Anda di halaman 1dari 2

Serigala Yang Tamak

Di dalam sebuah hutan tinggal seekor serigala yang bernama Gala.Gala merupakan binatang
yang liar lagi ganas dan tidak mempunyai sifat belas kasihan . Dia akan memburu mangsanya
setiap hari untuk dijadikan makanan.
Sedang dia berjalan-jalan mencari mangsa,dia terlihat seekor arnab. Ah!Sedapnya
daging arnab muda ini, Katanya di dalam hati. Tanpa berlengah Gala terus menghampiri arnab
itu secara perlahan lahan lalu menerkamnya dari belakang . Akhirnya arnab itu menjadi mangsa
Gala.
Selepas memakan arnab, Gala masih berasa lapar lalu dia pun mencari mangsanya lagi.
Tiba-tiba seekor tikus melintas di hadapannya. Tanpa rasa belas kasihan Gala terus mengejar dan
memakan tikus yang kecil itu. Setelah memakan arnab dan tikus barulah Gala berasa kenyang
dan ingin minum air kerana dahaga.
Gala pun pergi mencari air untuk menghilangkan dahaganya. Tiba-tiba dia ternampak
seekor rusa yang sedang makan pucuk-pucuk kayu. Emm, lazatnya daging rusa ini. Sudah lama
aku teringin makan daging rusa, kata Gala dalam hatinya.
Walaupun Gala sudah berasa kenyang, namun dia terus mengejar dan menerkam rusa itu
dengan kejamnya. Rusa itu tidak sempat melarikan diri.
Akhirnya rusa itu berjaya ditangkap oleh Gala dan menjadi mangsa Gala. Tercapai juga
hajatku hendak makan daging rusa, kata Gala sambil memakan daging rusa itu dengan
gelojohnya.
Selepas memakan daging rusa itu Gala terus pergi mencari air kerana dia berasa sangat
dahaga. Ah, dahaganya! Di mana aku hendak cari air ini? fikir Gala.
Setelah agak lama mencari air, akhirnya dia terjumpa sebatang anak sungai. Ha! Itu pun
sungai, kata Gala dengan gembira.
Gala terus menghampiri sungai itu lalu meminum air sungai itu dengan sepuas-puasnya
untuk menghilangkan dahaganya.
Sedang Gala minum air sungai itu, dia terlihat Anak Kambing yang juga sedang minum
air di sungai itu.
Hmm, Anak Kambing! Lazatnya. Aku mesti cari alasan yang baik untuk memakannya
supaya binatang lain tidak menuduhku sebagai seekor serigala yang zalim, kata Gala.
Anak Kambing terus minum air sungai itu tanpa menyedari niat buruk Gala. Tiba-tiba
Gala mengherdiknya. Oh, kamu yang berada di bawah sana! Kenapa kamu mengotori air yang
aku minum? tanya Gala.

Maafkan saya wahai Gala. Bukankah awak berada di atas sana sedangkan saya berada di
bawah, bagaimana saya boleh mengotori air yang awak minum, jawab Anak Kambing
ketakutan. Gala berasa tercabar dengan kata-kata Anak Kambing. Dia pun mencari alasan lain.
Ooo, mungkin kamu yang memburukkan namaku dengan mengatakan aku seekor
serigala yang zalim ya! tanya Gala lagi. Tidak Gala! Bukan saya yang memburukkan nama
awak. Tolonglah jangan cederakan saya, rayu Anak Kambing. Gala tidak hiraukan rayuan
Anak Kambing. Dia terus menerkam Anak Kambing tanpa belas kasihan.
Akhirnya Anak Kambing pula yang menjadi mangsa Gala. Tiba-tiba Gala berasa
perutnya sakit disebabkan makan terlampau banyak. Itulah balasan terhadap sikapnya yang
tamak dan tidak belas kasihan terhadap binatang yang lemah dan tidak berdaya. Gala menyesal
atas sikapnya itu.
Moral cerita ini ialah kita hendaklah mempunyai sifat belas kasihan terutamanya kepada
makhluk-makhluk yang tidak berdaya dan lemah.

Anda mungkin juga menyukai