Anda di halaman 1dari 19

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9.0 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

9.1 GARIS PANDUAN KHUSUS

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
1. Taman Rimba i. Taman Rimba Ampang amat popular bagi penduduk tempatan sebagai tempat rekreasi dan pencinta alam dari dalam dan luar negeri sebagai
Ampang destinasi untuk memerhati burung (birdwatching).
(Sebahagian
Daripada Hutan ii. Kawasan ini mempunyai nilai tarikan rekreasi yang tinggi dan berpotensi untuk diperkembangkan sebagai destinasi ekopelancongan.
Simpan iii. Satu pelan pengurusan taman rimba hendaklah disediakan dan dikemas kini setiap dua tahun. Pelan pengurusan hendaklah menetapkan zon
Ampang) mengikut kegunaan atau aktiviti pelawat dan langkah-langkah mitigasi & penyenggaraan untuk menangani kesesakan, pelupusan sampah-sarap,
pemampatan tanah (soil compaction), pemuliharaan tumbuhan dan sebagainya.

Kegiatan Yang Boleh Dibenarkan Kegiatan Yang Tidak Boleh Dibenarkan

Berkelah Mencemarkan air


Berkhemah Memotong pokok dan anak pokok
Berenang Mengambil sebarang tumbuhan atau sebahagiannya
Memerhati Burung Membuang sampah
Fotografi Menjerat binatang & hidupan liar
Pendidikan Alam Semula Jadi Sebarang kegiatan lain yang dilarang di bawah Akta Perhutanan 1984 & Pelan Pengurusan Taman
Berjalan Kaki/ Trekking/ Rentas Rimba Ampang.
Hutan

(Diolah dari Pelan Ekopelancongan Malaysia: Garis Panduan No. 6, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kerajaan Malaysia)
iv. Kemudahan kawalan pelawat berikut perlu disediakan:-
Penyediaan dan pengurusan ruang meletak kenderaan;
Kawalan dan pengurusan sampah; dan
Kawalan mengelak kerosakan tumbuhan akibat daripada penebangan, dipijak dan dibakar.

v. Pembangunan Taman Rimba perlu mematuhi Pelan Pembangunan Hutan Lipur yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
dan Pelan Pengurusan Taman Rimba Ampang.

Bersambung...

9-1
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1 : Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
2. Taman Negeri i. Permatang kuarza ini terletak dalam sempadan Taman Negeri Selangor. Sebarang kegiatan tertakluk kepada warta Taman Negeri, Akta Kanun
(Permatang Tanah Negara 1965, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan peraturan yang telah diwartakan di bawah kawasan larangan (kawasan tadahan
Kuarza & Rizab air).
Hidupan Liar
ii. Pelan pengurusan khusus untuk permatang kuarza perlu disediakan untuk menyepadukan semua peruntukan perundangan yang berkaitan
Klang Gates)
dengan kawasan ini. Permatang kuarza ini ialah kawasan warisan geologi bertaraf dunia (monumen geologi) dan warisan kebangsaan. Pelan
Pengurusan hendaklah dikemas kini setiap dua tahun.
iii. Jawatankuasa Pengurusan Taman Negeri hendaklah diwujudkan untuk menyelaraskan semua agensi yang terlibat dengan pengurusan semua
kawasan yang termasuk dalam Taman Negeri, terdiri daripada Perbadanan Taman Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor,
Jabatan PERHILITAN, LUAS, JPBD Selangor, JPS Selangor, JMG Selangor, MPAJ, MPS, Pejabat Daerah & Tanah Gombak dan ahli lain yang ditetapkan
oleh Kerajaan Negeri.
iv. Semua pelawat yang hendak mendaki permatang kuarza mestilah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Taman Negeri dan di bawah
pengawasan pemandu arah yang bertauliah dan berdaftar dengan Taman Negeri Selangor.
v. Zon Penampan selebar 500m disediakan sekitar sempadan Taman Negeri dan ditanda dengan jelas. Guna tanah zon penampan tertakluk kepada
syarat tanah pertanian dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Kegiatan Yang Boleh Dibenarkan Kegiatan Yang Tidak Boleh Dibenarkan

Memerhati burung Mengutip sebarang batuan, kristal kuarza, tumbuhan dan haiwan sebagai cenderamata
Fotografi Memotong kayu untuk berkhemah dan unggun api
Memerhati hidupan liar Merosakkan struktur geologi
Pendidikan alam semula jadi Memburu
Mendaki(dengan Sebarang kegiatan lain yang dilarang di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta
pengawasan pemandu arah Perlindungan Hidupan Liar & Pelan Pengurusan Taman Negeri (Permatang Kuarza)
berdaftar)

Bersambung...

9-2
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
3. Taman Negeri i. Kawasan ini telah diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor Fasa 1. Sebarang kegiatan di hutan ini tertakluk kepada warta Taman Negeri
(Hutan Simpan Ulu Selangor, Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Kanun Tanah Negara 1965. Terkenal untuk aktiviti sukan lasak seperti merentas hutan dan
Gombak & Hutan mountain bike.
Simpan Ampang)
ii. Pelan pengurusan khusus untuk kawasan hutan simpan perlu disediakan untuk menyepadukan semua peruntukan perundangan yang berkaitan
dengan kawasan ini. Pelan Pengurusan hendaklah dikemas kini setiap dua tahun.

Kegiatan yang boleh dibenarkan Kegiatan yang tidak boleh dibenarkan

Memerhati burung Mengutip tumbuhan dan haiwan sebagai cenderamata


Fotografi Memotong kayu untuk berkhemah dan unggun api
Memerhati hidupan liar Kegiatan yang mencemarkan badan air, air tanah dan laluan air
Pendidikan alam semula jadi Aktiviti sukan bermotor
Merentas hutan (trekking) Kegiatan yang dilarang di bawah warta Taman Negeri, Akta Perhutanan Negara 1984 & Pelan
Berkhemah Pengurusan Taman Negeri

iii. Perancangan dan pengurusan tapak:-


Kawasan hutan simpan Taman Negeri perlu dizonkan mengikut jenis penggunaan dan tahap laluan yang dibenarkan. Zon untuk penggunaan
kerap, zon di mana bangunan boleh ditempatkan , zon untuk penggunaan yang rendah dan zon larangan perlu ditetapkan.
Zon Penampan selebar 500m disediakan sekitar sempadan Taman Negeri dan di tanda dengan jelas. Guna tanah zon penampan tertakluk
kepada syarat tanah pertanian dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Pusat pelawat hendaklah ditempatkan di jalan masuk utama ke Taman Negeri.
Sebarang pembinaan kemudahan infrastruktur (kemudahan penginapan, restoran, kedai dan tempat letak kenderaan) perlu ditempatkan di
luar atau di pinggir sempadan hutan simpan untuk mengurangkan kesan ke atas kawasan berkenaan.
Setiap pelawat perlu mendaftar dengan pihak berkuasa Taman Negeri sebelum memasuki hutan simpan Taman Negeri.
Kemudahan pelancongan perlu diasingkan daripada kawasan pentadbiran.
Cara dan bahan pembinaan perlu direkabentuk untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar; menggunakan kayu yang telah dirawat.
Bangunan tidak boleh melebihi ketinggian pokok dan dihadkan kepada dua tingkat maksimum, kecuali bagi menara tinjau.
Penanaman pokok landskap menggunakan spesies tempatan setempat sahaja dibenarkan. Spesies eksotik hiasan tidak dibenarkan sama sekali.

Bersambung..

9-3
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
4. Pembangunan i. Semua badan air semula jadi dan tasik bekas lombong memainkan peranan penting dalam mengekalkan kitaran hidrologi dan tebatan banjir.
Kawasan Tasik
ii. Kegiatan yang dibenarkan di kawasan tasik mestilah selaras dengan peraturan MPAJ dan Garis Panduan No. 8, Pelan Ekopelancongan Malaysia
(Taman Tasik
Pandan Perdana, oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kerajaan Malaysia.
Tasik Ampang Jaya
/Flamingo) Kegiatan yang boleh dibenarkan Kegiatan yang tidak boleh dibenarkan
Berkelah Kegiatan yang mencemarkan air
Berkanu, berkayak & kenderaan air tidak bermotor Merosakkan tumbuhan
Memancing rekreasi/sports fishing Menangkap ikan (selain memancing rekreasi)
Memerhati burung Memandu bot bermotor, jet ski
Fotografi Sebarang kegiatan lain yang menyumbang kepada masalah pencemaran,
Aktiviti riadah degradasi tasik dan tertakluk kepada undang- undang dan peraturan sedia ada.

iii. Sebarang pembangunan baharu di sekitar mestilah mematuhi Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik yang ditetapkan oleh
JPBD.

iv. Pembangunan fizikal hendaklah dianjak minimum 20m dari gigi air tasik.

v. Kualiti air tasik perlu dipantau secara berkala bagi memastikan kualiti air di paras yang dibenarkan untuk kemudahan rekreasi mengikut Piawaian
Kualiti Air Kebangsaan.

vi. Habitat kawasan tasik perlu dibaik pulih bagi menarik kehadiran hidupan liar kecil, khususnya spesies burung, ke kawasan tasik. Ciri-ciri dan
rekabentuk landskap tasik mestilah mengikut ciri-ciri hutan semula jadi dan tanah bencah.

vii. Rekabentuk habitat semula jadi dibentuk dengan mewujudkan kepelbagaian struktur (tiga lapisan tumbuhan: pokok besar, pokok kecil dan pokok
renek); kepelbagaian spesies; dan spesies tempatan (rujuk rajah di sebelah) :-

Bersambung..

