Anda di halaman 1dari 1

__________________________

__________________________
__________________________

Pejabat Menteri Pelajaran,


Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(U/P: Unit Pendidikan Khas)

2015

Melalui
Pengarah Pelajaran Pahang,
Jabatan Pelajaran Pahang,
25200 Indera Mahkota Kuantan,
Pahang Darul Makmur
(U/P: Unit Pendidikan Khas)
Tuan,
Memohon Melanjutkan Tempoh Pembelajaran Di Kelas Pendidikan Khas SK Serengkam, Maran
Merujuk kepada perkara di atas saya __________________________________( no. Kp ___________________ )
penjaga kepada __________________________ ( no. Kp ___________________ ) ( Slow Learner ) ingin memohon
melanjutkan tempoh pembelajaran anak saya ini selama setahun lagi di Sk Serengkam (Sesi 2016).
2. Hal ini adalah kerana kesulitan saya untuk menghantar anak saya ke sekolah menengah yang jauh dari rumah saya.
Kesulitan itu juga kerana saya tidak mempunyai kelapangan untuk menghantar anak ke sekolah menengah tersebut
pada setiap hari.
3. Tambahan pula, keadaan anak saya yang masih tidak dapat berdikari untuk menguruskan diri sendiri akan
menyukarkan dia untuk menjalani kehidupan seharian di asrama yang terdapat di sekolah tersebut.
4. Pihak saya akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak saya jika berlaku apa-apa perkara yang berlaku ke atas
anak saya dari bentuk fizikal dan sebagainya.Pihak saya juga tidak akan menyalahkan guru pendidikan khas dan pihak
sekolah sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
5. Pihak saya juga akan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru pendidikan khas dan pihak sekolah dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka.
Sehubungan itu, saya amat berharap permohonan saya ini diluluskan oleh pihak tuan.
Sekian, Terima kasih
Yang benar,
......................................................
(___________________________)
s.k :
- PPD Maran
- Guru Besar Sk Serengkam
( telah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah )

Anda mungkin juga menyukai