Anda di halaman 1dari 1

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Yang Dipertua PIBG

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...dan salam sejahtera untuk semua.
Syukur kehadrat Ilahi kepada Allah S.W.T dengan izin dan kurniaNya kita berada dalam keadaan sihat
untuk meneruskan tanggungjawab kita yang dipilih oleh Allah menjadi Khalifah di dunia ini.
Saya yang diamanahkan bersama-sama mewakili kepimpinan PIBG SK Kerteh dengan ini
merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang sentiasa
mengambil berat berkenaan hal ehwal sekolah ini untuk kebaikan dan kesejahteraan pelajar serta nama
baik sekolah.
Kepada guru-guru, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana begitu yakin dengan ilmu yang
dimiliki dicurahkan kepada pelajar tanpa mengenal kepenatan, kepentingan diri sendiri dan rasa jemu
menghadapi karenah pelajar bagi memastikan mereka berjaya seperti kata pepatah Guru Ibarat lilin,
membakar diri menerangi orang lain
Kepada ibu bapa / penjaga, kita mempunyai harta yang paling bernilai pemberian Allah iaitu anakanak kita yang menimba ilmu di sekolah ini. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang menyokong anakanak sehingga mencapai kejayaan cemerlang dan bagi yang kurang berjaya, ibu bapa / penjaga
disarankan supaya terus menyokong dan memotivasikan anak-anak tanpa jemu bagi memastikan
kejayaan menjadi milik anak-anak kita di masa hadapan.
Pelajar yang dikasihi, kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian
cemerlang pelajar-pelajar sekalian pada tahun ini. Menjadi harapan kami pelajar-pelajar yang berjaya
akan memberi contoh kesantunan yang baik kepada pelajar yang lain.
Sebelum saya mengundur diri, terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas
kelemahan dan kekurangan saya sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai YDP PIBG sekolah ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah Taala dan yang kurang itu adalah kelemahan
saya sendiri. Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan salam
sejahtera.
Sekian, terima kasih.

MD Amin bin Ali

Anda mungkin juga menyukai