9-4
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN

Struktur Habitat Dengan Lapisan Pokok Bagi Menarik Kehadiran


Pelbagai Hidupan Liar
Sumber : WWF Malaysia (1990) Bring Back The Birds! Planning forTrees
and Other Plants to Support Wildlife in Urban Areas

Ilustrasi Rekabentuk Kawasan Tasik Rekreasi


Sumber : Garis Panduan dan Piawaian Perancangan
Kawasan Tasik, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Malaysia

Bersambung..
.

9-5
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
5. Kawasan Tanah Takrifan :-
Tinggi, Bercerun &
Lereng Bukit
KAWASAN BERISIKO RENDAH DAN
KATEGORI KAWASAN BERISIKO RENDAH KAWASAN BUKIT BERISIKO TINGGI
SEDERHANA
Definisi Kawasan bukit berisiko rendah Kawasan bukit yang mempunyai Kawasan yang mempunyai kecerunan semula
berkecerunan kurang daripada 12 kecerunan di antara 12o 25o. jadi 25o-35o (Kelas III) dan melebihi 35o (Kelas
. IV).

Keperluan Perancangan Pembangunan :-

Perancangan pembangunan kawasan tanah tinggi, bercerun dan lereng bukit hendaklah merangkumi empat aspek berikut:-

i. Topografi

a. Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa boleh.


Sebarang pemotongan bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan
infrastruktur seperti jalan dan pembinaan struktur yang terbabit sahaja. Ini bererti bahawa tindakan pemotongan bukit bagi tujuan meratakan
permukaan keseluruhan tapak pembangunan adalah tidak dibenarkan.

b. Penyusunan bangunan bagi sesuatu pemajuan di kawasan berbukit hendaklah dilaksanakan seperti berikut: -
Mengikut kontur asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya;
Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak yang
ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkenaan; dan
Digalakkan mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk penyusunan secara tidak berderet seperti berek.

Bersambung...

9-6
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
6. Kawasan Tanah Takrifan :-
Tinggi, Bercerun
& Lereng Bukit
KAWASAN BERISIKO RENDAH DAN
KATEGORI KAWASAN BERISIKO RENDAH KAWASAN BUKIT BERISIKO TINGGI
SEDERHANA
Definisi Kawasan bukit berisiko rendah Kawasan bukit yang mempunyai Kawasan yang mempunyai kecerunan semula
berkecerunan kurang daripada kecerunan di antara 12o 25o. jadi 25o-35o (Kelas III) dan melebihi 35o (Kelas IV).
12o.

Keperluan Perancangan Pembangunan :-

Perancangan pembangunan kawasan tanah tinggi, bercerun dan lereng bukit hendaklah merangkumi empat aspek berikut: -

i. Topografi

a. Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa boleh.


b. Sebarang pemotongan bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan
infrastruktur seperti jalan dan pembinaan struktur yang terbabit sahaja. Ini bererti bahawa tindakan pemotongan bukit bagi tujuan meratakan
permukaan keseluruhan tapak pembangunan adalah tidak dibenarkan.
c. Penyusunan bangunan bagi sesuatu pemajuan di kawasan berbukit hendaklah dilaksanakan seperti berikut : -

Mengikut kontur asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan sebagainya;
Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak yang
ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkenaan; dan
Digalakkan mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk penyusunan secara tidak berderet seperti berek.

Bersambung...

9-7
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
ii. Perancangan

a. Kepadatan pembangunan hendaklah bercirikan kepadatan sederhana. Kepadatan tinggi adalah tidak dibenarkan.
Tahap peratusan kawasan tepu bina hendaklah dihadkan kepada 25% bagi semua jenis guna tanah kecuali bangunan sesebuah banglo
atau berkembar yang boleh dihadkan kepada 30%;
Nisbah plot hendaklah pada kadar 1:1:25 iaitu yang sesuai dengan pembangunan yang berkepadatan rendah di kawasan berbukit;
Ketinggian maksimum sesuatu pembangunan di kawasan bukit adalah digalakkan tidak melebihi 5 tingkat.
Penggunaan tanah mestilah dihadkan kepada 30% daripada pemajuan tanah sedia ada dan 5% dikhaskan untuk kolam pemendapan serta
kolam takungan air. Walau bagaimanapun bagi kawasan yang mempunyai keluasan melebihi 10 hektar, pemaju wajib mengkhaskan satu
kawasan seluas 5% daripada jumlah keluasan keseluruhan untuk digunakan sebagai perangkap lumpur kekal (permanent silt trap) dan kolam
takungan banjir (flood retention pond);
Anjakan bangunan yang terletak di tepi tebing hendaklah secara umumnya mempunyai jarak minimum seperti berikut :-
Struktur berhampiran kaki cerun : zon penampan sekurang-kurangnya dua kali ganda ketinggian cerun itu.
Struktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang dipotong atau cerun semula jadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70
darjah) di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan diambil bertujuan untuk menstabilkan cerun itu atau menebat kesan-kesan
gelongsoran tanah, hendaklah terletak di luar zon penampan.

Struktur di atas rabung cerun : zon penampan sekurang-kurangnya sekali ganda ketinggian cerun itu.
Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang dipotong atau cerun semula jadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70
darjah) di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan diambil untuk menstabilkan cerun itu, hendaklah terletak di luar zon
penampan.

iii. Laporan

Pemaju hendaklah mengemukakan laporan-laporan yang berkenaan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) tujuan pelaksanaan
pembangunan seperti berikut: -

a. Permohonan Kebenaran Merancang:-


Mengemukakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) yang disediakan oleh orang berkelayakan bagi keseluruhan kawasan terbabit
mengikut Garis Panduan Penyediaan LCP PBPT semasa. Kelulusan LCP diberikan oleh PBPT dan
Mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi cadangan projek yang tertakluk
di bawah Aktiviti Yang Ditetapkan, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 atau seperti yang disyaratkan oleh JAS atau PBPT atau pihak Berkuasa
Negeri.

b. Peringkat permohonan kelulusan pelan pendirian bangunan: -


Mengemukakan laporan geoteknikal merangkumi Laporan Geologi Dan Analisis Kestabilan Kecerunan (Slope Stability Analysis) yang
disediakan dan diperakukan oleh orang yang berkelayakan; dan
Mengemukakan Rancangan Kerja Tanah (Earthworks Plan) yang merangkumi Rancangan Kawalan Mendapan Dan Hakisan (Erosion And
Sediment Control Plan).
Bersambung...

9-8
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
iv. Pelaksanaan Kerja-Kerja Binaan

Langkah-langkah kawalan di peringkat pembinaan yang diperlukan: -

a. Kerja-Kerja Tanah: -
Kerja-kerja tanah hendaklah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Tanah termasuk
penyediaan dan penyenggaraan kolam takungan, perangkap mendap, penyediaan sistem perparitan sementara dan kekal dan
penyediaan jalan sementara batu kelikir (Crusher Run Road Surfacing). Langkah-langkah pemuliharaan yang ditetapkan dalam kelulusan
pelan hendaklah diambil sebelum sesuatu kerja tanah dimulakan.

b. Penyediaan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)


EMP disediakan bagi semua projek yang mendapat kelulusan EIA atau jika disyaratkan oleh PBPT. Perlu mendapat kelulusan EMP sebelum
sebarang kerja pembinaan dimulakan. EMP perlu dikemas kini setiap 12 bulan.

c. Pemantauan dan Audit Alam Sekitar


Program pemantauan alam sekitar dan audit alam sekitar dijalankan setiap bulan atau mengikut syarat kelulusan EIA. Laporan pemantauan
dan audit hendaklah dikemukakan kepada JAS setiap tiga bulan atau seperti diarahkan oleh JAS atau PBPT.

d. Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan)


Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) juga perlu disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan JAS sebelum sebarang kerja pembinaan
dimulakan.

Bersambung...

9-9
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN


PEMBANGUNAN

Kaedah- Kaedah Pengawalan Perancangan Dan Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun Dan Lereng Bukit

Klasifikasi tanah dan kesesuaian pembangunan dirumuskan dalam Jadual di bawah : -

KATEGORI DAN HURAIAN


Pembangunan Di Kawasan Kelas I Dan Kelas II Pembangunan Di Kawasan Kelas III

Kawasan Kelas I dan Kelas II adalah kawasan tanah tinggi yang Kawasan Kelas III adalah kawasan tanah tinggi yang pada amnya
pada amnya mempunyai kecerunan <25. Kawasan ini mempunyai kecerunan 25 hingga <35. pembatasan
mempunyai batasan geoteknikal yang rendah seperti :- Geoteknikal adalah sederhana seperti berikut :-

i. Terain in situ dengan kecerunan <15 ; dan i. Terrain in situ dengan kecerunan dari 25 hingga <35 dengan
ii. Cerun yang di potong dengan kecerunan <15 ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
ii. Terrain in situ dengan kecerunan 15 hingga <25 dengan
Bagi kawasan Kelas II batasan geoteknikal adalah seperti berikut :- tanda-tanda wujudnya hakisan sederhana teruk dan
ketidakstabilan cerun;
i. Terain in situ dengan kecerunan 15 hingga <25 dengan iii. Terrain in situ dengan kecerunan <15 yang terdiri dari koluvium
ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun; atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tanda-
ii. Terrain in situ dengan kecerunan <15 dengan tanda-tanda tanda ketidakstabilan cerun;
wujudnya hakisan dan kestabilan cerun; iv. Kawasan yang mempunyai kecerunan 15 hingga < 25 yang
iii. Puncak bukit atau rabung (ridges); terdiri dari batu kapur, paya, tanah gambut dan bekas
iv. Terrain in situ dengan kecerunan <15 yang terdiri dari lombong; dan
kolovium atau bahan geologi yang sensitif; dan v. Kawasan ancaman banjir lumpur.
v. Kawasan ancaman banjir.

