Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Kemalangan atau kecederaan sering berlaku tidak mengira masa dan tempat bak
kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi, “Malang Tidak Berbau”. Kecelakaan ini boleh
menyebabkan kita tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti normal akibat kesakitan.

Apabila berlakunya kecederaan, beberapa langkah dapat dilakukan untuk


memberi bantuan atau pertolongan mangsa yang tercedera. Kadangkala, pertolongan
cemas yang diberikan itu akan mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius.

Sistem otot rangka manusia merangkumi tulang belakang, sendi, ligamen dan
otot. Fungsi utama sistem ini ialah menampung tubuh badan manusia serta membolehkan
manusia bergerak. Di samping itu, sistem otot rangka juga melindungi organ-organ penting
seperti jantung, paru-paru, otak, ginjal dan hepar. Kecederaan pada sistem otot rangka
lazimnya berlaku dalam keadaan berikut: kemalangan jalan raya, kecederaan semasa
bersukan, kemalangan sewaktu bekerja (kemalangan perusahaan atau cara kerja) dan
kemalangan domestik.

Rawatan awal amatlah penting untuk memastikan kecederaan yang menimpa


mangsa tidak akan melarat dan memudaratkan kesihatan mangsa. Kemalangan boleh
berlaku dimana sahaja termasuklah di sekolah. Jadi keselamatan di sekolah harus
dipastikan agar keselamatan murid terjamin. Walaupun kemalangan itu tidak dapat dijangka,
guru dan kakitangan sekolah seharusnya mempunyai ilmu menyenai bantu mula untuk
menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan
terhadap murid. Hal ini penting untuk memastikan murid dapat menuntut ilmu dalam
keadaan yang selesa dan selamat. Hal ini kerana, pendidikan merupakan satu wadah
penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan
peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek
kehidupan, (Mastura Badzis, 2008).

1
2.0 Kecederaan Tisu Lembut

Kecederaan tisu lembut atau SOFT TISSUE INJURY adalah kerosakan pada otot,
ligamen dan tendon di seluruh badan. Kecederaan tisu lembut biasanya terjadi
apabila terseliuh, ketegangan, satu hentakkan yang menyebabkan lebam atau kerap
menggunakan bahagian tertentu badan.

Kecederaan tisu lembut boleh menyebabkan kesakitan, bengkak, lebam dan


kegagalan fungsi sesetangah anggota tubuh. Sebarang jenis kecederaan yang berlaku
kepada badan melalui trauma secara tiba-tiba, seperti jatuh, twist, atau hentakkan kepada
badan. Beberapa contoh jenis kecederaan ini akan terseliuh, kesan terikan dan lebam.

2.1 Terseliuh

Terseliuh dan tergeliat adalah kecederaan pada ligamen dan tendon sendi. Terseliuh
melibatkan peregangan atau koyakan pada ligamen manakala tergeliat pula melibatkan
peregangan atau koyakan berlebihan pada otot atau tendon. Kedua-dua keadaan
menyebabkan kesakitan dan pembengkakan.

Seseorang individu boleh mengalami terseliuh dan tergeliat otot apabila jatuh,
terkilas tangan atau kaki, bermain sukan atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.
Kebiasaannya, kecederaan ini berlaku di bahagian pergelangan kaki dan pergelangan
tangan. Tanda-tanda mengalami kecederaan terseliuh ini adalah terasa sakit di kawasan
kecederaan, bengkak lebam, dan hilang kemampuan untuk bergerak dan menggunakan
sendi. Kadangkala kedengaran bunyi ‘pop’ dan terasa terkoyak pada sendi apabila
kecederaan berlaku.

Rajah 1.0 Kecederaan Terseliuh

2
2.2 Lebam

Lebam ialah kecederaan yang dapat dilihat pada kulit apabila saluran darah yang
rosak atau pecah akicat kecederaan. Bengkak mengakibatkan kawasan dari kebocoran
darah dan cecair dari saluran darah cedera dalam tisu. Kecederaan Lokasi kelihatan
seperti luntur yang, kawasan tercedera menjadi ungu. Kebiasaanya lebam terjadi
apabila terkena hentakan objek tumpul dengan daya yang kuat yang menyebabkan
kerosakan memalui tekanan mampatan.

Lebam melarat dengan pantas atau muncul selepas beberapa hari kemudian
ataupun ada yang muncul serta merta selepas mana-mana anggota badan terkena
hentakan yang kuat. Tanda-tanda kecederaan lebam dimana berlakunya perubahan warna
kulit, biasanya biru atau ungu, berasa sakit dan bengkak.

