Anda di halaman 1dari 15

PSV 2014

PSV 3113 1

PENDAHULUAN

Sistem Pentaksiran yang diamalkan di Malaysia berfungsi sebagai
petunjuk kualiti pendidikan negara. Pentaksiran yang dijalankan
bertujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid
dalam pembelajaran dan membantu murid memperbaiki
pembelajarannya melalui maklumat yang diperoleh.
- Dasar Pendidikan Negara Kebangsaan.


Apa yang boleh diterjemahkan secara keseluruhan tentang penyataan di atas
ialah pentaksiran dapat membantu mengesan kelemahan dan kebolehan seseorang
murid dalam penguasaan pembelajarannya. Dengan yang demikian, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat dirancang dan diubahsuai bagi memenuhi keperluan setiap
individu agar akhirnya dapat melahirkan generasi seperti yang diingin dalam Falsafah
Pendidikan Negara.

Justeru, pentaksiran sentiasa mendapat perhatian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) agar sentiasa seiring dengan corak pemikiran dan cara hidup masa kini.
Usaha ini akan memastikan masyarakat yang dilahirkan adalah yang berilmu,
mempunyai ketahanan dalam serangan pemikiran yang merupakan senjata bentuk baru
yang disalurkan dalam komunikasi moden masa kini.

Sistem pentaksiran yang berubah-rubah bertujuan untuk mendapatkan satu cara
yang paling berkesan digunakan. Perubahan dari PBS kepada PKSR tidak menjejaskan
cara penilaian yang dibuat terhadap murid-murid kerana masih terdapat persamaan
dalam kedua-dua walaupun ada juga perbezaannya.

Penilaian yang dibuat terhadap hasil karya murid bukanlah sekadar untuk
mengetahui pencapaian murid-murid, juga sebagai panduan kepada guru-guru dalam
membuat persediaan dan pelaksanan PdP dalam bilik darjah. Juga sebagai panduan
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan sistem persekolahan masa kini
dapat dijalankan dengan efisien.



PSV 2014

PSV 3113 2

1. PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)
1.1 Pengertian
PKBS didefinisikan sebagai satu bentuk penilaian yang diadakan dalam
melaksanakan sukatan KBSR .PKBS yang dijalankan secara berterusan akan
membantu guru mengambil tindakan susulan sama ada perlu dijalankan pemulihan atau
pengayaan ke atas seseorang murid

1.2 Konsep PKSR
PKSR dijalankan untuk mengesan kemajuan murid dalam konteks
perkembangan individu secara menyeluruh, seiring dengan proses pengajaran di
dalam bilik darjah . Daripada ujian-ujian yang dibina dengan dikawal mutunya, penilaian
dapat dipertingkatkan agar proses pengukuran pembelajaran murid menjadi lebih
bermakna dan bermanfaat hasil peningkatan keupayaan guru membina dan mereka
bentuk ujian yang lebih bermutu.

1.3 Tujuan PKBS
Tujuan utama diadakan ialah untuk memastikan penilaian dijalankan dengan
sistematik dan baik. Selain itu pembelajaran murid dapat diperbaiki dengan
perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada PKBS ini. Dengan itu, mutu penilaian dapat terus
dipertingkatkan dengan ujian-ujian yang dibina secara terkawal di pihak tertentu agar
proses pengukuran dan penilaian ini lebih bermanfaat dan bermakna.
Tujuan lain, sebagai peransang kepada murid supaya terus memperbaiki
pembelajarannya melalui tunjuk ajar dam bimbingan guru secara berterusan.Menerusi
penilaian berterusan ini, murid dapat mempersiapkan diri untuk lebih sedia menghadapi
alam kehidupan manusia selepas persekolahan. Untuk persediaan ini, guru-guru akan
memastikan mereka dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam usaha
membina dan mereka jenis-jenis ujian yang bermutu, dan seterusnya meningkatkan
prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.


1.4 Prinsip PKSR
Apa yang penting dalam PKSR ialah mengetahui tahap pencapaian murid bagi
mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud sebelum ia
menjadi lebih kronis. Guru akan melihat dan menilai murid dalam pelbagai aspek
PSV 2014

PSV 3113 3

berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran. Aspek-aspek
yang dinilai meliputi:
a. pengetahuan i. daya kreativiti
b. kemahiran berfikir j. kemahiran proses sains
c. kemahiran berbahasa k. perlakuan dan amalan nilai-nilai murni
d. kemahiran mengira l. sikap
e. kemahiran belajar m. kesihatan dan kecergasan
f. kemahiran amali n. kemahiran kenestatik
g. kemahiran manipulative o. bahan pembelajaran
h. kemahiran bersosial p. minat



2. PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.1 Pengertian
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai
aspek kognitif, efektif dan psikomotor , selaras dengan KSSR. Pentaksiran ini meliputi
bidang akademik dan bukan akademik. PBS dilaksanakan di sekolah secara terancang
oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam PdP mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikul, dan Pentaksiran Psikometrik.

2.2 Konsep PBS
Jika diteliti, konsep PBS bukanlah sesuatu yang baharu kerana pentaksiran ini
telah pun dijalankan dengan panggilan PKSR. Ia merupakan penambahbaikan kepada
apa yang telah dilaksanakan oleh guru sebelum ini dengan memperkenalkan
pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk
membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

2.3 Tujuan PBS
PBS bertujuan melahirkan modal insan bertaraf dunia seiring dengan program
transformasi negara dalam bidang pendidikan. Pelaksanaannya sejak 2011 akan
memberi penambahbaikan UPSR pada tahun 2016.
PSV 2014

PSV 3113 4


2.4 Prinsip PBS
PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek
JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek dan sosial berbanding kepada
pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik
melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan
sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of
learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian
akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi
untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian
prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh
mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran
merujuk kepada pernyataan standard.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling
sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka boleh memantau
perkembangan murid secara berterusan boleh memberi maklum balas yang membina
untuk penambahbaikan pembelajaran murid , lebih memahami konteks yang sesuai
dengan persekitaran dan perkembangan murid, mentaksir dan memberi maklum balas
berpandukan standard prestasi.





PSV 2014

PSV 3113 5

3. Perbandingan Antara PBS dan PKSR
3.1 Perbezaan Antara PBS dan PKSR

PBS ASPEK PKSR
KONSEP

memberi penekanan
kepada kesemua aspek
JERIS iaitu jasmani, emosi,
rohani dan intelek dan
sosial
PRINSIP lebih memberi penumpuan
kepada pencapaian
akademik melalui
peperiksaan
memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru
untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan
sumatif yang berasaskan
sekolah



3.2 Persamaan Antara PBS dan PKSZR
PBS ASPEK PKSR
Aktiviti penilaian utk kesan
pkbgan inv menyeluruh
mengikut matlamat / o.tif
KBSR.
* Sebahagian drp atvt
P&P.
* Merupakan penilaian
formatif : berterusan dlm
BD utk kesan kemajuan
MM.
* Alat ujian ; dibina oleh
guru (kumpulan) dibimbing
oleh PPD (tdk secara
berpusat spt UPSR,SPM).
Maklumat PKSR diguna utk
merancang, melaksana
tindakan susulan utk baiki
Konsep PKSR penting untuk guru
ialah bagi mengetahui
tahap pencapaian murid
serta untuk mengenal pasti
dan membaiki kelemahan-
kelemahan murid sebelum
kelemahan-kelemahan
pembelajaran menjadi lebih
kronis.
Dalam PKSR, guru menilai
murid dalam pelbagai aspek
berdasarkan hasil
pembelajaran yang
PSV 2014

PSV 3113 6

P&P dan kemajuan MM.
* Mengukur prestasi /
kebolehan MM diperingkat
akhir persekolahan KBSR.
* Dikelola oleh sek m-
masing di pkt daerah dgn
itemujian yg sama.
* Dijlnkan mengikut
matlamat / o.tif P&P dlm
BD.
* Guru memikir /
merancang apa & b.mana
hendak dipelajari & cara
penilaian.
* Dijalankan secara
berterusan di setiap aktiviti
P&P.
* Maklumat digunakan utk
mengesan kelemahan,
merancang tdkan susulan
utk baiki kelemahan.
* Aktiviti penilaian harus
membantu MM
atasikelemahan, kuasai
kemahiran, bina sikap yg
positif, galakan berusaha.


ditetapkan dalam mata
pelajaran yang berlainan.

Utamakan penilaian tdk
formal ; prestasi MM
dikesan melalui
pemerhatian, s.jawab, ujian
Prinsip
PSV 2014

PSV 3113 7

kertas-pensel.
* Berbentuk penilaian
menyeluruh bukan 1 aspek
sj kekuatan, kelemahan,
potensi MM (JERIS) dinilai
(mengesan pkbgan MM dr
KAPm)@* Berbentuk
penilaian dalaman dr
luaran. Guru m.pelajaran
menilai (desentralisasi) tdk
secara berpusat.@*
Digubal oleh satu panitia
guru di sek / daerah & tdk
menekankan perbandingan
antara MM@* Tekankan
penilaian berterusan dr
bulanan, penggalan,
semester, akhir tahun.
Diadakan pd setiap atvt
P&P utk ubah strategi
* Berbentuk formatif ;
maklumat diguna utk bantu
pkbgan MM dlm semua
bidang (menyeluruh).
* Utamakan tindakan
susulan dr laporan
pencapaian / pensijilan ttp
utk baiki pbj.

IPIP@* Disesuaikan dgn
o.tif & tahap kebolehan
MM@* Proses penilaian yg
sistematik. Guru tentukan
o.tif, isi kandungan, btk
ujian, cara penilaian, cara
pentadbiran, pemarkahan,
perancangan tindakan
susulan adalah
PSV 2014

PSV 3113 8

tersusun.@* Berasaskan
sekolah ; guru sek / daerah
sediakan soalan.@*
Maklum balas untuk
tindakan susulan
(merancang, memperbaiki
kelelemahan)
Ciri-ciri Tekankan penilaian secara tak
formal (pemerhatian, soal jawab,
lisan dan ujian kertas-pensel
Tekankan penilaian formatif
daripada penilaian sumatif
Tekankan penilaian secara
berterusan guru dapat
ubahsuai strategi dan teknik.
Tekankan penilaian secara
menyeluruh potensi pelajar
JERIS
Tekankan penilaian dalaman
guru yang mengajar pelajar
itu sendiri dan bukan
diuruskan secara berpusat





PERSAMAAN PERBEZAAN
pentafsiran dibuat untuk 4 bidang
-menggambar
-membuat corak dan rekaan
-membentuk dan membuat binaan
-mengenal kraf tradisional

dalam PKSR murid dinilai mengikut aras
kebolehan mereka dalam setiap bidang
pengujian dan pengukuran yang dibuat
secara keseluruhan ,JERIS

PKBS dijalankan untuk sukatan KBSR
sementara PBS untuk sukatan KSSR
PSV 2014

PSV 3113 9

Penilaian dilakukan sama ada secara
individu atau berkumpulan

PBS dijalankan sebagai pentafsiran
sekolah dan pentafsiran pusat
dirancang dan dikendalikan secara
berterusan dari segi pembinaan
alat,penilaian dan pentadbirannya

PBS dirancang dan dibina dan dilapor oleh
Lembaga Peperiksaan tetapi ditadbir
diperiksa dan digred oleh pihak sekolah
Guru bertanggungjawab sepenuhnya
untuk melaksanakan penilaian yang
mempunyai akauntabiliti seperti
perancangan, penentuan instrumen serta
pelaksanaannya

PBS memerlukan evidens sebagai bukti
pentaksiran formatif dan pentaksiran
sumatif penyataan deskriptor digunakan
sebagai pelaporan prestasi murid
Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil
kerana cara, bentuk, dan kandungannya
harus mengikut keadaan dan ciri murid

PBS menggunakan Band 1-6 untuk menilai
pencapaian murid
terdapat 3 kaedah penilaian iaitu
pemerhatian,lisan dan interaksi



4. Apriesiasi Seni Hasil Kerja Murid
Hasil karya seni yang baik dapat menonjolkan unsur seni dan prinsip rekaan yang baik.
Unsur seni terdiri daripada garisan,rupa bentuk, jalinan,ruang dan warna. Prinsip rekaan
adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu
dalam gubahan seni visual. Prinsip rekaan terbahagi kepada tujuh iaitu Salah satu
prinsip rekaan ialah harmoni yang membawa maksud aman dan damai.

Berikut beberapa hasil karya murid yang akan dilihat dari sudut unsur seni dan
prinsip rekaannya.

Murid : 4 A
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Diorama (Alam Flora dan Fauna)






PSV 2014

PSV 3113 10





Hasil karya cemerlang

1. Hafiz Hazeril bin Hasnol (4 A)













Dalam karya ini, unsur seni yang dapat diperhatikan adalah bentuk, ruang dan
warna.Bentuk-bentuk yang terhasil ialah bentuk 3D di mana terdapat rama-rama dan
jambatan serta objek-objek kecil lain yang membantu memenuhi ruang agar kelihatan
seperti natural. Ruang yang ada dipenuhi dengan lakaran latar belakang dan objek-
objek kecil yang lain. Susun atur mudah dan ringkas tetapi memenuhi skop yang hendak
disampaikan. Jarak rama-rama sesuai kerana tidak terlalu dekat dan kesan susunan ini
menampakkan rama-rama pada kedudukan yang berbeza.
Warna-warna yang digunakan dapat membezakan antara satu rama-rama
dengan yang lain dan ini memberi kesan harmoni untuk prinsip rekaannya. Rama-rama
disusun dalam keadaan teratur . Dari segi imbangan dalam, terdapat sedikit
ketidakseimbangan di mana objek-objek banyak tertumpu di sebelah kanan. Walaipun
PSV 2014

PSV 3113 11

begitu kesemuanya dapat digarap dalam satu kesatuan yang menimbulkan suasana
yang tenteram, teatur dan selesa.


2. Munirah bt Hussin (4A)













Murid ini memilih ikan sebagai objek bagi dioramanya. Suasana yang
digambarkan begitu menarik di mana susun atur ikan-ikan tersebut seolah-olah kita
melihat ikan sebenar di dalam akuarium. Kita dapat melihat kedudukan ikan yang
berbeza seperti dalam kedudukan yang hampir dan jauh dari pandangan. Warna-warna
yang dipilih oleh murid ini mewujudkan suasana harmoni. Murid ini pandai
menggunakan ruang yang ada dengan mengisi bentuk 3D lain seperti batu,kerang dan
sebagainya. Warna-warna yang dipilih terdiri daripada warna-warna harmoni yang
menyenangkan mata memandang.
Dari sudut prinsip rekaannya, kita dapat melihat keseimbangan dalam diorama
ini. Gantungan objek ikan yang dibuat secara teliti dapat memberi pergerakan pada
objek dan membuatkan objek seolah-olah hidup. Kesemua prinsip rekaan dan unsur
PSV 2014

PSV 3113 12

seni yang ada telah dapat digarap dengan baik dalam satu kesatuan tema.
Persembahan keseluruhan memberi daya tarikan dengan nilai dan idea yang menarik.



Hasil karya sederhana
1. Fauzi b. Zakaria (4 A)












Sekali pandangn hasil karya murid ini boleh dikatakan cemerlang. Walau
bagaimanapun ditinjau dari sudut unsur seni dan prinsip rekaannya, terdapat beberapa
kelemahan jika dibandingkan dengan hasil karya yang cemerlang di atas. Warna-warna
harmoni yang dipilih bagi rama-rama tersebut menarik tetapi tidak dapat diserlahkan
kerana warna latar belakang yang terlalu padat. Kita tidak dapat membezakan latar
belakang dengan objek ram-rama yang hendak diberi penegasan. Walaupun begitu,
pengisisan ruang di bahagian dalam dapat dilakukan dengan baik dan jarak antara objek
dapat dilihat cantik. Potongan kotak bahagian luar telah menutup pandangan bahagian
luar tidak sesuai untuk persembahan sebuah diorama begini.
Dari sudut prinsip rekaannya ,imbangan susunan objek kelihatan bagus.
Walaupun begitu unsur irama dan pergerakannya tidak nampak dan menyebabkan
PSV 2014

PSV 3113 13

persembahan diorama ini menjadi hambar. Kepelbagaian idea boleh dilihat di sini dan
dirangkum dengan baik menjadi satu kesatuan tema.



Hasil karya sederhana
2. Mohd Hafiz bin Hasrul (4A)












Terdapat beberapa kelemahan dalam penghasilan diorama ini. Unsur seni
seperti bentuk tidak ditonjolkan di sini. Bentuk ikan yang sepatutnya bentuk konkrik
nampak seperti bentuk ilusi sahaja. Pun begitu, pemilihan warna boleh dikatakan baik
kerana dapat mengabungkan warna-warna yang harmoni.
Kesan ombak atau air tidak dapat dilihat kerana objek ikan ditampal di kotak
bukan digantung.Latar belakang tidak menampakkan kesan dalam laut kerana hanya
diwarnai dengan warna biru sahaja. Daya tarikan kurang kerana kurangnya variasi
dalam penyampaian hasil karya ini. Walaupun begitu tema masih dapat disampaikan
dengan agak baik.


PSV 2014

PSV 3113 14





Hasil karya lemah
1. Hafizuddin bin Baharin













Unsur seni tidak langsung ditonjolkan di sini. Ruang dibiarkan tanpa mengisi dengan
objek-objek yang dapat menerangkan tema diorama ini. Rama-rama yang sepatutnya
digambarkan dalam bentuk 3 dimensi kelihatan seperti sehelai kertas tanpa
menimbulkan kesan mendalam. Keharmonian tidak ada dan keseluruhannya agak
hambar kerana prinsip rekaan seperti imbangan,irama dan unsur kepelbagaian tidak
ada.





PSV 2014

PSV 3113 15







2. Izzaty bt Ismail













Unsur seni dan prinsip rekaan langsung tidak dapat disampaikan dalam hasil
kerja ini. Hasil seni ini kelihatan tidak menarik perhatian dengan pilihan warna yang
pucat, susunan objek yang tidak teratur,penggunaan ruang yang tidak diisi dengan objek
yang menarik yang tidak dapat menyampaikan maksud tema.

Anda mungkin juga menyukai

  • Bahasa Melayu Tahun 1
    Bahasa Melayu Tahun 1
    Dokumen10 halaman
    Bahasa Melayu Tahun 1
    Norhayati Abdullah
    100% (1)
  • REFLEKSI Matematik
    REFLEKSI Matematik
    Dokumen1 halaman
    REFLEKSI Matematik
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Laporan PLC Jan 2021
    Laporan PLC Jan 2021
    Dokumen1 halaman
    Laporan PLC Jan 2021
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • IMLAK
    IMLAK
    Dokumen1 halaman
    IMLAK
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Baik Hati
    Baik Hati
    Dokumen1 halaman
    Baik Hati
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Terawih
    Terawih
    Dokumen15 halaman
    Terawih
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Baik Hati
    Baik Hati
    Dokumen1 halaman
    Baik Hati
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Mengapa Musang Makan Ayam
    Mengapa Musang Makan Ayam
    Dokumen3 halaman
    Mengapa Musang Makan Ayam
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Kuiz Merdeka Tahap 1
    Kuiz Merdeka Tahap 1
    Dokumen2 halaman
    Kuiz Merdeka Tahap 1
    Norhayati Abdullah
    100% (1)
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Dokumen1 halaman
    PENGHARGAAN
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Gotong-Royong Sekolah
    Gotong-Royong Sekolah
    Dokumen9 halaman
    Gotong-Royong Sekolah
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Sajak
    Sajak
    Dokumen2 halaman
    Sajak
    Norhayati Abdullah
    Belum ada peringkat