profesionalisme keguruan menyatakan: hubungan 3-dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi perhatian. Ketiga-tiga entiti ini, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sesebuah sistem negara itu bergantung pada sejauh mana ketigatiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Kesinambungannya, cabaran seterusnya yang perlu difikirkan oleh guru adalah untuk mewujudkan rakyat minda kelas pertama. Dalam hal ini, ia bukanlah satu perkara yang mudah tetapi tidak pula mustahil untuk dicapai jika semua pihak saling memainkan peranan bagi mencapai matlamat ini. Ironinya, rakyat yang kurang kesedaran sivik dan cetek pemikirannya serta mengutamakan hiburan nescaya tidak berupaya untuk memiliki minda kelas pertama.

Kokurikulum di sekolah rendah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, akademik akan diberi keutamaan di samping penglibatan aktif pelajar di dalam bidang kokurikulum sebagaimana sistem meritokrasi bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurut Crawford dan Godbey (1987), terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Faktor yang pertama ialah kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat. Faktor intrapersonal melibatkan keadaan psikologi individu yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.

Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh para guru ialah apabila ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan hanya membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Tanpa mereka sedari, akal yang cerdas adalah hasil dari tubuh badan yang cergas. Dewasa ini, faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan.

Justeru itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) telah digubal bagi mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dar segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini juga selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

Justeru, sebagai langkah pertama hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan, di sini lah wujud cabaran bagi para guru untuk menerapkan semangat kesukanan ke dalam jiwa para pelajar. Aktiviti sukan di bawah aktiviti sukan untuk semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Manakala, bagi sukan untuk kecemerlangan prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan

di bawah program kecemerlangan bakat muda, sukan prestasi tinggi sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Memetik kata-kata pujangga, melentur buluh biarlah dari rebungnya .

Meneliti sudut pandang agama Islam, di antara profesion yang mulia di sisi Allah S.W.T dan juga masyarakat ialah kerjaya guru. Hal ini demikian kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk menyampaikan ilmu serta mendidik masyarakat. Bukan sahaja agama Islam, malah semua agama yang ada di dunia turut menyanjung tinggi kerjaya sebagai seorang guru.

Selain itu, cabaran seorang guru bukan kecil. Jika tiada kesabaran, pasti akan dilanda tekanan yang amat berat. Tugas hakiki seorang cikgu adalah mengajar namun di sekolah itu hanyalah sebahagian dari tugas-tugas lain. Apabila dibebani tugas yang berat, kadang kala ianya menjejaskan keluarga bagi yang sudah berumah tangga dan seterusnya menggangu kehidupan normal.

Kejayaan murid-murid merupakan kemanisan yang dapat dirasai oleh seorang cikgu walaupun ianya tidak dikenang oleh murid itu sendiri. Kejayaan murid lebih dilihat kehebatan murid itu sendiri dan kebijakan ibu bapa mereka yang mendidik. Namun sebaliknya apabila seorang murid itu gagal, pasti cikgu yang akan dipersalahkan kerana tidak mengajar dengan baik.

Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masakini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama. Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri.Merungut bukanlah penyelesaian yang baik.Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi. Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif. Bak kata pepatah berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.

Memang guru juga insan biasa. Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening memikirkannya. Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Saya belajar suatu perkara. Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.

Emosi ialah keadaan perasaan yang merupakan satu elemen penting untuk penerusan kehidupan. Perkembangan emosi bermaksud perkembangan perasaan dan peluahannya dalam konteks hubungan dengan orang atau objek lain di dunia ini. Emosi juga merupakan pengantara komunikasi, faktor penting dalam hubungan sosial dan agen penggalak tingkahlaku yang utama. Emosi merupakan sumber keseronokan mahupun kesedihan yang berupaya mempengaruhi perkembangan moral seseorang.Emosi yang dinyatakan di sini adalah emosi antara guru dan muridnya. Apa yang dimaksudkan ialah guru haruslah terlebh dahulu mempunyai kemahiran kawalan emosi yang baik dalam menghadapi tingkah laku dan karenah anak murid.

Jika dilihat dari segi rasional, bagaimana guru hendak memahami emosi kanak-kanak jika emosinya sendiri tidak dapat dikawal. Ini adalah cabaran besar yang harus dihadapi oleh guru di zaman globalisasi ini. Guru bukan sahaja mengawal emosinya tetapi juga

memahami emosi kanak-kanak. Dalam pendidikan, guru sekolah rendah dan sekolah menengah mempunyai cabaran yang berbeza dalam menangani masalah emosi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Murid sekolah rendah adalah murid-murid yang berumur antara 6 hingga 12 tahun. Mereka masih belum mencapai akil baligh dimana mereka masih dalam dunia kanak-kanak.

Guru haruslah memahami emosi kanak-kanak yang suka bermain dan amat sensitif jika guru meninggikan suara atau dimarah. Untuk memahami mereka bukannya sesuatu yang mudah tetapi inilah cabaran yang cukup mencabar yang harus dihadapi oleh seorang guru. Kita harus cuba masuk ke dalam dunia mereka bukan mereka yang masuk ke dalam dunia kita. Sifat guru yang terlalu serius juga antara penyebab murid sukar untuk berdamping rapat dengan guru. Sifat ini harus dihindari kerana inilah tembok yang memisahkan hubungan rapat antara guru dan murid. Seterusnya cabaran yang dihadapi oleh guru sekolah menengah juga tidak kurang hebatnya. Guru sekolah menengah haruslah

memahami sikap pelajar sekolah menengah dimana emosi mereka lebih mudah tersentuh jika ada ketidaksefahaman antara guru dan pelajar.

Mereka baharu sahaja memasuki dunia remaja dan perhubungan mereka lebih cenderung kepada jantina bukan sejenis. Dalam konteks ini, guru harus memainkan peranan dalam mendidik anak pelajar agar tidak terjerumus kedalam gelombang yang memudaratkan moral mereka. Seterusnya guru juga haruslah memahami sikap mereka dengan cuba untuk merapatkan hubungan dengan cara bersifat terbuka dan bersikap mudah didampingi.

Anda mungkin juga menyukai