Rajah 2.0 Kecederaan Lebam

2.3 Luka

Boleh melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris atau dipotong
oleh tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis luka terdiri daripada abrasi (cakaran pada
permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan tebukan ( ditebuk oleh objek yang
tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam dan boleh mengakibatkan kerosakan salur
darah yang serius. Pemerhatian kepada langkah-langkah keselamatan semasa beraktiviti
adalah cara terbaik untuk memelihara diri daripada mengalami luka

3
Rajah 3.0 Kecederaan Luka

3.0 Rawatan dan Bantu Mula Kecederaan Tisu Lembut

3.1 Rest

Rest atau rehat dimana kita perlu mengurangkan melakukan aktiviti untuk
mengelakkan berlakunya pergerakan di tempat yang tercedera. Hal ini adalah untuk
memberi masa kecederaan untuk sembuh dan mengelak daripada kawasan yang cedera
kembali menjadi lebih parah. Ampu bahagian yang tercedera di dalam kedudukan yang
selesa. Elakkan mengenakan beban terhadap kawasan yang cedera. Jika tercedera di
bahagian kaki atau lutut, penggunaan tongkat digalakkan untuk mengurangkan beban pada
bahagian yang cedera. Dengan ini kita dapat berjalan tanpa mengenakan beban pada
kawasan tercedera itu.

Rajah 4.0 Rawatan Rice (Rest)

3.2 Ice

Dengan menggunakan ais, tempatkan ais pada kawasan yang tercedera.


Penggunaan ais adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak dengan syarat,
penggunaan ais perlulah dilakukan dalam tempoh 24 jam pertama. Penggunaan ais ini

4
boleh diteruskan sehingga 48 jam atau lebih. Walaubagaimanapun, penggunaan ais ini akan
menyebabkan bahagian terlibat berasa kebas. Semasa meletakkan pek ais kepada
kawasan yang tercedera, diglakkan untuk meletakkan satu lapisan kain atau lapik untuk
mengelakkan kecederaan pada kulit semasa penggunaan ais.

Ais perlu diletakkan di kawasan yang tercedera setiap 20 minit secara berulang-
ulang kali pada setiap dua jam untuk mengelak daripada berlakunya pengumpulan darah
yang mana boleh menyebabkan bengkak dikawasan yang cedera. Sebahagian individu
mempunyai alahan terhadap ais yang boleh menyebabkan kulit menjadi bengkak atau
merah apabila bersentuhan dengan kulit. Aplikasikan ais setelah kawasan itu kembali
menjadi normal.

Rajah 5.0 Rawatan Rice (Ice)

3.3 Compression

Seterusnya compression, dimana kita mengenakan tekanan di kawasan tercedera.


Caranya dengan membalut kawasan tercedera semasa dan selepas meletakkan ais untuk
mengurangkan bengkak. Balutan tidak boleh terlalu ketat supaya peredaran darah tidak
terganggu. Balutan boleh dilakukan dengan menggunakan pembalut anjal atau ace bandage
atau kain anduh. Bagi kecederaan luka, compression bertujuan untuk menghentikan
pendarahan terus berlaku bagi menggelakkan darah terus mengalir keluar. Selain itu,
dengan membalut bahagian tercedera juga dapat mengurangkan pendarahan dalaman.

5
Rajah 6.0 Rawatan RICE (Compress)

3.4 Elevation

Yang terakhir ialah elevation, dimana kita meninggikan kedudukan kawasan


tercedera kepada atas paras jantung untuk menghindar daripada pengumpulan cecair dari
kawasan tercedera seterusnya mengurangkan bengkak dan rasa sakit. Proses ini amat
penting dalam masa 24 jam pertama untuk kecederaan serius dan dilakukan sambil
meletakkan ais pada kawasan kecederaan.

Rajah 7.0 Rawatan RICE (Elevate)

6
4.0 Kecederaan Tisu Keras

Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang biasanya
disebabkan oleh stress yang tinggi dialami tulang tersebut. Tulang panjang, seperti humerus
dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh daripada fraktur.
Sementara rulang-tulang kecil memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk sembuh.
Kaedah simen adalah teknik rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti pada tulang
yang mengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau plaster, bahagian tulang yang
telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik bagi tujuan rehabilitasi. Berikut
adalah contoh-contoh kecederaan tisu keras.

4.1 Patah

Patah merupakan kecederaan yang disebabkan oleh daya hentaman secara tepat
atau tidak tepat pada tulang dan menyebabkan terputus kesinambungan tulang. Ianya
dikelaskan sebagai patah terbuka atau kompaun apabila salah satu atau kedua-dua hujung
tulang yang patah menembusi kulit. Tahap keterukan patah tulang bertambah dengan usia.
Tulang kanak-kanak adalah lebih fleksibel dan kurang cenderung untuk pecah atau patah.
Jatuh atau kemalangan lain yang tidak membawa kemudaratan kepada kanak-kanak boleh
menyebabkan kepatahan tulang yang serius di kalangan orang dewasa yang lebih tua.
Warga emas mengalami patah yang lebih kerap berbanding kanak-kanak kerana tulang
mereka lebih rapuh. Patah tulang dapat dilihat melaui tanda-tanda seperti rasa sakit, lebam,
bengkak, kesukaran untuk bergerak menjadi lemah, kebas dan perubahan bentuk daripada
bentuk yang normal. Patah yang lebih teruk dimana tulang terkeluar menembusi kulit dan
mengakibatkan luka.

Rajah 8.0 Kecederaan Patah

7
4.1.1 Rawatan Awal Patah

Untuk kecederaan tulang patah, tindakan awal ialah menghadkan pergerakan di


kawasan yang patah. Hal ini untuk mengelakkan daripada kecederaan tersebut menjadi
lebih parah. Kemudian dapatkan splint atau sesuatu yang keras seperti kayu atau objek
yang keras dan panjang. Splint ini bertujuan untuk memastikan kawasan yang tercedera itu
tidak bergerak.

Sebagai contoh kecederaan berlaku pada bahagian kaki. Pasangkan dua splint,
satu di sebelah dalam kaki, dan yang satu lagi di luar, dari kaki ke ketiak. Splint juga boleh
dipasang pada kaki yang tidak patah ke arah kaki patah dan ini boleh menyokong kaki
yang patah bagi mengelakkan pergerakan yang berlebihan. Jika tiada apa-apa bahan untuk
dijadikan splint, gunakan anggota badan yang tidak tercedera yang lain untuk memastikan
anggota yang tercedera berada dalam keadaan stabil dan tidak bergerak. Untuk bahagian
tangan, letakkan splint di bawah lengan yang tercedera meliputi kedua-dua sendi di atas
dan di bawah anggota yang patah. Pastikan ia tidak terlalu ketat dengan memeriksa
perubahan warna kulit dan rasa kebas pada jari.

Rajah 9.0 Rawatan Kecederaan Patah

8
4.2 Patah Terbuka

Patah tulang ialah keadaan yang melibatkan kepatahan pada fraktur tulang. Patah
terbuka ini pula patah yang mana melibatkan luka akibat tulang terkeluar daripada kulit serta
kelihatan tulang. Perkara ini boleh terjadi disebabkan hentaman yang kuat atau stress daya
tinggi atau kecederaan remeh yang disebabkan keadaan tertentu yang melemahkan tulang.
Patah terbuka ini menyebabkan luka akibat tulang yang patah menonjol keluar dari kulit.
Pendarahan yang berlaku agak parah dan mangsa akan kehilangan darah jika tidak
diselamatkan. Patah terbuka dapat dikesan apabila terdapat luka yang agak besar yang
menyebabkan darah keluar berlebihan dan kelihatan bentuk atau rupa tulang. Mangsa akan
mengalami kesukaran untuk menggerakkan anggota yang terlibat dan akan berasa kebas.

Rajah 10.0 Kecederaan patah terbuka

4.2.1 Rawatan Patah Terbuka

Bagi kecederaan patah terbuka ini, mangsa dinasihatkan agar tidak bergerak.
Langkah kecemasan pertama adalah menghentikan pendarahan daripada terus mengalir
keluar. Pendarahan ini perlu dihentikan dengan meletakkan kain bersih dengan daya
tekanan yang agak kurang. Tekanan tidaklah terlampau tinggi sehingga menyebabkan
tulang yang tertonjol memasuki semula ke dalam kerana kuatir akan menyebabkan luka
menjadi lebih parah serta kesakitan terhadap mangsa.

Selepas itu dapatkan splint dan dibalutkan bersama-sama di anggota yang


terceddera. Tujuan splint ini adalah untukmenghalang daripada anggota yang terlibat terus
bergerak dan boleh menyebabkan kecederaan menjadi lebih parah.

