Anda di halaman 1dari 16

MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

SINOPSIS

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan


pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan
cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah
memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib.
Setelah
menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula
mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan
sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka
bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil
membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja
menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya,
malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk
kumpulan anti-Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada
penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan
dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang
berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang
membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad
Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan
Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga
dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering
menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan
kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat
kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah
memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung
membenci komunis. Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat
perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka
dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah
ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad
Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau
kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat
perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan
katakatasemangat anak muda itu Tanah Melayu pasti merdeka!. Tuan Booth sekeluarga
pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam
Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk
meneruskan kehidupannya di situ.
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan partin meruntun
waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi
pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad
Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya
banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengiri kemerdekaan.
Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga. Untuk merdeka,
katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.
Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis
semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang
mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita...
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari,
pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut
orang di sana sini. Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.
Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidak
sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu.
Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca , kata Ahmad Mutawakkil,
tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.
Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih. Dari dulu, saya tahu
awak bijak...tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ni.
Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu.
Pujian itu terlalu besar. Selagi Tanah Melayu belum merdeka, saya tidak layak
menerima apa-apa pujian, Sandra.

i. Apakah nasihat yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil kepada bangsanya


berdasarkan petikan cerpen [2 markah]

ii Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh anda lakukan di sekolah untuk
menunjukkan anda bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi? [3 markah]

iii Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat
lain dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 2
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah


tangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar - perkara
yang ditakuti belakangan ini benar benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini
disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut. Ahmad
Mutawakkil - malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953 - dek luka yang parah melangkah dengan
longlai ke arah Imam Ngah Deraman.

Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melutut
dan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam keadaan dia
mengerekot, kami nampak luka besar di belakang bahunya - bekas tusukan peluru.
Darah masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil. Menyedari
darah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai. Penghulu Ibrahim Deraman Sigap segera
membaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh.
Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai lalu pengsan.

Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dan
sawah. Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih mengupah beratus-ratus
orang buruh, termasuk kami sendiri meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anakanak
getah.

i. Nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut berdasarkan


petikan. [2 markah]

ii Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi pejuang kemerdekaan semasa
berjuang menuntut kemerdekaan negara? [3 markah]

iii. Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan
cerpen. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 3
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiap
petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual,
bercerita itu ini. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth
mengundang kami ke banglonya.
Dia pelawa kita minum teh di banglonya, kata Ahmad Mutawakkil. Saya fikir, Tuan Booth
ikhlas nak berbaik-baik.

Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Deraman dan
Penghulu Ibrahim Sigap.
Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. Selama
Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati
Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu punuh
dengan persahabatan.

Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami
dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke
banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai orang
perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap
menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis
perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada
antara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu.

i. Nyatakan cara-cara Tuan Booth sekeluarga menunjukkan sikap berbaik-baik dengan


masyarakat kampung penulis. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, adakah keputusan penduduk kampung itu mengikut nasihat Ahmad
Mutawakkil agar tidak memusuhi Tuan Booth sekeluarga suatu keputusan yang wajar?
Berikan alasan anda. [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil berdasarkan petikan dan satu perwatakan
lain daripada keseluruhan cerpen [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Petikan 4
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu
itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangn estet Tuan
Booth.
Eloklah...paling tidak dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.
Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat
menjadi, kami tetapi bertani secara tradisi.

Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan
keledek. Swah pula, laksana emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu,
yang hidup atas dua matlamat rezeki dan ibadat.

Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan kapal
terbang, seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi dan
terlucut begitu saja daripada genggaman. Sebaik-baik saja perang pecah pada tahun 1941 dan
Jepun masuk keadaan jadi berkecemuk. Suasana kehidupan kampung dipengap ketakutan.
Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jarap
ketakutan.ng dihendap oleh Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di atas tanah kami, maka
itu, tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. Kedua, kami
bersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup terjajah.

i. Berdasarkan petikan cerpen, bagaimanakah kehidupan Ahmad Mutawakkil selepas


kematian ayahnya? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dalam sesebuah
negara? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 5
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri

Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo dan
Estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang serangan Jepun
mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth.

Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esoknya,
kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke rumahnya.
Sejak itu, dalam kesulitan zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkatnya. Cuma
kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satu
kebiasaan.

Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda.
Dia juga pandai cakap Orang Putih, kata Iman Ngah Deraman.

Di surau, terutama pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibraim Sigap, Imam Ngah
Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.

i. Berdasarkan petikan cerpen, mengapakah Imam Ngah Deraman mencari Ahmad


Mutawakkil? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah kelebihan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas? [3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada
keseluruhan cerpen. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 1
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh dan bengis. Sebiji buah mempelam
jatuh terlepap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia teringat akan Isaac Newton,
saintis berbangsa Inggeris itu.
Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa dekad
kemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam itu gugur dengan tibatiba,
fikir Aiman. Malangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur dalam helaian kalendar
waktu.
Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi. Idea
tercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhirnya lahirlah Teori Graviti.
Maksudnya, kuasa tarikan bumi, suara lantang Cikgu Faridah di muka kelas masih
terngiang-ngiang di cuping telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat bosan mendengarkan
butiran yang sama terus-terusan diucapkan.
Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru lalu terlarik segera soalan: Aqil, cuba
awak kaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat.
Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia bangga akan
nama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan pertama memecah kesunyian di bilik
bersalin. Pada ketika itu, Sang Suria memuncaki ubun-ubun.
Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyuman
lebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untuk
berfikir secara rasional dan matang. Kebanggaannya kian menguntum dan terkelopak kembang
mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan

i. Berdasarkan petikan, nyatakan cara Teori Graviti dilahirkan? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempelajari Sains? [3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 2
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya kepadanya
untuk menguliti diri. Betapa tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Dia
tiga beradik. Dia yang sulung. Dua lagi adik-beradiknya perempuan. Adiknya yang tengah
dinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah Atiqah. Kedua-dua orang adiknya itu mudah
dibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah kepada suasana sekitarnya.
Ah, tambah, kurang, darab dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab! Aiman
mengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.
Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah, yang tengah selalu marahmarah
terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. Bosan dan jelak,
tingkahnya kepada babah dan ibu.
Mengapa bosan dan jelak, tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si
anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dan cipta formula sendiri.
Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan
masalah matematik Tingkatan Lima, kata murid pintar itu membela diri.
Dia mundar-mandir di dalam kelas. Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun
kau tak dapat buat. Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.

i. Berdasarkan petikan, berikan perbezaan Aiman Aqil dengan adik-beradiknya. [2 markah]

ii. Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan pembelajaran di kelas.
Sekiranya anda bapa Aiman, apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalah
ketidakhadiran Aiman ke sekolah? ` [3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 3
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. pakaian angkasa lepas yang
serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Di kiri dan kanannya kelihatan padang pasir
yang luas terhampar persis Sahara keadaannya. Ah, macam bumi juga! Aiman mendengus.
Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang semuanya ada
dan wujud.
Eh, tengok di sana itu! Gelap betul. Tidak nampak apa-apa. Oh, barangkali inilah yang
dikatakan lautan! Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya. Kerana: Kajian
saintifik membuktikan bahawa air tidak wujud di planet bulan.
Tidak ada udara. Tidak ada air. Bagaimanakah umat bumi hendak dipindahkan ke bulan?
Sesuatu yang mustahil. Sesiapa pun tidak dapat wujud di sini. Sekali lagi dia kaget. Kawah
besar ternganga tidak jauh daripada situasi keterapungannya.
Cuaca cukup membahang panas. Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah
angka 150 darjah Celcius; amat panas, kepanasan tahap tinggi.
Suara itu datang lagi biarpun dia berusaha untuk menepisnya beberapa kali. Suara halus yang
mendesah di tengah-tengah keterasingan diri itu menghamparkan keinsafan yang benar-benar
memilukan. Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya. Dia mahu berangkat pulang
dengan segera ke planet bumi.

i. Nyatakan gambaran suasana di bulan mengikut bayangan Aiman. [2 markah]

ii. Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia untuk
memperkembangkan sains dan teknologi sejagat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menarik minat masyarakat terhadap bidang
penerokaan angkasa lepas? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 4
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik
yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.
Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah
pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang
pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.
Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi, aku
terpaksa memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku
tidak mahu berlagak seperti Si Luncai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.
Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk kelapa yang masih lembut kerana masih
muda tetapi Aiman tidak peduli. Dia menarik pelepah dan pucuk muda itu sekuat-kuatnya.
Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu mahu
melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar daripada
mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari.
Keterujaan Aiman terus melonjak. Pentas halusinasinya terus mekar dan segar. Usianya
dianjakkan dua tahun lagi, memberi ruang kepadanya mengikuti latihan intensif di bawah
program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia.
Pucuk nyiur berbalam-balam di pelupuk pandangan. Latihan dan ujian memantapkan diri
hendak berlepas ke ruang angkasa pula segera mengambil ruang. Akhirnya, balaman pohon
kelapa dara terus ternyah daripada pandangan.

i. Berdasarkan petikan, nyatakan gambaran suasana halusinasi futuristik Aiman Aqil. [2 markah]

ii. Kehidupan seseorang akan menjadi jauh lebih baik jika orang itu mempunyai impian atau
cita-cita.
Pada pendapat anda, mengapakan kita perlu mempunyai impian atau cita-cita? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada keseluruhan
cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Praktis 5
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan
tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.
Bronca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara
yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan
dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh
akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.

Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat
bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah
barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan mekanikal.
Ibu juga saintis, tetapi lebih kepada bidang geologi.

Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di
planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan
diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitan semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali,
dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyus, yang menghantuinya sekian lama.
Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan
terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.

Aiman mendongak ke langit. Sisik-sisik awan berarak tenang, seteduh air kolam sewaktu
malam jernih. Sang suria terus setia memancarkan cahayanya. Sayup-sayup kedengaran muzik
beralun, lembut dan penuh bermakna, semacam mengubati kelukaan hatinya ketika menjenguk
ke lereng cerun bukit di hadapannya. Jauh-jauh di sudut hati, dia memanjatkan doa dan harapan
ke hadrat Ilahi!

i. Berdasarkan petikan, mengapakah Aiman menganggap keadaan dirinya lebih baik daripada
pesakit Paul Broca yang gagap? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pesakit gagap perlu menjalani
latihan intensif dan terapi di hospital? [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Aiman Aqil yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan
lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Praktis 1
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkan alveolus paru-paru. Mata


terpejam rapat. Tubuh tua lelaki pemuja nafsu itu berkulit hitam berkedut seribu. Najis lendir
berdarah - teramat busuk bertakung di punggung.
Bank darah sudah kering.
Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma
darah.
Perlukah berbuat begitu, Doktor Murni? Hujung getah sedutan kucecahkan ke hujung
bibir pesakit yang koma itu. Lendir liur berdarah-busuk amat, berpintal-pintal masuk ke dalam
botol tadahan kumuh sudah dibuang untuk kali ketiga dalam sehari.
Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musa
itu mati; lebih bermanfaat kepada yang hidup. Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia di
ambang sakaratulmaut. Syahadah, Yasin lebih diperlukan. Kenapa tak ada waris yang datang
menjenguknya?
Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup.
Untuk membela atau membuang kemanusiaan?
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal memadamkan
amarah hati. Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga
yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi? Prognosisnya terlalu tipis.

i Mengapakah Aku mengatakan bahawa Tuan Besar Musa itu berada di ambang
sakaratulmaut? (2 markah)

ii Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma darah.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan menderma darah? (3 markah)

iii Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Praktis 2
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat,
padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?
Nusia!
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit
Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-
Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar
keras, tidak pernah pun dijengkuk Profesor Doktor Juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah
hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah
di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil. Solehah. Titis air
mataku gugur di hujung jari Solehah. Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi
tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu, sebak menyendat di dadanya.
Dapatkah 10 pek darah sekarang! Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.
Dapatkan di hospital lain; segera.

i. Bagaimanakah keadaan pesakit yang bernama Solehah menurut Aku? (2 markah)


ii. Dapatkah 10 pek darah sekarang! Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang
kontang.
Masalah kekurangan bekalan darah di hospital adalah disebabkan sikap masyarakat yang
enggan menderma darah. Pada pendapat anda, apakah punca sesetengah masyarakat tidak
menderma darah? (3 markah)
iii. Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Praktis 3
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak
menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yang
prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus
ribu itu ditaja olehnya.
Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi.
Dia menoleh.
Berikan gelafundin, arahnya acuh tak acuh.
Dia memerlukan darah. Hatiku pilu tiba-tiba.
Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah. Mata bulat berkening lebat doktor tua
itu terjegil. Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia
tidak mati untuk hari ini.
Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku
itu. Manusiakah dia?
Kenapa tidak diberi darah yang tulen? Darah daripada Allah untuk manusia. Itu hak
dia. Terhidu amrahnya, suara kulontar dengan selembut yang boleh walaupun hatiku ketara
pedih.
Bank darah sudah kontang. Faham?
Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa.
Cari kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah?

i. Mengapakah Profesor Doktor Juaidi mahu menyelamatkan Tuan Besar Musa? (2 markah)

ii. Pelbagai penyakit kronik mengancam nyawa manusia. Pada hemat anda, apakah yang wajar
dilakukan untuk mengelakkan kita terhindar daripada penyakit kronik? (3 markah)

iii. Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi persoalan yang
terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Praktis 4.
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setengah pek darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu. Mustahil
sangatkah? Tidak mustahil dia bakal Perdana Menteri. Firasat itu umpama mimpi barangkali,
dia tidak perlu dihidupkan.
Doktor muda itu tunduk. Peratusan oksigen di mesin sokongan hayat ditingkatkan. Aku
menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangka yang remuk, salur darah di ruang foraks,
memancut bagai paip bocor.
Di katil nombor empat, gadis malang, kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang
berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir.
Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah.
Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi.
Hanya lima pek darah untuk empat orang yang sedang koma. Prognosis yang baik,
kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.
Tapi darah ini untuk Tuan Besar Musa. Juruteknik makmal darah berwajah kelat.
Anak mataku bulat penuh. Hanya ardenalina, dopamin dan atropina yang merangsang
denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.
Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?
Saya rela menerima herdiknya.

i. Jelaskan keadaan pesakit di katil nombor empat. (2 markah)

ii. Pada pendapat anda, wajarkah Aku mengambil bekalan darah yang sepatutnya diberikan
kepada Tuan Besar Musa untuk diberikan kepada pesakit yang lain? Berikan alasan anda. (3 markah)

iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai lain yang
terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Praktis 5.
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
MODUL KOMSAS T5 - CERPEN

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stok
penyimpan atropina kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong
sampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
Masya-Allah, betapa agungnya tubuh Tuan Besar Musa.
Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan
RM100 ribu. Huh! Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnya
menangkap wajah lembut Doktor Murni. Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke mana
perginya lima pek darah yang saya tahu ada di bank darah pagi tadi? Suaranya memetir.
Prof.
Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. Ini surat perletakan jawatan
saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga.
Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.
Profesor Doktor Juaidi ternganga.
Doktor Murni berlari menggapai tanganku. Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah
daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam
Unit Rawatan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.

i Mengapakah Doktor Murni memberikan surat perletakan jawatannya? (2 markah)

ii. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Profesor Doktor Junaidi yang lebih mementingkan
nyawa Tuan Besar Musa berbanding dengan pesakit-pesakit yang lain?
Berikan alasan anda. (3 markah)

iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran
lain yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Anda mungkin juga menyukai