Bersambung...

9 - 10
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN

Kaedah- Kaedah Pengawalan Perancangan Dan Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi, Bercerun Dan Lereng Bukit

Klasifikasi tanah dan kesesuaian pembangunan dirumuskan dalam jadual di bawah: -

KATEGORI DAN HURAIAN


Pembangunan Di Kawasan Kelas IV Pembangunan Di Kawasan Yang Mempunyai Kelas Bercampur.

Kawasan Kelas IV adalah kawasan tanah tinggi yang pada i. Bagi cadangan pembangunan yang terletak dalam kawasan
amnya mempunyai kecerunan 35. kawasan ini mempunyai yang mempunyai kelas bercampur-campur, pembangunan
pembatasan geoteknikal yang ekstrem iaitu:- yang dicadangkan hendaklah tidak menyentuh kawasan yang
dikategorikan sebagai Kelas III & Kelas IV.
i. Terrain in situ dengan kecerunan 35 dengan ketiadaan
tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun ii. Bagi projek pembangunan yang sebahagian kawasannya
ii. Terrain in situ dengan kecerunan 25 hingga <35dengan diklasifikasikan sebagai Kelas III, maka laporan EIA perlu
tanda-tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun; disediakan bagi keseluruhan kawasan projek.
iii. Terrain in situ dengan kecerunan 15 hingga <25 yang terdiri
dari kolovium atau bahan geologi yang sensitif
iv. Terrain in situ dengan kecerunan 15 hingga <25 yang terdiri
dari kolovium atau bahan geologi yang sensitif dengan
mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun dan;
v. Kawasan ancaman banjir puing (debris flow)

Bersambung...

9 - 11
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN

Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan

JENIS PEMBANGUNAN DASAR KAWALAN SYARAT-SYARAT


Kelas I (<15 termasuk ciri-cirinya Sesuai untuk semua jenis
seperti klasifikasi di atas ) pembangunan
Kelas II (15 hingga <25 termasuk Sesuai untuk semua jenis Hendaklah merujuk kepada
ciri-cirinya seperti klasifikasi di atas)pembangunan tetapi dengan i. Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi (Kementerian
syarat :- Sumber Asli dan Alam Sekitar),
i. Kepadatan sederhana ii. Jadual 2.0 berhubung dengan Komponen Kawasan Berbukit
ii. Densiti Perumahan dan ruang dan Tanah Tinggi dalam Garis Panduan Perancangan JPBD bil.
rantai 6 unit seekar dan 15/97,
maksimum ruang rantai iii. Garis Panduan Kawalan Hakisan dan Kelodakan, 1996 (Jabatan
30,000 kaki persegi (1,524 Alam Sekitar),
meter persegi)/ekar iv. Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun ( Jabatan
iii. Rekabentuk bangunan Pertanian Malaysia, 2000),
perlu mengikut alunan cerun v. Bab 47 dalam Manual Saliran Mesra Alam Malaysia 2000
untuk kurangkan (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)
pemotongan dan kerja-kerja
tanah Hendaklah disertakan laporan-laporan teknikal yang disediakan oleh
iv. Nisbah plot tidak melebihi 1: jurutera berdaftar iaitu :
1.25 i. Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis Kestabilan Cerun
v. Kawalan ketinggian :- ii. Laporan EIA
a. Maksimum 5 tingkat iii. Laporan geomorfologi
b. Maksimum 3 tingkat iv. Laporan Saliran dan Pengairan
(teres, sesebuah,
berkembar)
Kelas III (25 hingga <35 termasuk Tidak dibenarkan sebarang Hendaklah disediakan laporan EIA terperinci.
ciri-cirinya seperti klasifikasi di atas) pembangunan kecuali pembinaan
Kelas IV (35 termasuk cirri-cirinya infrastruktur seperti terowong,
seperti klasifikasi di atas) jambatan, telekomunikasi, elektrik.
Sumber : Diolah Dari Garis Panduan Pemeliharaan Topografi Semula Jadi Bagi Perancangan Dan Pembangunan Fizikal, JPBD Semenanjung Malaysia
Dan Kaedah- Kaedah Pengawalan Perancangan Dan Pembangunan Di Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit, JMG.

Bersambung...

9 - 12
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
7. Kawasan Industri i. Kawasan Industri
Dan Kuari
a. Memastikan semua projek pembangunan yang tertakluk kepada perintah Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada
Alam Sekeliling), 1987 menjalankan kajian penilaian kesan ke atas alam sekitar terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembangunan
bagi memastikan tahap pencemaran yang bakal terjadi dan langkah-langkah tebatan;
b. Industri yang mengeluarkan effluen tidak dibenarkan di kawasan ke hulu takat pengambilan;
c. Menyediakan zon penampan yang mencukupi (minimum 500m bagi industri berat dan 250m bagi industri sederhana) di antara kawasan institusi
dan perumahan dengan kawasan industri. Mematuhi Garis Panduan Perletakan dan Pengezonan Industri yang disediakan oleh Jabatan Alam
Sekitar;
d. Antara guna tanah yang dibenarkan dalam zon penampan industri ialah tasik, jalan, taman rekreasi, kawasan lapang dan lain-lain, kecuali
kemudahan masyarakat seperti hospital dan sekolah;

Sumber : Guidelines For the Siting and Zoning of Industries (Garis Panduan Peletakan dan Pengezonan Industri), Department of Environment, Ministry of
Science, Technology and the Environment.

e. Industri yang menghasilkan benda asing perlu menyediakan alat kawalan pencemaran tersendiri yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam
Sekitar; dan
f. Menyediakan perangkap minyak dan gris di saliran induk kawasan industri atau kawasan perniagaan (bengkel kenderaan, premis makanan dll).

Bersambung...
Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

9 - 13
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
8. Kawasan Industri i. Kawasan Kuari
Dan Kuari
a. Sebarang pembangunan baharu tidak dibenarkan dalam jarak 500m dari kawasan kuari dalam tempoh operasi kuari (tertakluk kepada
kelulusan pihak berkuasa) mengikut dasar Kerajaan Negeri Selangor. Syarat-syarat kawalan diguna pakai adalah sama dengan syarat-syarat
bagi industri berat mengikut Garis Panduan Peletakan dan Pengezonan Industri yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar.
b. Bagi pembangunan sedia ada yang terletak dalam kawasan zon penampan (seperti perumahan, perniagaan dan kemudahan masyarakat),
pihak pengusaha kuari mestilah menyediakan pelan pengurusan alam sekitar (EMP) dan pelan tindakan kecemasan (ERP) bagi memperincikan
langkah-langkah pencegahan risiko bencana dan tindakan susulan.

BPK 2.2, Kawasan Kuari

Bersambung...

Jadual 9.1: Garis Panduan Khusus Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

9 - 14
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

KAWALAN
GARIS PANDUAN KHUSUS PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
9. Kawasan Tasik i. Tasik bekas lombong terbentuk hasil aktiviti perlombongan iaitu sama ada perlombongan galian seperti bijih timah atau perlombongan kerja tanah
Bekas Lombong untuk pembangunan.
ii. Semua tasik bekas lombong sedia ada hendaklah dikekalkan bagi tujuan tebatan banjir (seperti tasik lombong Kg Berembang). Tasik bekas
lombong boleh juga diguna sama untuk kegiatan rekreasi (seperti Taman Tasik Pandan Perdana), eko-pelancongan atau aktiviti penternakan ikan
dalam sangkar (rujuk Garis Pembangunan Khusus Kawasan Tasik); dan
iii. Usaha membaik pulih (penimbusan) kawasan bekas lombong untuk pembangunan pertanian, perumahan, perniagaan dan perindustrian tidak
digalakkan dan hendaklah dipantau bagi mengelak sebarang pencerobohan.

9 - 15
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

9.2 GARIS PANDUAN UMUM

Jadual 9.2: Garis Panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar

KAWALAN
GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
1. Kawasan Sensitif Alam i. Mewartakan zon kawalan pembangunan dan zon penampan :-
Sekitar Rizab minimum 50 meter atau 1 lot di kiri dan kanan sepanjang Sungai Ampang dan Sungai Klang.
Taman Negeri Selangor.
Hutan Simpan.
Takat Pengambilan Air Ampang (Sg. Ampang) dan Takungan Air Ampang (Sg Kongsi Lapan).
Permatang Kuartza Klang Gates.

ii. Kawasan-kawasan sensitif yang telah diwartakan sebagai kawasan had pembangunan perlu dikawal dan mematuhi had-had
pembangunan yang telah ditetapkan;

iii. Perlu mematuhi Piawaian Perancangan JPBD: Garis Panduan Pembangunan di kawasan rizab Sungai sebagai sebahagian tanah lapang
awam, Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semula Jadi di Kawasan Berbukit Dalam Perancangan dan Pembangunan
Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), Piawaian Perancangan Tasik Buatan dan Garis dan Piawaian Perancangan
Kawasan Tasik Empangan;

iv. Perlu mematuhi Garis Panduan Konsep Pembangunan berhadapan sungai, dan Manual Saliran Mesra Alam JPS;

v. Mematuhi syarat kualiti air bersih Indeks Kualiti Air (WQI) Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia bagi badan air yang terlibat; dan

vi. Menjalankan pengawasan kualiti air sekurang-kurangnya setiap 2 bulan dan pemantauan perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca
pencemaran.

Bersambung...

9 - 16
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.2: Garis panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
2. Kawalan Kualiti i. Mengekalkan kualiti udara ambien di paras 0-50 pada status baik sepanjang tahun, dan memantau parameter kualiti udara TSP, NO2, SO2 dan
Alam Sekitar - CO supaya sentiasa berada di bawah had yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar;
Udara, Hingar Dan
Air ii. Menurunkan paras hingar ambien waktu malam ke bawah had 55dB(A) dan mengekalkan paras hingar ambien waktu siang di bawah had 65
dB(A), terutama sekali melalui kawalan bunyi kenderaan bermotor;

iii. Melarang pembakaran terbuka untuk memelihara kualiti udara. Tiada individu atau penduduk premis perindustrian boleh membakar sampah
atau sisa keluaran atau buangan kecuali dalam tempat pembakaran sampah dari jenis dan rekabentuk yang diluluskan oleh Jabatan Alam
Sekitar;

iv. Industri yang berpotensi mencemarkan udara persekitaran perlu mengadakan pengawasan kualiti udara sendiri supaya memudahkan pihak
Jabatan Alam Sekitar mengawasi aktiviti industrinya. Antara parameter yang perlu diawasi adalah berbeza mengikut kegiatan industri;

v. Meningkatkan kualiti air sungai di kawasan PBPT ke paras "Bersih" (Indeks Kualiti 81-100) tahap Kelas II Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia,
dan melaksanakan langkah-langkah pemulihan air sungai dan pencegahan pencemaran air menjelang 2015; dan

vi. Menguruskan Kawasan Pemuliharaan mengikut cadangan pengurusan dalam Pelan Pengurusan Taman Negeri.

vii. Menetapkan pembahagian Kawasan Pemuliharaan mengikut tahap penggunaan kawasan :-


Zon Perlindungan Ketat/Kawasan Lindungan;
Zon Hutan (akses terhad, penggunaan rendah);
Zon Pelancongan (penggunaan pelawat digalakkan); dan
Zon Pembangunan (kawasan tumpuan kemudahan pelancong/pelawat).

3. Olahan Sisa i. Satu Pelan Pengurusan Sisa Pepejal hendaklah disediakan dalam jangka masa RTD untuk menangani isu pengurusan dan kaedah pelupusan
Pepejal sisa pepejal jangka masa panjang;

ii. Mewujudkan dan menguatkuasakan program kesedaran alam sekitar kepada penduduk; dan

iii. PBT (dengan kerjasama KPKT) menyediakan rancangan jangka panjang berkaitan pengurangan penjanaan sisa, pengasingan sisa pepejal
organik dan tidak organik, mengompos, guna semula dan kitar semula bagi semua kawasan Zon Pelancongan. Mewujudkan konsep "bawa
pulang" sampah di kawasan-kawasan peranginan dan hutan lipur.

Bersambung...

9 - 17
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.2 : Garis Panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
4. Kawalan i. Sistem pemantauan jangka panjang kualiti air sungai oleh PBPT bagi Sungai Ampang dan Sungai Klang diwujudkan sebagai langkah jangka
Pembangunan Di panjang untuk mengurus kualiti alam sekitar Lembangan Klang dalam kawasan MPAJ.
Sepanjang
Persisiran Sungai ii. Kajian -kajian hidraulik, banci terperinci flora dan fauna darat serta akuatik, kajian saliran dan kajian terperinci kesesuaian/klasifikasi tanah
diperlukan.

iii. Garis Panduan aktiviti rekreasi sekitar Takungan Air Ampang perlu disediakan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus hal
berkaitan penggunaan kawasan tersebut perlu dikenal pasti.

iv. Agensi/jabatan dalam PBPT yang dipertanggungjawabkan untuk pengurusan pembangunan dan alam sekitar kawasan PBT perlu dikenal
pasti, dan ditugaskan untuk melaksanakan cadangan-cadangan pemuliharaan alam sekitar.

