Anda di halaman 1dari 2

TAJUK CERITA

Anak arnab melawan serigala

ISI

Pada suatu hari,anak arnab mahu pergi bermain sebentar di luar rumah.Anak arnab berkata kepada
ibunya,

“Ada banyak cendawan di lereng gunung.Biar saya tolong emak petik sedikit cendawan di situ”

Ibu arnab berkata,

“Bagus kalau kamu mahu tolong emak,tetapi ingat,jangan pergi terlalu jauh,pergi sekejap sahaja”

“Baiklah emak”

Jawab anak arnab,anak arnab mengambil bakul yang kecil lalu berlari keluar dari rumah

Anak arnab melompat ke sana ke mari di lereng gunung sambil memetik cendawan.Tidak lama
kemudian,bakul kecilnya hampir penuh dengan cendawan.Tiba-tiba anak arnab ternampak bunga-
bunga liar dan berasa sangat gembira.Ia pun memetik bunga-bunga itu.

Anak arnab terus memetic bunga-bunga itu sekuntum demi sekuntum.Dengan tidak disedari ,ia
semakin jauh ke dalam hutan.

Ketika anak arnab sedang leka memetik bunga-bunga itu,tiba-tiba seekor serigala yang besar tiba di
situ.

Anak arnab terkejutdan tidak sempat melarikan diri.Akhirnya ia mendapat satu akal.Anak arnab
menjatuhkan badannya dan berbaring

“Aduh,sakitnya perut saya!”

Anak arnab menjerit kesakitan sambil menekan-nekan perutnya.

Serigala itu m,enghampiri anak arnab lalu bertanya kehairanan,

“Apakah yang telah terjadi kepada kamu?”

“Sya sudah termakan cendawan yang beracun .Perut saya sangat sakit.Saya akan mati tidak lama
lagi”

Jawab anak arnab sambil menangis

Usai mendengar kata-kata anak arnab,serigala itu berfikir,

“Daging anak arnab ini sangat lazat,sayangnya sudah beracun ,ia tidak boleh dimakan lagi”

Anak arnab merebahkan diri lalu berguling-guling.Ia kemudian menutup matanya,berpura-pura


mati.

Serigala mellihat anak arnab dan cendawan yang bertaburan di atas tanah.

Serigala menghidu anak arnab seketika.Akhirnya ia pergi dari situ,meninggalkan anak arnab yang
disangkanya beracun.
Apabila serigala sudah pergi jauh,anak arnab bangun dengan cepat.Ia mencapai bakulnya lalu berlari
pulang dengan pantas.

Ketika itu, matahari sudah mula terbenam .Ibu arnab sedang menunggu anaknya di pintu rumah
mereka.Ia berasa sangat bimbang akan keselamatan anaknya.

Akhirnya,anak arnab sampai ke rumahnya.Ia sangat penat dan tercungap-cungap kerana telah
berlari dengan pantas.

Anak arnab memberitahu ibunya tentang serigala yang besar dan segala yang telah berlaku.

Setelah ibu arnab mendengar cerita daripada anaknya,ia menarik nafas lega.Ibu arnab memeluk
anaknya sambil memuji-muji akan kepintarannya.

Anda mungkin juga menyukai