Anda di halaman 1dari 4

LDP PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pembelajaran abad ke-21 merupakan salah satu elemen penting ke arah


merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2012-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21
secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai
tahun 2015.

Dalam pada itu, pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan
Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab penting dalam melengkapkan
diri dengan pedagogi-pedagogi terkini. Maka, mulai tahun 2014 semua guru digalakkan
untuk menggunakan pendekatan baru bagi memantapkan pdp di dalam kelas . Hal ini
bertepatan dengan surat siaran yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan


dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, semua
guru SJK(T) Kalaimagal telah hadir dalam sesi LDP pada tanggal 1 Mac 2017 lalu.
Objektif pelaksanaan taklimat ini adalah untuk memantapkan pengetahuan mengenai
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Perkongsian ini disampaikan oleh Puan Azila
binti Mohd Saad, selaku SIC+ Bahasa Melayu merangkap Pegawai dari PPD Kuala
Muda/Yan bertempat di Bilik Mesyuarat SJK(T) Kalaimagal. Taklimat bermula pada jam
2.00 petang dan berakhir tepat jam 4.00 petang.
Berikut merupakan dapatan taklimat yang telah diperoleh. Antara ciri
pembelajaran abad ke-21 ialah :

PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif , manakala


guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas.

Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi
memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan
pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan
peredaran masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.

Guru perlu menulis objektif pembelajaran di papan putih supaya murid jelas
matlamat aktiviti yang dijalankan . Inovasi yang ditunjukkan oleh Puan Azila ialah
inovasi Obj. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria
kejayaan kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp. Guru
boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.

Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan. Puan Azila


memperkenalkan Tools Kit .

Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad
atau kad berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham ,
kurang faham dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid menunjukkan aras
pemahaman mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang kurang
memahami subjek yang diajar.

contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada
semua murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada guru semasa sessi
pembelajaran berlangsung.
Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang
guru sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan
menampal kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.

Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada
hari guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua
murid dapat berkongsi hasil kerja rakan mereka.

Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan


dengan papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru
atau memenuhi kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi
ganjaran / bintang untuk ditampal di atas papan ganjaran. Ini menggalakkan sikap
ingin berlumba sesama mereka bagi mendapatkan ganjaran.

Menurut Puan Azila lagi, suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua
guru ialah, pedagogi abad ke-21 tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD
tetapi yang utama adalah pdp itu berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai
fasilitator. Puan Azila juga sempat menjalankan sesi bengkel singkat untuk
mensimulasikan gambaran penggunakan tool kits dan parking lot yang dihasilkan
olehnya. Hal ini memberi gambaran yang jelas kepada para guru cara mengaplikasikan
elemen-elemen dalam sesi pdpc abad ke-21.

Perkongsian yang disampaikan oleh Puan Azila sangat menarik dan mampu
memukau para guru sehingga tidak sedar hampir dua jam sesi taklimat dan bengkel
berlangsung. Sebelum sesi berakhir, Encik Subramaniam Danapal, guru besar SJKT
Kalaimagal telah menyampaikan ucapan sebagai amanat buat para guru Selepas itu,
Encik Subramaniam juga telah menyampaikan hadiah cendera mata sebagai kenang
kenangan sebagai tanda terima kasih kepada Puan Azila binti Mohd Saad selaku
penceramah bagi sesi LDP pada kali ini. Majlis bersurai tepat jam 4.00 petang.
LAMPIRAN GAMBAR

Laporan disediakan oleh,

..........................................
(PUAN NURUL FARISHAH BINTI OTHMAN)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
SJK(T) Kalaimagal,
Sungai Petani, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai