Anda di halaman 1dari 17

ULANGKAJI KOMSAS

CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL


(Cerpen Ahmad Mutawakkil)

Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan
menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah,
mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan
dan sangat rengsa bunyinya.

Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja,
mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang
masih menadah doa, kami segera menoleh.

Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh
dan wajah lelaki yang tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.

Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih
ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan
lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh
Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek tenggelam punca.

1. Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib?

Selepas mereka selesai solat maghrib, mereka terdengar suara orang memberi salam dan bunyinya
sangat rengsa. Mereka melihat seorang lelaki di muka pintu. Lelaki itu ialah Ahmad Mutawakkil dan
kemeja putihnya berlumuran darah dan seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur
dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.

2. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu
?

Pada pendapat saya, jemaah surau itu perlu segera pergi ke lelaki itu dan membawanya ke dalam
surau dan menenangkannya. Setelah itu, lelaki itu perlu dirawat dan dibersihkan bajunya dan
kemudian baru ditanyakan apa yang telah berlaku.

3. Berikan satu persoalan berdasarkan petikan dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan
cerpen.

Persoalan yang diperoleh daripada petikan ialah persoalan tentang masyarakat kampung yang
bersatu padu. Contohnya, penduduk kampung bersatu padu dengan menunaikan ibadah bersama-
sama di surau. Persoalan yang diperoleh daripada keseluruhan cerpen ialah persoalan tentang
kesan kedatangan penjajah. Contohnya, kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan
telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang.
CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Usai solat maghrib- ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan
menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah ,
mengaminkan setiap baris kalimah – di pintu surau terdengar orang memberi salam. Perlahan dan
sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling – disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja,
mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang
masih menadah doa, kami segera menoleh.

Dek pelita ayan yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh
dan wajah lelaki yang tersepuk di muka pintu segera kami kenal akan gerangannya.

Dialah Ahmad Mutawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih
ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan
lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh
Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membatu dek tenggelam punca.

(Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”

(i) Apakah maksud frasa rengsa bunyinya? [2 markah]

maksud frasa rengsa bunyinya ialah bunyi yang agak perlahan seolah-olah tidak bertenaga.

(ii) Huraikan kelemahan paling ketara dalam masyarakat di kampung itu berdasarkan cerpen
tersebut. [3 markah]

kelemahan paling ketara dalam masyarakat di kampung itu berdasarkan cerpen tersebut ialah
mereka kurang memahami bahawa kemasukan Parti Komunis Malaya bertujuan untuk
menjajah Tanah Melayu. Selain itu, Mereka tidak bersungguh-sungguh dalam
memperjuangkan kemerdekaan.

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini. [4 markah]

Dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.ialah Kita hendaklah baik hati
dalam mendepani kemelut yang dihadapi oleh masyarakat. (Penghulu Ibrahim Sigap
membantu Ahmad Mutawakkil yang cedera). Selain itu, Kita hendaklah memberikan
kerjasama kepada orang lain walaupun di- mana-mana kita berada. (Tuan Booth dan
penduduk kampong beker-jasama meneroka belukar dan menanam pokok getah
CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL

Malam itu, sesuai solat maghrib, seiring debar yang kami tanggung sejak subuh, tampangnya
muncul juga. Darah membuak-buak bagai mata air. Tiga lubang buka tanda ditusuk peluru yang
ditembak dari jarak dekat menyebabkan kami tidak sanggup melihatnya.

Selesai melafazkan kalimah syahadah, sebaik-baik saja matanya terpejam di atas ribaan Imam
Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap, padamlah satu-satunya
pelita yang selama ini menerangi hati dan fikiran kami. Seluruh kampung murung dan berbalam,
laksana terkatupnya sebuah jendela tempat kami mengenal dunia.

31 Ogos 1957 – ketika bulan merdeka sangat terang di langit, kami beriktiraf di surau. Sesuai
dengan semangat warisan moyang-poyang sejak kampung itu dipugar, kami meraikan merdeka
dengan dua matlamat: rezeki dan ibadat.

Surau penuh sesak – kami menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil, khusus untuk
orang yang sangat kami cintai. Kami selalu mengenangkankan kata-katanya: Perihal lurusnya hati
Melayu, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu. Malah, segala debar cinta kepada bangsa
dan negara. Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat anak muda itu: “Tanah Melayu pasti
merdeka!”

Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun kemudian –
ketika kami bersiap-siap di surau meraikan setahun merdeka – gadis Inggeris berambut perang dan
bermata biru lembut itu muncul semula.

i. Jelaskan tiga latar masa berserta dengan contoh yang terkandung dalam petikan cerpen di
atas.

Latar masa yang terdapat dalam petikan cerpen ialah pada waktu malam. Contohnya, Ahmad
Mutawakkil muncul di surau dalam keadaan cedera parah akibat ditembak oleh komunis dan
berlumuran dengan darah pada waktu malam.

Terdapat juga latar masa pada 31 Ogos 1957. Contohnya, penulis dan penduduk kampung
beriktikaf di surau dengan menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil.

Seterusnya latar masa seminggu selepas merdeka. Contohnya, Tuan Booth sekeluarga balik ke
England seminggu selepas merdeka.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah anak gadis Tuan Booth yang berbangsa Inggeris datang
semula ke banglo di estetnya? Berikan empat alasan anda.

Pada pendapat saya, anak gadis Tuan Booth yang berbangsa Inggeris datang semula ke banglo di
estetnya untuk bertemu dengan kawan-kawan dan penduduk kampung. Dia juga
mungkin ingin menyambung semula kerja-kerja perladangan getah bapanya yang tertangguh
selama setahun. Selain itu, Sandra mungkin ingin mengunjungi pusara kekasihnya atau dia
berhajat untuk berbakti kepada penduduk kampung.

CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL


“Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca,” kata Ahmad Mutawakkil, “tak mungkin
saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.” Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa
Melayu yang fasih. “Dari dulu, saya tau awak bijak … tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ini.”

Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu. “Pujian itu terlalu besar. Selagi
Tanah Melayu belum merdeka, saya tidak layak menerima apa-apa pujian, Sandra.” Itulah kali
terakhir kami menyertai Ahmad Mutawakkil ke rumah Sandra, anak gadis Tuan Booth. Sejak
serangan berkembar di Estet Ephill dan Estet Sungai Siput pada 13 Jun 1948 yang mengorbankan
tiga orang pengurus Inggeris, ketegangan merayap ke seluruh negara dan sampai juga ke
kampung kami. Bermula pada 16 Jun 1948 di Perak dan tiga hari kemudian di seluruh negara, di
mana-mana, kebebasan mulai terbatas. Darurat diisytiharkan. Parti Komunis Malaya mula
menggila.

i. Apakah reaksi Ahmad Mutawakkil apabila Sandra menyatakan rasa kagumnya terhadap
kebolehannya?

Apabila Sandra menyatakan rasa kagumnya terhadap kebolehannya, Ahmad Mutawakkil terdiam
dan memandang tepat ke wajah Sandra. Ahmad Mutawakkil mengatakan bahawa pujian yang
diberikan oleh Sandra terlalu besar.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah darurat diisytiharkan apabila berlaku sesuatu
keganasan atau bencana di sesebuah negara? Berikan tiga sebab anda. [3 markah]

Pada pendapat saya, darurat diisytiharkan adalah untuk melindungi penduduk daripada
serangan pengganas atau bencana. Selain itu, darurat penting untuk membolehkan pihak
berkuasa menjalankan kerja- kerja menyelamatkan mangsa perang selain dapat mengekang
kegiatan keganasan atau bencanadalam keadaan yang terkawal.

iii. Jelaskan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terkandung dalam petikan dan satu
perwatakannya berdasarkan keseluruhan cerpen.

Satu perwatakan Ahmad Mutawakkil dalam petikan cerpen ialah seorang yang mengenang
budi. Contohnya, Ahmad Mutawakkil terhutang budi terhadap keikhlasan Sandra yang
mengajarnya menulis dan membaca.

Satu perwatakan Ahmad Mutawakkil daripada keseluruhan cerpen ialah seorang yang berani
bersuara. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani menuduh perjuangan komunis sebagai
pengkhianat negara melalui penulisannya dalam surat khabar dan penyampaian pidatonya.

SAJAK SEJADAH RINDU


Rangkap 1:

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu

Rangkap 2:

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


Kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Rangkap 3:

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Rangkap 4:

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Rangkap 5:

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara
i.Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara. [2 markah
Maksud dunia ini hanya bersifat sementara ialah penyajak sedar bahawa dunia ini tidak kekal.

i.Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan. [2 markah\


Maksud sebelum saat aku dinisankan ialah sebelum penyajak meninggal dunia

i.Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa?
harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa ialah mengizinkan dirinya menjadi manusia
yang sentiasa taat akan perintah-Nya berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara

i.Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar
insaf. [2 markah]
Bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar insaf ialah penyajak menitiskan air mata. Seterusnya
penyajak benar-benar ikhlas untuk bertaubat dan penyajak melafazkan taubat kepada Tuhan

i.Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas?[2 markah]
maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas ialah ketika penyajak
meninggal dunia

i.Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia yang
bersifat sementara ini? Nyatakan tiga perkara itu. [4 markah]

Perkara-perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini ialah
keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak bersujud untuk melafazkan
taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan . Selain itu, keikhlasan dalam memohon keampunan
daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata
. Seterusnya kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya, penyajak berdoa ke hadrat Ilahi
agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya

ii. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah
insaf daripada kesalahannya? [3 ]
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan saya yang telah insaf
daripada kesalahannya ialah saya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya agar tidak
mudah mengalah. Selain itu, saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor untuk
mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala kesilapan yang lalu.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf
daripada kesalahannya? [3 ]

Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya
kerana masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat
masih memandang serong terhadap mereka.

ii.Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang
lalu? [3]
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu ialahsupaya
mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak
mengulangi kembali dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

ii.Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk
membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan
tersebut. Selain itu, sentiasa mendampingi orang-orang yang baik seperti ustaz dan guru. Akhirnya,
menunjukkan penampilan diri yang lebih baik dan meyakinkan.
ii.Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan?

Pada pendapat saya manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan kerana terleka dengan
kemewahan dunia. Selain itu, manusia tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
serta alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan akan dibalas dengan ganjaran
yang setimpal.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon
keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda. [3 markah]
Pada pendapat saya, seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada
Tuhan agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan. Selain itu, agar Tuhan meringankan
hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh. Seterusnya untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar-
benar berasa insaf atas kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan

ii.Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali semula
melakukan kesilapan tersebut.Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?[3 markah]
Keadaan ini berlaku kerana manusia terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan. Selain itu, manusia
tidak mempunyai pegangan agama atau iman yang kuat dan kurang bimbingan daripada pihak lain.

iii.Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]


Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah persoalan keinsafan atas segala dosa yang lalu.
Selain itu, persoalan pengharapan terhadap pengampunan dosa daripada Pencipta sebelum meninggal
dunia.keinsafan penyajak atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak bersujud
untuk melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan. Seterusnya, Perosoalan keikhlasan
dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan daripada Tuhan
dengan bersaksikan titisan air mata. Akhirnya, kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara.Contohnya,
penyajak berdoa ke __hadrat Ilahi_agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat
akan perintah-Nya

iii.Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 ]


Dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai keinsafan. Contohnya, penyajak Penyajak berasa insaf
atas segala dosanya yang lalu. Seterusnya, terdapat nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat
dengan hati yang jujur dan ikhlas hingga menitiskan air mata.Terdapat juga nilai kegigihan. Contohnya,
penyajak bersungguh-sungguh untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia

iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]


Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah segera insaf akan dosa dan kesalahan
yang lalu. Selain itu, kita mestilah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh
keampunan. Akhirnya, kita hendaklah memohon keampunan daripada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

iii. Nyatakan tiga bentuk sajak yang terkandung dalam sajak “Sejadah Rindu”.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat . Selain itu, sajak ini terdiri daripada lima rangkap. Akhirnya,
jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara satu hingga enam patah kata sebaris.

iii.Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas ialah personifikasi. Contohnya, Air mata menjadi saksi .
Seterusnya penggunaan bahasa Arab. Contohnya, kalimah,Ilahi, dan taubat ...metafora.
Contohnya, sejadah rindu

iii.Huraikan tema sajak tersebut.


Sajak “Sejadah Rindu’ bertemakan keinsafan. Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu lantas
penyajak memohon keampunan dengan bertaubat sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal
dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insat dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara
TATABAHASA: MENUKAR CAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUK

Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:

(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...")
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri
sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.

(c) Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai
dalam ayat. Kata ganti diri "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka"
menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".

2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.

3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru
hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ",
"Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak",
"dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".

5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan


sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur",
lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".

6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat"
untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".

7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.

8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan
tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.

SOALAN LATIHAN

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya.
Gunakan bahasa yang gramatis.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir
bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi
menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan
giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir
memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir.
Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.
JAWAPAN

"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.


"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu
sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

SOALAN LATIHAN
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai
tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan
bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz
pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar
negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad
itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan
memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang
faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan
pendapat itu. .[ 6 markah ]

JAWAPAN

Kamariah .: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
yang ..indah.

Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah: Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi


potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka.
Samad: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
ditanam dalam diri.

CONTOH SOALAN
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.

Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa
hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan
kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia
hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya
hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak
memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

JAWAPAN

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
PERIBAHASA SAMA MAKSUD

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.

- carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua


- air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)

- belut pulang ke lumpur


- haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

- api dalam sekam


- gunting dalam lipatan
- musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

- membuka pekung di dada


- menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

- seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit


- kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

- sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi


- habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

- lain padang lain belalang


- banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
- lain dulang lain kakinya
- rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

- bagai isi dengan kuku


- bagai aur dengan tebing
- bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)

- hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah


- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)

- ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi


- bagaimana acuan, begitulah kuihnya
- bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

- masuk telinga kiri keluar telinga kanan


- mencurah air ke daun keladi
- mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

- genggam bara api biar sampai jadi arang


- alang-alang mandi biar basah
- alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

- kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


- pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

- mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


- burung terbang dipipiskan lada
- belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

- telur dihujung tanduk


- retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

- embun dihujung rumput


- abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

- menangguk di air keruh


- menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

- bagai pinang di belah dua


- bagai cincin dengan permata
- seperti cincin terlekat dijari
- tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)

- sarang tebuan jangan dijolok


- lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti bunga dengan perdunya


2. Seperti tanduk bersendi tulang
3. Seperti cincin dengan permata
4. Bagai pinang dibelah dua

Maksud
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Seperti sirih pulang ke gagang


2. Seperti belut pulang ke lumpur
3. Seperti ikan pulang ke lubuk
4. Seperti janggut pulang ke dagu

Maksud
* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai
* Balik ke tempat asal

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Sudah jatuh ditimpa tangga


2. Antah patah lesung hilang

Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul


2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
Maksud
Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar
yang dihadapi

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing


2. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
7. Terendam sama basah, terampai sama kering

Maksud
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu

PERIBAHASA SAMA MAKSUD


1. Burung terbang dipipiskan dada
2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud
angan-angan akan sesuatu yang belum pasti.

PERIBAHASA SAMA MAKSUD

1. Belum duduk sudah berlunjur


2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri
3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

Maksud
Orang muda hendak berlagak seperti orang tua

Anda mungkin juga menyukai