Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Nama saya Amirah Nur Zahirah. Saya berumur 11 tahun. Saya


bersekolah di SJKC Mawai, Kota Tinggi, Johor. Pada hari ini, saya ingin
berkongsi satu cerita yang menarik. Kawan-kawan semua dah bersedia
ke tu? Kalau sudah mari kita mulakan.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi kepada kawan-kawan semua


tentang sebuah buku cerita kanak-kanak yang telah saya baca dan
peroleh daripada e-book Zoom-a. Keseluruhan buku ini terdapat
sebanyak 13 muka surat. Buku yang ingin saya ceritakan ini bertajuk
Arnab dan Kambing Berebut Karung Guni. Haa.., agak-agak apa yang
akan terjadi kepada arnab dan kambing ya? Adakah mereka bersahabat
baik? Atau...... adakah mereka ini bermusuhan? Haa.. ayuh kawan-
kawan dengar ulasan saya tentang buku ini.

Pada suatu pagi,arnab terjumpa sebuah karung guni di tepi jalan.


Arnab terus menggigit untuk membuka karung guni itu. Karung guni itu
penuh dengan sayur-sayuran. Namun, sebelum sempat arnab makan
sayur-sayuran itu, tiba-tiba datanglah kambing. Kambing mahu makan
sayur-sayuran itu.

Arnab mencadangkan agar mereka beradu untuk menumbangkan


sebuah tiang. Siapa yang dapat menumbangkan tiang itu, dia boleh
makan semua sayur-sayuran itu. Kambing bersetuju.

Tanpa membuang masa, kambing terus berlari kencang. Kambing


mahu menumbangkan tiang itu. Kambing terus menanduk dengan
sekuat hati. Namun, kambing meraung kesakitan kerana kedua-dua
batang tanduknya patah.
Tibalah pula giliran arnab, arnab terus menggali tanah
berhampiran tiang itu. Tiang itu bergoyang-goyang hendak tumbang.
Arnab sangat gembira. Tiang itu tumbang tetapi menimpa kaki arnab.
Arnab meraung kesakitan.

Arnab dan kambing berasa menyesal kerana mereka tidak mahu


berkongsi sayur-sayuran itu. Mereka pergi ke tempat karung guni itu
semula. Malangnya, seorang peladang datang mengambil karung
guninya yang tercicir itu.

Mereka berasa sangat menyesal. Perbuatan tamak memang


selalu merugikan. Oleh itu kawan-kawan, pengajaran yang saya peroleh
dengan membaca buku ini seperti kita tidak boleh bersikap tamak. Oleh
itu, marilah kita menanamkan sikap sentiasa bersyukur dan sering
berkongsi dengan orang lain.

Sekian, terima Kasih. Semoga kita berjumpa lagi.

Tajuk : Arnab dan Kambing Berebut Karung Guni

Penerbit : www.zoom-a.com

Anda mungkin juga menyukai