Anda di halaman 1dari 3

Ibu Ayam Yang Bijaksana

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tersebutlah kisah pada zaman silam

Cerita tentang ayam dan musang

Akal yang bijak selamatkan ayam

Pada zaman dahulu, ada seekor ayam betina yang tinggal di dalam rimbunan lalang di
pinggir hutan. Ayam betina itu terpaksa tinggal di dalam rimbunan lalang kerana tiada tempat
yang selamat untuknya.

Selepas dua minggu, ibu ayam itu bertelur sebanyak tujuh biji dan gembira kerana tiada
gangguan sepanjang bertelur, sehingga tiba masanya untuk mengeramkan telur-telurnya. Ibu
ayam sangat sayang akan telur-telurnya. Dia tidak keluar mencari makanan semata-mata
menjaga keselamatan telurnya.

Emm, begitulah kasihnya ibu kepada anak-anaknya…kawan-kawan,

Pada suatu hari, ada seekor musang yang kelaparan merayau-rayau di sekitar rimbunan
lalang berdekatan dengan tempat tinggal Si Ayam. Telah dua hari Musang tidak makan. Tiba-
tiba, dia ternampak tempat ibu ayam itu mengeram .

Si Musang berlapang dada dan suka hati, kerana selepas ini dia tidak akan kelaparan lagi.
Dengan segera dia menuju ke arah ibu ayam yang sedang mengeram. Ibu ayam itu ketakutan
apabila melihat Si Musang muncul dengan tiba-tiba.

“Jangan makan aku sekarang musang, tunggulah sehingga telur-telurku menetas dahulu”
kata ayam. Musang mengira telur ayam, tujuh biji semuanya, dan bertanyakan ayam bilakah
telur-telur itu akan menetas . Si Ayam memberitahu bahawa telur-telur itu mengambil masa
selama tujuh hari untuk menetas, musang bersetuju untuk tidak menganggu ibu ayam itu.
Si Musang betul-betul mahu makan ibu ayam itu serta anak-anaknya. Semenjak hari itu
musang sentiasa berjalan-jalan mencari makanan berdekatan tempat Si Ibu Ayam mengeram
bagi memastikan ibu ayam tidak lari ke mana-mana.

Pada hari kelima, kesemua telur itu sudah menetas. Ibu ayam susah hati dan risau akan
nasib diri serta anak-anaknya nanti, namun dia tidak dapat ke mana-mana kerana anak-anaknya
baru menetas dan tidak pandai berjalan lagi. Ke mana harus dia pergi bersama dengan anak-
anaknya, buntu Si Ibu Ayam memikirkannya.

Si Musang sentiasa terbayang-bayang ibu ayam dan tujuh ekor anak anak ayam yang
akan menjadi santapannya. Dia menghitung hari, dan hari ini sudah masuk hari ke- enam. Hanya
tinggal satu hari sahaja lagi. Esok pasti dia akan kekenyangan…emmm tak sabar rasanya.

Pada masa yang sama,ibu ayam merancang untuk membuat tipu helah bagi
menyelamatkan diri dan anak-anaknya yang masih kecil itu. Dia perlu berusaha untuk
meneruskan hidup agar tidak menjadi habuan Si Musang.

Ibu ayam mendapat akal, dia mencari dan mengumpul duri-duri yang tajam untuk
diletakkan di dalam rimbunan lalang tempat dia mengeram. Si ibu ayam menyuruh anak-anaknya
bersembunyi di bawah pokok renek.

Setelah selesai meletakkan duri-duri yang banyak sebagai perangkap musang, Ibu ayam
memanggil anak-anaknya dan membawa mereka berpindah dari tempat itu dengan segera,
sebelum Si Musang datang bertandang.

Sebaik sahaja hari ketujuh tiba, Si Musang terus ke tempat ibu ayam itu mengeram, dia
menyangka ibu ayam dan anak-anaknya berada dalam rimbunan lalang itu. Tanpa berlengah Si
Musang terus melompat untuk menangkap dan makan ibu ayam serta anak-anaknya.

Kawan-kawan nak tahu apa yang terjadi seterusnya…

Tiba-tiba, Aduhhhhh, sakitnyaaaaa!!!!! Jerit SiMusang yang kesakitan terkena duri. Badanya
habis berdarah. Dia sungguh marah dan menyesal kerana dengan mudah ditipu oleh ibu ayam
itu.

Ha, itulah padahnya kawan-kawan, kalau berniat tidak baik.


Sementara itu, ibu ayam dan anak-anaknya gembira kerana terselamat daripada SI Musang. Ibu
ayam telah menasihati anak-anaknya supaya sentiasa berhati-hati dan jangan mudah berputus asa
untuk meneruskan kehidupan, gunalah akal yang waras untuk berfikir dan bertindak.

Kesimpulannya, kawan-kawan janganlah kita mengambil kesempatan terhadap orang


yang lemah kerana yang lemah itu kadang-kala mempunyai kekuatan pada akal fikiran mereka.

Sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai