Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Rose Dzidan
B. Mohamad Dardan selaku pensyarah pembimbing kursus Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Bimbingan dan nasihat yang diberikan oleh beliau telah banyak membantu
saya dalam menjalankan dan menyiapkan tugasan ini. Segala panduan dan bahan yang
dikongsi bersama rakan seperjuangan amat membantu untuk dijadikan panduan dalam
menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya yang telah banyak
membantu saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun kami menghadapi kesempitan
masa namun usaha kesepakatan dapat disepadukan bagi menyiapkan tugasan yang diberi.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, maka dengan adanya alat
telekomunikasi di alam maya dapat memudahkan kami dalam perbincangan tentang kerja
kursus.

Tidak lupa juga kepada keluarga tersayang yang banyak memberi semangat dan
dorongan kepada saya dan tidak lupa juga rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan di sekolah
sering memberi dorongan agar saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam proses menyiapkan tugasan ini, kerana
ilmu yang tidak seberapa dan tugasan harian yang semakin bertambah. Saya amat
bersyukur kerana semua cabaran ini mampu saya hadapi dengan tabah untuk berjaya
dalam pembelajaran saya serta menambahkan ilmu pengetahuan saya.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang dihasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya di samping menjadi guru yang bertanggungjawab
bagi melahirkan modal insan yang cemerlang untuk mendokong Profesion Keguruan. Selain
itu, semoga kerja kursus ini memberi manfaat kepada diri saya agar menjadi pendidik yang
berpengetahuan luas semasa menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai