Anda di halaman 1dari 2

Sekapur sireh..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Buku Pengurusan Kelas 6 Pintar dapat direalisasi dan diwujudkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas inspirasi yang diberikan terutama kepada Tuan Guru Besar SK Sri Setia Jaya, En Mdd Nordin Bin Hj.Ismail. Dengan cetusan idea dari beliau maka Buku Pengurusan Kelas 6 Pintar ini dapat diwujudkan. Ini merupakan satu kejayaan yang besar ertinya kepada guru-guru dan pelajar pelajar-pelajar SK Sri Setia Jaya. Saya berharap dengan kerjasama semua guru matapelajaran dan murid 6 Pintar maka buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mereliasasikan impian sekolah juga impian Negara. Pengajaran dan pembelajaran, disiplin, tatacara dan peraturan merupakan agenda penting dalam membantu kejayaan seseorang pelajar. Oleh itu, Buku Pengurusan ini diharap dapat memberi manfaat yang lebih besar dalam mencapai cita-cita tersebut. Sekian, terima kasih.

Puan Suhana Selamat Guru Kelas 6 Pintar

Anda mungkin juga menyukai