Anda di halaman 1dari 1

Kera Yang Tidak Berumah

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Cerita
saya bertajuk “Kera yang tidak berumah”

Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Maka kera-kera itu
pun menjadi kelam kabut. Mera berlompatan kesana kesini mencari tempat
berteduh. Anak dan isteri kera bertanya, bilakah mereka akan memiliki
rumah. Bapa kera berjanji akan membina rumah apabila hujan teduh.

Setelah hujan berhenti, kera-kera itu berlompatan riang sambil


mencari makanan. Soal membuat rumah di lupakan begitu sahaja. Apabila
hujan turun lagi, kera-kera tersebut sbuk mencari tempat berteduh. "Hujan
turun lagi lah bang. Kalau kita ada rumah, kan senang untuk kita berteduh,"
kata isteri kera. "Ya lah Pak, kenapa tak buat rumah lagi?" bertanya pula si
anak kera. "Ah nantilah. Bila hujan teduh kita akan buat rumah," balas
bapak kera si kera jantan.

Namun bila hujan berhenti, segala-galanya di lupakan begitu sahaja.


Janji tinggal janji, segalanya tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya mereka
hanya bergembira dan hanya teringat kembali bila hujan tiba. Bila hujan
berhenti, segalanya akan lupa kembali. Hingga hari ini tiada satu keluarga
kera pun yang mempunyai rumah.

Kawan-kawan, janganlah kita bersikap malas seperti si kera jantan.


Kalau kita malas kelak kita yang akan rugi. Kita juga janganlah sesekali
berjanji kosong kerana orang tidak akan mempercayai kita lagi. Sekian
sahaja cerita saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai