Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1 (Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil Antologi Sajadah Rindu)

Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan
tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami
para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris
kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan
dan sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim
Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak
sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa,
kami segera menoleh.
Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat terang
cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk dimuka
pintu segara kami kenal akan gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua matanya
terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala
seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa
daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh
Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek
tenggelam punca.
1.

Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib?

Selepas mereka selesai solat maghrib, mereka terdengar suara orang memberi
salam dan bunyinya sangat rengsa. Mereka melihat seorang lelaki di muka pintu.
Lelaki itu ialah Ahmad Mutawakkil dan kemeja putihnya berlumuran darah dan
seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering
turut melekat pada muka dan rambutnya.

2. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah
melihat lelaki itu ?
Pada pendapat saya, jemaah surau itu perlu segera pergi ke lelaki itu dan
membawanya ke dalam surau dan menenangkannya. Setelah itu, lelaki itu perlu
dirawat dan dibersihkan bajunya dan kemudian baru ditanyakan apa yang telah
berlaku.

3. Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan


keseluruhan cerpen.
Persoalan yang diperoleh daripada petikan ialah persoalan tentang masyarakat
kampung yang bersatu padu. Contohnya, penduduk kampung bersatu padu dengan
menunaikan ibadah bersama-sama di surau.

Persoalan yang diperoleh daripada keseluruhan cerpen ialah persoalan tentang


kesan kedatangan penjajah. Contohnya, kedatangan penjajah yang membawa
kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat
kampung hilang.

Anda mungkin juga menyukai