9
Rajah 11.0 Rawatan Kecederaan Patah Terbuka

4.3 Retak

Kecederaan retak pada tulang merupakan rekaran pada tulang atau pecah dan
menyebabkan merosakkan kesinambungan pada tulang yang mengakibatkan tulang
menjadi kurang kukuh. Tulang retak terjadi akibat tulang mengalami hentakan yang tidak
tepat atau hentakan sisi. Sebahagian tulang retak terjadi akibat mengalami hentakan secara
berulang-ulangan atau kerap. Mangsa akan terasa kesakitan pada tulang dan kurang selesa
untuk melakukan pergerakan. Retak dibahagikan kepada tige kelas iaitu comminuted
fracture, incomplete fracture dan complete fracture.

Comminuted fracture merupakan kecederaan retak yang melibatkan dua tulang yang
kelihatan hampir hancur. Incomplete fracture pula berlakunya keretakan yang melibatkan
hanya satu bahagian tulang sahaja manakala complete fracture, keretakan yang
mengakibatkan tulang terputus kesinambungannya dan terbahagi menjadi dua. Tanda-tanda
tulang retak, pergerakan menjadi terhad dan tidak normal, bahagian yang cedera berubah
bentuk dan menjadi bengkak, kulit menjadi pucat, bengkak dan lebam.

10
Rajah 12.0 Kecederaan Retak

4.3.1 Rawatan Awal Retak

Bantuan awal bagi kecederaan retak adalah sama dengan kecederaan patah iaitu
pastikan kawasan yang cedera tidak banyak bergerak. Cederaan retak ini juga memerlukan
splint untuk memastikan pergerakan di kawasan cederaan dapat dihadkan. Sebagai contah
keretakan berlaku di bahagian tangan mangsa. Jadi caranya adalah Pasangkan splint
dengan menggunakan batang keras, tegar dan lurus. Anda juga boleh menggunakan surat
khabar atau majalah yang dilipat. Letakkan splint di bawah lengan yang tercedera meliputi
kedua-dua sendi di atas dan di bawah anggota yang patah. Pastikan ia tidak terlalu ketat
dengan memeriksa perubahan warna kulit dan rasa kebas pada jari. Kemudian pasangkan
kain anduh untuk menyokong tangan dan mengelakkan tangan daripada berayun. Gerakkan
tangan secara perlahan-lahan, dan jika pergerakan tersebut menyebabkan kesakitan yang
teramat, maka kekalkan anggota pada keadaan asal hal ini bertujuan untuk memberi
keselesaan pada mangsa.

11
Rajah 13.0 Rawatan Kecederaan Retak

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kemahiran atau ilmu bantu mula amat penting bagi menghadapi
kemungkinan-kemungkinan kecederaan. Sebagai guru terutamanya di sekolah yang bukan
sahaja mendidik sebaliknya memastikan keselamatan murid terjamin harus mempunyai
pengetahuan tentang bantu awal untuk memberi pertolongan cemas atau bantu awal
kepada murid yang tercedera. Dengan bantu mula ini, segala kemungkinan ini dapat diatasi
dengan baik dan mengurangkan peratus kecederaan menjadi lebih parah. Hal ini kerana
terdapat guru yang mempunyai pengetahuan untuk mengendali sebarang situasi
kemalangan yang menyebabkan kecederaan.

12
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Md Razali Md Yusof (1999). Pengetahuan Pertolongan Cemas Di Kalangan Guru 4


SPA/E/H/J (KDPK) Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Nik Suryani bte. Nik Abd. Rahman., Suhailah Hussien., & Mastura Badzis.,. (2008). A
practical guide to interviewing in educational research. Gombak, Selangor: Centre for
Teaching and Learning, Institute of Education, International Islamic University
Malaysia.

Shier, D., Butler, J., & Lewis, R. (2007). Hole's human anatomy & physiology. Dubuque, IA:
McGraw-Hill.

Bone fracture. (2017). En.wikipedia.org. Retrieved 10 September 2017, from


https://en.wikipedia.org/wiki/Bone_fracture

Dislocated shoulder. (2017). En.wikipedia.org. Retrieved 10 September 2017, from


https://en.wikipedia.org/wiki/Dislocated_shoulder

Sprain. (2017). En.wikipedia.org. Retrieved 10 September 2017, from


https://en.wikipedia.org/wiki/Sprain

13
LAMPIRAN

14

Anda mungkin juga menyukai