Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI GURU DAN CABARAN SEMASA

Melalui Pengajaran Guru dan Cabaran semasa, pelbagai ilmu yang telah
saya peroleh sepanjang saya mempelajarinya sama ada semasa kuliah, melalui
kerja kursus dan pembacaan daripada pelbagai sumber.

Pertama, saya dapat mengetahui cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh


guru khususnya guru pada zaman globalisasi dan modenisasi. Tugas guru
sememangnya mencabar dari pelbagai aspek sama ada seperti murid-murid,
pengurusan, kemahiran diri dan lain-lain lagi. Oleh itu, guru perlu menyiapkan diri
menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan pelbagai ilmu-ilmu bukan untuk
kegunaan bilik darjah sahaja.

Contoh-contoh kemahiran tersebut ialah kemahiran dalam bidang teknologi.


Pada masa kini, segalanya memerlukan guru untuk mengisi markah melalui online.
Jika guru tidak tahu akan cara untuk mengisinya, pastilah akan menyukarkan guru
untuk melaksanakan kerja. Maka guru akan berasa tertekan dengan tugas.

Selain itu, saya juga mempelajari konsep stress dan burnout. Sebelum ini,
saya hanya mengetahui akan stress sahaja namun tidak pernah mendengar akan
burnout. Saya juga dapat membezakan antara stress dan burnout selepas
mendengar pengajaran pensyarah. Di samping itu, cara untuk menangani tekanan
emosi juga dapat saya pelajari. Contohnya ialah dengan melakukan riadah,
meluahkan kepada rakan, berurut, dan sebagainya.

Selain itu juga, inovasi dalam pengajaran juga merupakan elemen yang
penting dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Guru perlu berfikiran kreatif dan
berinovatif dengan cara mengajar supaya dapat menarik minat murid di samping
menberikan kefahaman kepada mereka. Pengajaran juga boleh seiring dengan
zaman teknologi dan internet dengan mengintegrasikan pengajaran menggunakan
komputer, internet, laman web dan sebagainya.

Harapan saya, selepas mempelajari subjek ini, saya dapat membuat anjakan
paradigm dengan mengaplikasikan apa yang saya telah belajar. Contohnya,
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT dan juga menambahkan ilmu
pengetahuan supaya menjadi seorang guru yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai