Anda di halaman 1dari 5

KELUARGA CERIA HIDUP BAHAGIA

Saya Ammar Arfan bin Mohd Nazri. Dari Prasekolah SK Tanjong


Agas. Salam sejahtera rakan dan taulan,
tidak dilupa hakim-hakim budiman. 'Keluarga Bahagia', cerita teladan.
Semoga dapat dijadikan pedoman.
Ya kawan-kawan.......... Nak dengar cerita saya?
Begini ceritanya.................
Di sebuah taman perumahan di pinggir Kuala Lumpur, tinggal sebuah
keluarga yang sangat bahagia. Ayahnya bernama Encik Azman, ibunya
pula Puan Siti. Encik Azman merupakan seorang guru, isterinya pula
suri rumah. Mereka ada 5 orang cahaya mata, 3 lelaki dan 2
perempuan.

Ketika ini, dunia dilanda dengan Virus COVID-19. Mereka sangat


takut dengan virus ini. Puan Siti dan Encik Azman sering
mengingatkan anak-anaknya tentang kebersihan.

Antara lima orang anaknya, Alang anak ketiga Encik Azman agak
pemalas sekali. Alang lebih gemar tidur dan bermain telefon. Alang
juga malas membersihkan diri dan agak degil. Ibunya sering
menasihatinya tetapi Alang tidak suka mendengar nasihat, ibarat
mencurah air ke daun keladi.

Setiap hari adik-beradik yang lain membantu ibu mereka


membuat kerja rumah seperti memasak dan menyapu sampah. Alang
seorang sahaja yang tidak membantu. Dek kerana sikapnya semakin
menjadi-jadi, Alang seakan lupa diri.......
Pada suatu petang, Alabg berasa bosan lalu meninjau ke luar
rumah. Pada masa kini, sesiapapun tidak dibenarkan berada di luar
rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan. (PKP)

Tiba-tiba, Alang keluar dari rumah dan menuju ke taman


permainan.

Tanpa disedarinya, sebuah kereta polis sedang menjalankan


rondaan. Polis itu memberhentikan kereta lalu menuju ke arah Alang.
Alang berasa takut dan mukanya pucat seperti mayat. Alang terus
menangis apabila polis akan membawanya ke balai.
Dari jauh, adik beradiknya yang lain memerhati keadaan Alang.
Mereka berasa kasihan.
"Mari kita selamatkan Alang, "kata Angah.
"Biarkan Alang ditangkap dan masuk penjara. Selama ini dia sombong
dan sangat pemalas, "kata Adik
“Tak ada gunanya asyik berdendam”. Kata Along pula.

Mereka dengan pantas berlari menuju ke taman. Along memohon maaf


dan meminta polis tidak menaangkap Alang. Akhirnya, polis
melepaskan Alang.

Sejak kejadian itu, Alang semakin baik. Alang rajin membuat


kerja rumah dan mematuhi nasihat ibu dan ayahnya. Ayah dan ibu
berasa sangat gembira.
Begitulah kawan-kawan......... cerita " Keluarga Bahagia".
Pengajaran yang kita dapat dari cerita ini ialah....
Kita hendaklah rajin membantu ibu bapa dan bertolak ansur.

Sekian, terima kasih.


KERBAU DAN LEMBU

Salam sejahtera rakan dan taulan,


Tidak dilupa hakim-hakim budiman. 'Kerbau dan Lembu, cerita
teladan.
Semoga dapat dijadikan pedoman.

Suatu ketika dahulu, ada kerbau dan lembu yang berkawan baik. Kulit
lembu berwarna hitam kecoklatan manakala kerbau berwarna putih.
Suatu hari, seorang pendatang baru datang ke padang rumput, dia
adalah lembu dengan tanduk runcing. Dia kelihatan sangat tampan
hingga membuat banyak haiwan kagum dengannya.

Berita mengenai lembu gagah ini tersebar dengan sangat cepat. Dia
menjadi bualan ramai. Lembu yang berwarna hitam kecoklatan itu
tidak begitu peduli. Kerbau pula merasa cemburu pada lembu jantan
itu.

Dia berkata, “Apa yang hebat dari dia? Saya juga mempunyai tanduk
besar dan runcing. Badan juga kacak. Cuma warna kulitnya berbeza.
Sekiranya kulit saya hitam, saya akan lebih jantan daripada lembu
jantan ”.

Dia juga mempunyai idea untuk menukar warna kulitnya. Dia


mendatangi lembu yang sedang berendam di sungai lalu menggoda agar
dia menukar kulitnya. Namun, lembu itu masih enggan kerana dia
bersyukur atas nikmat Tuhan.

Kerbau masih memujuk lembu dan meminta-minta atas nama


persahabatan. Lembu itu akhirnya kasihan dan sanggup menukar
warna kulit. Namun, lembu itu memberi syarat bahawa setelah
bertukar, kerbau mesti bersyukur dengan apa yang dia ada. Tanpa
berfikir, kerbau akhirnya bersetuju.

Akhirnya mereka menukar kulit, tetapi ternyata kulit lembu terlalu


kecil dan sempit untuk kerbau besar. Supaya pakaian terasa ketat.
Sementara kulit kerbau dipakai oleh lembu yang besar. Kerana
mereka merasa tidak selesa dengan kulit, kerbau kembali mengajak
lembu untuk bertukar. Namun, lembu itu tidak mahu.

Kerbau merayu kepada lembu untuk menukar kulit di mana sahaja


mereka bertemu. Namun, lembu yang masih tidak mahu bertukar.
Akhirnya, kerbau itu menyesal kerana tidak bersyukur dengan apa
yang dia dapat dari Tuhannya. Walaupun ia adalah yang terbaik
untuknya.

Pengajaran yang dapat kita peroleh daripada kisah ini ialah....

1. Setiap dari makhluk di dunia diciptakan dengan keistimewaan masing-


masing. Apa yang indah di mata orang lain belum tentu cantik pada
diri sendiri.
2. Kita hendaklah selalu menerapkan amalan bersyukur atas setiap
kurniaan Tuhan. Amalan membanding-bandingkan dengan orang lain
hanya membuatkan seseorang merasa diri mereka serba kekurangan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai