Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan

Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

salam sejahtera.

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha (Nama GB)

Yang Berbahagia (Nama YDP PIBG)

Yang Dihormati ( Nama GPK,

Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran)

NamaGPK Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Nama GPK, Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru dan ibu bapa yang budiman

dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Keb Paya Mas,
kerana sudi mengundang saya ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini. Terima kasih juga
saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke majlis
ini. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion perguruan
sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas
permulaan anjakan paradigma menjana modal insan yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan guru
semata-mata. Selain guru, ibu bapa adalah Subjek penting dalam mencorakkan masa depan anak-
anak. Institusi pendidikan bermula dari rumah. Malah tuan-tuan dan puan-puan, faktor yang paling
utama kejayaan terletak pada diri pelajar dan sokongan ibu bapa itu sendiri, agar sentiasa
mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Pada kesempatan ini saya mendoakan agar murid-murid dapat berkembang maju dan mampu
meneruskan kejayaan yang lebih gemilang. Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang
dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama
sekolah.

Hadirin sekalian,

Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan
murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan
semoga program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk
murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua murid atas kejayaan anda. Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Paya Mas. Sekian,
wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai