Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahman nirrahim, Alhamdulilah rabiil alamin,

wassolatuwassalamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin


waala alihi wasahbihi aj’main.

Yang Berbahagia Tuan Haji Nor Hashim Bin Othman,


Pegawai pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah
Kuala Pilah.
Yang berusaha Encik Mohd Sahib bin Rahmat, Guru Besar
SK Kuala Pilah.
Yang berusaha Encik Mohd Zaid bin baharom, Pengerusi
Waris Prasekolah, SK Kuala Pilah.
Yang dihormati Puan Noradilah Binti Darosman, Yang
dipertua PIBG SK Kuala Pilah.
Guru-guru penolong kanan, Guru-guru, Ibu bapa
/penjaga serta murid-murid yang diraikan pada hari ini.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam


sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan
terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini,
khususnya kepada murid-murid prasekolah yang
menunjukkan kepintaran dan sahsiah yang cemerlang.

Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang


berjaya memartabatkan profession perguruan sehingga
mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari
segi akademik mahupun sahsiah. Segala kejayaan ini
tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan
para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh
amanah dan dedikasi.

Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa diatas


galakkan, didikan serta perhatian terhadap anak-anak
sehingga mereka mampu memperolehi kecemerlangan
dan berdaya saing dengan murid-murid lain. Semoga
usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak
terus mencapat kecemerlangan di masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya percaya Majlis Graduasi dan Kecemerlangan


prasekolah pada hari ini, adalah selari dengan matlamat
memotivasikan murid agar terus berusaha untuk
mencapai kecemerlangan. Diharapkan semoga Majlis
seumpama ini dapat berterusan pada masa akan
datang dengan peningkatan murid yang cemerlang
disamping dapat menaikkan dan mengharumkan lagi
nama SK Kuala Pilah di Daerah Kuala Pilah ini.

Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid
prasekolah yang akan menerima sijil dan hadiah graduasi
seterusnya penerima-penerima anugerah diatas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian
tersebut akan terus berkekalan hendaknya. Teruskanlah
kecemerlangan itu sampai bila-bila.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali
lagi kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Guru
Besar SK Kuala Pilah, Ahli Jawatankuasa Waris Prasekolah,
Guru-guru dan ibu bapa penjaga yang dihormati
sekalian, diatas kesudian bersama-sama berada dalam
majlis kita pada hari ini. Saya menyusun jari memohon
maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Setiap apa yang
saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas
demi melihat kemajuan anak-anak kita bersama dengan
lebih cemerlang di masa akan datang.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang tidak
baik itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
Dengan lafaz Bismillahirrahman nirrahim, saya merasmikan
majlis Graduasi dan kecemerlangan Prasekolah SK Kuala
Pilah bagi tahun 2019.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai