Anda di halaman 1dari 5

Laporan Bengkel Rancangan Pelajaran Harian

1.0 Pendahuluan

Bengkel Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu diadakan bermula dari pukul 10
pagi hingga 4.15 petang pada 22 Februari 2018 di Dewan Aminuddin Baki IPG kampus
Bahasa Melayu. Bengkel ini dijalankan untuk guru-guru pelatih dari PISMP semester 2,
semester 4 dan semester 6 supaya dapat memberi pendedahan yang lebih terperinci
berkaitan cara membina rancangan pelajaran harian bahasa Melayu yang sempurna
daripada orang yang lebih berpengalaman. Bengkel ini disasarkan kepada golongan
tersebut kerana mereka akan menjalani menjalani praktikum di sekolah rendah. Bengkel
tersebut dikendalikan oleh ahli jawatankuasa dari PISMP semester 4, Datin Mastura
binti Mohamed Berawi, Puan Tuan Zainab binti Wi dan semua pensyarah Jabatan
Pengajian Melayu.

2.0 Objektif

i. Mendedahkan guru-guru pelatih tentang teknik-teknik membina Rancangan Pelajaran


Harian Bahasa Melayu yang betul.

ii. Memberi motivasi dan semangat kepada guru-guru pelatih agar mereka lebih bersedia
dalam menghadapi cabaran praktikum.

iii. Membolehkan murid-murid mencapai keputusan yang terbaik semasa praktikum.

3.0 Sesi Bengkel

i. Sesi Pertama (10.00 pagi)

- Pendaftaran guru-guru pelatih

ii. Sesi Kedua (10.30 pagi)

-Pengenalan tentang pembinaan Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu

iii. Sesi Ketiga (11.00 pagi)

- Pembinaan Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu secara berkumpulan

iv. Sesi Keempat (1.00 tengah mari)

1
-Rehat

-Solat

-Makan tengah hari

v. Sesi keempat (2.00 petang)

Pada pukul 10 pagi, guru-guru pelatih telah mendaftarkan diri dengan ahli jawatankuasa
pendaftaran dan masuk ke dewan. Mereka duduk mengikut kumpulan masing-masing. Selepas
itu, Datin Mastura memberi pengenalan tentang pembinaan Rancangan Pelajaran Harian. Pada
pukul 11 pagi, semua guru pelatih mula membina Rancangan Pelajaran Harian secara
berkumpulan. Apabila tiba waktu solat, semua guru pelatih pun pergi ke kantin makan tengah hari
manakala semua muslim pergi ke surau.

Setelah itu, mereka pun membina Rancangan Pelajaran Harian dan bahan bantu belajar
yang belum disiapkan. Pada pukul 3 petang, pembentangan Rancangan Pelajaran harian oleh
setiap wakil kumpulan dijalankan. Puan Sarimah dan Datin Mastura memberi refleksi dengan
serta-merta. Selepas pembentangan, penutupan bengkel dijalankan oleh Datin Mastura.

Melalui bengkel Rancangan Pelajaran Harian, guru-guru pelatih dapat mengetahui format
terkini Rancangan Pelajaran Harian. Tambahan pula, guru-guru pelatih mengetahui teknik
membina rancangan pelajaran harian yang betul serta mendapat markah yang terbaik. Memang
tidak dapat menafikan juga, bengkel tersebut dapat meningkatkan motivasi murid untuk membuat
Rancangan Pelajaran Harian dan menanam semangat yakin boleh untuk mencapai A dalam
praktikum.

Kelemahan bengkel ini ialah terdapat guru pelatih yang tidak melibatkan diri dalam
penghasilan Rancangan Pelajaran Harian. Bukan itu sahaja, masa untuk membina bahan bantu
belajar tidak cukup dan pendedahan berkaitan cara menghasilkan Rancangan Pelajaran Harian
agak terhad. Kelemahan lain yang ketara ialah ketiadaan format Rancangan Pelajaran Harian
yang selaras oleh Jabatan Pengajian Melayu.

Selepas meneliti kelemahan bengkel ini, cadangan penambahbaikan perlu diaplikasikan


untuk kebaikan semua pihak. Untuk mengatasi masalah pertama, pensyarah-pensyarah perlu
memantau setiap kumpulan yang membina Rancangan Pelajaran Harian agar setiap guru pelatih
dapat melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan. Cadangan yang kedua, setiap kumpulan
perlu diberi masa yang cukup untuk membina bahan bantu belajar. Begitu juga, pensyarah-

2
pensyarah yang berkaitan harus memperbanyakkan pendedahan tentang cara menulis
rancangan pelajaran harian yang baik. Akhirnya, para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu perlu
menetapkan format Rancangan Pelajaran Harian yang selaras agar setiap guru pelatih tidak
keliru semasa menghasilkan Rancangan Pelajaran Harian.

Secara kesimpulannya, diharap program ini memberi lebih manfaat kepada guru-guru
pelatih yang akan menjalani praktikum tidak lama lagi. Guru-guru pelatih juga diharap dapat lebih
bersemangat untuk belajar dan memperoleh kejayaan dalam praktikum.

Disediakan oleh,
LiMin
______________
(CHONG LI MIN)
AJK Dokumentasi Bengkel RPH,
IPG Kampus Bahasa Melayu.

LAMPIRAN

3
4
Disediakan oleh,

……………………………..

(CHONG LI MIN)

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi

Anda mungkin juga menyukai