5. Kawalan Tanpa mengira keadaan status tanah, segala perancangan pembangunan di dalam lingkungan 50 meter daripada rizab sungai termasuk untuk
Pembangunan Di kegunaan rekreasi perlu dikaji dengan terperinci berdasarkan kepada kriteria yang disebut di bawah :-
Rizab Sungai
i. Sungai Sebagai Tumpuan Utama Dalam Perancangan Pembangunan Baharu

Pemindahan jajaran sungai tidak digalakkan


Sungai perlu diberi tumpuan utama sebelum lain-lain perancangan pembangunan di dalam perancangan susun atur.

ii. Pelaksanaan Kerja -Kerja Pengindahan Rizab/Simpanan Sungai


Pemaju perlu diwajibkan menyediakan pelan pengindahan dan rekreasi di kawasan rizab sungai yang diluluskan oleh JPS semasa
mengemukakan pelan susun atur kepada PBPT.
Rizab sungai boleh digunakan secara maksimum sebagai kawasan rekreasi, kawasan hijau dan pengindahan dan pihak pemaju
dibenarkan mengusahakannya.

iii. Pembangunan Tidak meningkatkan Kadar Aliran Kepada Sungai


Kawasan Pembangunan yang mempunyai keluasan 10 hektar dan lebih, perlu menyediakan kawasan kolam takungan detention pond
atau retention pond untuk mengawal kadar aliran kepada sungai.
Pengiraan keluasan kolam tersebut berdasarkan kepada 3%-5% daripada keseluruhan keluasan kawasan pembangunan.

iv. Bangunan -Bangunan Dan Infrastruktur Yang Kekal Tidak Dibenarkan Sama Sekali Berada Di dalam Sungai dan Rizabnya
Bangunan seperti bangunan pejabat, rumah, tiang elektrik, LRT dan sebagainya termasuk paip gas, paip air dan kabel yang diletakkan
/ditanam selari sepanjang sungai tidak dibenarkan.
Hanya kemudahan berkaitan seperti jeti atau kemudahan-kemudahan rekreasi yang dapat digunakan semasa aliran air sungai rendah dan
tidak mengganggu semasa aliran air banjir dibenarkan.

Bersambung...

9 - 18
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020 JILID 2
GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Jadual 9.2 : Garis Panduan Umum Pemeliharaan Alam Sekitar (sambungan)

KAWALAN
GARIS PANDUAN UMUM PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN
v. Keperluan Menyediakan Aras Platform Bangunan Yang Mencukupi
Aras platform minimum bergantung kepada keadaan setempat bagi tujuan melindungi dan mengurangkan kerosakan akibat banjir.
Kawasan perbandaran boleh menggunakan rekabentuk kala ulang 100 tahun manakala bagi kawasan pertanian adalah 50 tahun.

vi. Bangunan dan Pembangunan Infrastruktur Yang Dibina Perlu Mengambil Konsep Pembangunan Di Tepi Sungai
Perancangan dibuat agar pintu hadapan rumah menghadap sungai.
Perancangan jalan masuk ke kawasan sungai dan boleh juga sebagai kawasan jalan masuk untuk kerja-kerja pengendalian dan
penyelenggaraan.

vii. Bangunan Dan Pembangunan Infrastruktur Hendaklah Tidak Menghalang Pemandangan Persekitaran Sungai
Bangunan perlu dirancang dengan mendirikan bangunan yang rendah di hadapan dan tinggi di belakang bagi memastikan tiada
halangan pemandangan sungai

viii. Kawasan Lapang Yang Sedia Ada Di Sungai Hendaklah Dikekalkan


Perancangan infrastruktur berhampiran dengan sungai yang akan menghalang atau menutupkan kawasan sungai dan sungai adalah
tidak digalakkan.

ix. Rizab Sungai Hendaklah Terbuka Kepada Orang Ramai


Kawasan persekitaran sungai adalah harta awam dan memagarnya atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan (kecuali harta hak milik
persendirian).

x. Persekitaran Semula jadi dan Kehidupan Sungai Dipelihara Dan Dipertingkatkan


Mengekalkan keadaan semula jadi di rizab sungai sebagai zon hijau untuk pembiakan flora dan fauna serta kehidupan air seperti ikan,
udang dan lain-lain.
Mengehadkan pembinaan struktur konkrit di tebing-tebing sungai dan membenarkan sungai mengalir berliku-liku ke tahap yang tidak
membahayakan.
Pokok-pokok lama yang ada nilai-nilai komersial dan sebagainya tidak dibenarkan ditebang atau dipotong.

xi. Kegiatan Rekreasi Di Sungai Perlu Dipelihara dan Dipertingkatkan


Kegiatan memancing, berperahu dengan mengadakan tangga-tangga di tebing sungai, tempat perkelahan dan sepertinya
dibenarkan.

xii. Memastikan Semua Saluran Keluar Dipusatkan Sebelum Disalurkan Ke Sungai.


Semua saluran keluar air kumbahan dari kawasan setempat hendaklah dipusatkan menjadi saluran utama sebelum disalurkan keluar ke
sungai bagi mengelakkan terlalu banyak saluran keluar menghala ke sungai.
Air kumbahan hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan ke sungai untuk mengawal pencemaran sungai.
Kaedah ini boleh digunakan bagi perancangan kawasan pembangunan yang melebihi 10 hektar.

9 - 19

Anda mungkin juga menyukai