Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN MENGADAKAN

PERTANDINGAN KECERIAAN
ASRAMA
CCRC TIANG DUA,MELAKA
2015
1. PENDAHULUAN
Pertandingan dirancang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan dikalangan
penghuni CCRC Tiang Dua,Melaka. Selain itu,ia juga bagi membudayakan
kebersihatan sebagai satu amalan hidup seharian. Program ini juga bagi mendisiplinkan
klien dalam menjaga kebersihan dan keceriaan asrama masing-masing dengan
menetapkan sasaran kebersihan asrama tanggungjawab bersama.

2. OBJEKTIF
i) Program dirancang bagi memperindahkan kawasan asrama serta
membudayakan amalan kebersihan dikalangan klien.
ii) Program juga bertujuan melatih klien kerja secara bergotong-royong dalam satu
pasukan
iii) Meningkatkan daya kreativiti klien dengan cara yang betul.

3. KANDUNGAN PROGRAM
Program diadakan awal bulan Jun bagi memberi peluang kepada klien untuk menghias
dan memperindahkan kawasan asrama masing-masing.Tarikh pemeriksaan asrama
pada penghujung bulan November 2015.

4. GOLONGAN SASAR
Semua pegawai,kakitangan & klien CCRC Tiang Dua,Melaka.

5. CADANGAN TARIKH
Cadangan pemeriksaan pada 25 November 2015.

6. CADANGAN TEMPAT
CCRC Tiang Dua,Melaka.
7. KOS
Anggaran kos yang diperlukan untuk melaksanakan program ini adalah seperti
berikut :

1) Hadiah
1 X Tempat pertama RM 200
1 X Tempat Kedua RM 100
1 X Tempat ketiga RM 50
5 X Saguhati RM 250

JUMLAH KESELURUHAN = RM 600

8. PENGLIBATAN
Semua Penghuni dan pegawai.

9. PENUTUP
Semoga program seperti ini dapat memberi impak seperti yang diharapkan
dan seterusnya memudahkan pentadbiran dan pengurusan klien di CCRC
ini.Selain memberikan pengajaran dan pengalaman baru kepada penghuni
untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar selepas bebas kelak.

Disediakan oleh : Disemak oleh:


........................................ ................................................................

(NAGALINGGAM NAGAMUTHU) (AHMAD AZIZI BIN ABDULLAH)


Ketua Unit UPP TIMBALAN PENGARAH
CCRC Tiang Dua CCRC Tiang Dua
Melaka. Melaka.

Diluluskan oleh :

........................................

( RUJHAN BIN RAMLI )


Pengarah
CCRC Tiang Dua,
Melaka

Anda mungkin juga menyukai