Anda di halaman 1dari 3

Anak Arnab Melawan Serigala

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan


dan hadirin sekalian. Saya ___________________ , berumur 6 tahun
dari Tadika Manjaria ingin menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk ____________________.

Pada suatu hari, anak arnab mahu pergi bermain-main sebentar di

luar rumah. Anak arnab berkata kepada ibunya, “Ada banyak

cendawan di lereng gunung. Biar saya tolong emak petik sedikit


cendawan di situ”.

“Bagus kalau kamu mahu tolong emak, tetapi ingat, jangan pergi
terlalu jauh. Pergi sekejap sahaja,”kata ibu arnab.

“Baiklah, emak,”jawab anak arnab.

Anak arnab mengambil bakul kecil lalu berlari keluar dari rumah.

Anak arnab melompat ke sana ke mari di lereng gunung sambil

memetik cendawan. Tidak lama kemudian, bakul kecilnya hampir


penuh dengan cendawan.

Tiba-tiba, anak arnab ternampak bunga-bunga liar dan

berasa sangat gembira. Ia pun memetik bunga-bunga tersebut.

Anak arnab terus memetik bunga-bunga itu sekuntum demi

sekuntum. Tampa disedari, dia semakin jauh ke dalam hutan.


Ketika anak arnab sedang leka memetik bunga-bunga di situ,
tiba-tiba datang seekor serigala yang besar. Anak arnab terkejut
dan tidak sempat melarikan diri. Akhirnya dia mendapat satu akal.
Anak arnab menjatuhkan badannya dan berbaring.

“Aduh, sakitnya perut aku!”anak arnab menjerit kesakitan sambil

menekan-nekan perutnya.

Serigala itu menghampiri anak arnab lalu bertanya kehairanan,

“Apakah yang telah terjadi kepada kamu”? “Saya sudah

termakan cendawan yang beracun. Perut saya sangat sakit. Saya


akan mati tidak lama lagi,”jawab anak arnab sambal menangis.

Usai mendengar kata-kata anak arnab, serigala itu berfikir.

“Daging anak arnab ini sangat lazat, sayangnya sudah beracun. Ia

tidak boleh dimakan lagi.

Anak arnab merebahkan diri lalu berguling-guling. Ia


kemudian menutup matanya berpura-pura mati. Serigala melihat

anak arnab dan cendawan yang bertaburan di atas tanah.

Serigala menghidu anak arnab seketika. Akhirnya ia pergi dari situ

dan meninggalkan anak arnab yang disangkanya beracun.

Apabila serigala sudah pergi jauh, anak arnab bangun dengan

cepat. Ia mencapai bakulnya lalu berlari pulang dengan pantas.


Ketika itu, matahari sudah mula terbenam. Ibu arnab sedang

menunggu anaknya di pintu rumah mereka. Ia berasa sangat

bimbang akan keselamatan anaknya.

Akhirnya, anak arnab sampai ke rumahnya, Ia sangat penat dan

tercungap-cungap kerana telah berlari dengan pantas. Anak

arnab memberitahu ibunya tentang serigala yang besar dan

segala yang telah berlaku.

Setelah ibu arnab mendengar cerita dariapda anaknya, ia


menarik nafas lega. Ibu arnab memeluk anaknya sambal memuji-

muji akan kepintarannya.

Kawan-kawan, kita hendaklah bertenang semasa menhadapi

bahaya. Oleh yang demikian, kita boleh mencari jalan

penyelesaian.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai