Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN KURSUS xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBEF1403 Seni dalam Pendidikan adalah salah satu kursus yang ditawarkan
oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM).
Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa
8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah kursus asas pendidikan yang ditawarkan kepada semua
pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda di bawah Fakulti Pendidikan dan
Bahasa, Open University Malaysia. Modul ini bertujuan untuk memberi
pengenalan kepada kepentingan seni dalam pendidikan bagi mengembangkan
proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran
optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti
Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri
dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan
kepekaan deria kanak-kanak. Pada masa yang sama, ia menekankan
penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran
lain untuk merangsang pembelajaran serta membantu pemindahan
pembelajaran. Selain daripada itu mata pelajaran ini memberi pendedahan
tentang pengintegrasian aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam mata
pelajaran yang lain dengan pendekatan bertema.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xii PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian
3
dalam perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengetahuan asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan
serta konsep Seni Dalam Pendidikan.
2. Membincangkan hubungkait dan integrasi seni visual, muzik dan
pergerakan melalui pendekatan bertema.
3. Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni untuk merancang, me-
reka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran yang lain.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada


pengenalan Seni Dalam Pendidikan, menyatakan matlamat dan objektif mata
pelajaran Seni Dalam Pendidikan dan menjelaskan faedah Seni Dalam

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xiii

Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, anda


juga akan mengetahui beberapa teori pembelajaran dan cara-cara pemindahan
pembelajaran serta mengetahui peranan ekspresi diri, emosi dan imaginasi
dalam mempengaruhi pembelajaran Seni Dalam Pendidikan.

Topik 2 memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan
kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh.

Topik 3 lebih menumpu kepada kepekaan deria terhadap perkembangannya. Di


samping itu, pengaruh persekitaraan dan pengalaman juga dapat
mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya terhadap
nilai-nilai estetika. Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan ia secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa
dan dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti ini kefahaman terhadap
bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan.

Topik 4 mengandungi subjek yang penting dipelajari oleh murid semasa berada
di alam persekolahan. Pendidikan seni visual juga merupakan satu mata
pelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan
bakat dan minat mereka dalam bidang seni serta memberi galakan kepada
mereka untuk menghargai unsur-unsur seni dan budaya masyarkat yang berada
disekitarnya. Untuk itu, pengetahuan asas dalam seni visual menjadi satu bahan
penting yang perlu diketahui dan pelaksanaannya di bilik darjah tidak hanya
terhad kepada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserapkan kepada mana-
mana mata pelajaran.

Topik 5 lebih memberi pengetahuan asas dalam muzik. Ia merangkumi


pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia.
Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk
mengajar pendidikan muzik adalah seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly
dan Gordon. Di samping itu, penekanan terhadap konsep muzik yang hendak
disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti
yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan didalam mengajar
pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan
permainan alat muzik.

Topik 6 memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan yang


merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif.
Seperti telah tersedia maklum, penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu
kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan
kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xiv PANDUAN KURSUS

murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah


dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan
bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang
bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

Topik 7 menumpukan kepada interpretasi dan definisi tentang penerokaan,


pengalaman dan ekspresi yang berkaitan dengan Seni Dalam Pendidikan. Topik ini
juga cuba menjelaskan tentang penerokaan alat dan bahan, cara pengolahan dan
manipulasi serta idea dan isi kandungan yang digunakan dalam seni. Ia dapat
menghuraikan dan menjana minda tentang penggunaan pelbagai strategi untuk
memperolehi pengalaman dan boleh menjelaskan dan memberi pemahaman tentang
bentuk-bentuk dan unsur-unsur ekpresi diri kanak-kanak.

Topik 8 menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiap mata


pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahami pengertian,
tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Diharapkan penghubungkaitan ini dapat membina atau membentuk
sahsiah, emosi, aspek jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadi masyarakat yang
berpekerti mulia.

Topik 9 membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang


berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap
kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta
dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
muzik, pergerakan dan seni visual.

Topik 10 menerangkan konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan yang boleh
membawa ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini membawa maksud
bahawa penguasaan ilmu penegetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-
nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan setiap
pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap
dan amalan yang dikehendaki. Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam
proses pengajaran pembelajaran adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan
penerapan. Antara lain manfaatnya ialah dapat memperlihatkan kepada pelajar
gambaran keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang
lain membentuk satu kerangka ilmu. Pemulihan dan pengayaan pula diadakan untuk
menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan daripada memperolehi apa yang
sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasian dalam mendapatkan
pendidikan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xv

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xvi PANDUAN KURSUS

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai