Anda di halaman 1dari 3

Cinta Ahmad Mutawakkil

Pada 16 Jun 1948 di Perak, Parti Komunis Malaya mula menggila tetapi
Ahmad Mutawakkil semakin tegas menyedarkan rakyat supaya
menentang ideologi komunis.
Ahmad Mutawakkil: Komunis, di negara kita hanya alat. Kalau kita pilih
berjuang cara komunis, makanya, setelah Inggeris
berundur, kita akan terjajah sekali lagi. Ingat…cara
kita berjuang berasaskan hati Melayu, maknanya
kita berpegang kepada Islam. Selagi kta Melayu-
Islam, komunis tak ada tempat di hati kita. Orang
Melayu, kalua pilih cara komunis, bukan lagi Melayu-
Islam.
Akibatnya, komunis menyerbu banglo Tuan Booth.
Pengganas: Gua tau…lu… dia punya kawan baik. Kasi tau sama itu
Ahmad. Kalau mau ini kampung aman, jangan hasut orang
benci komunis dalam surat khabar atau mana-mana tempat.
Ahmad Mutawakkil tidak mendengar nasihat Tuan Booth dan Penghulu
Sigap, sebaliknya dia semakin berani bersuara dengan lantang.
Ahmad Mutawakkil: Persekutuan Tanah Melayu mesti menjadi kenyataan
Jadi, kita perlu bekerja dengan lebih kuat, bahang
kemerdekaan semakin dekat.

Walaupun semua mata terpaku kepada Ahmad Mutawakkil tetapi masih


tercari-cari di mana duduknya Sandra, anak gadis Tuan Booth.
Orang kampung: Agak memeranjatkan, si rambut perang bermata biru
lembut itu tidak kelihatan. Barangkali dia tak sihat…
atau merajuk dengan Ahmad Mutawakkil…atau…?

Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang Melayu yang sanggup


diperalat oleh Parti Komunis Malaya.
Ahmad Mutawakkil: Mereka bukan pejuang, tapi orang yang sanggup
menjual agama dan bangsa kepada komunis.
Pada malam Jumaat itu, semasa menyampaikan ceramah, seorang
budak lelaki telah datang berjumpa Ahmad Mutawakkil. Ahmad
Mutaawakkil mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad hilang dan
tidak ditemui.

Sandra: Boleh saya tau, siapa budak lelaki yang panggil dia semalam?

Selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung


tentang kehilangan Ahamad telah terjawab apabila Ahamad muncul
dalam keadaan cedera parah. Ahamad meninggal dunia di atas riba
Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat ditembak dengan 3
das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung
mengadakan doa tanda kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.

Anda mungkin juga menyukai