Anda di halaman 1dari 1

BUDAYA RUMAH TERBUKA

Budaya rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di


negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan
Hari Krismas. Istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan
masyarakat sejak turun-temurun. persoalan yang sering berlegar-legar di
gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah
terbuka?

1. Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak


memberikan kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan
perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara
kita. Konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui
amalan rumah terbuka.

2. Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu


rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan
merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza
latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan
setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan
kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka
sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta.

3. Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga


merupakan daya tarikan kepada pelancong asing yang melancong
di negara kita. Konsep rumah terbuka dapat memberikan
persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung
keharmonian.

4. Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan


silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. Semasa menghadiri
rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan
kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu
sama lain.

Kesimpulannya, budaya rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam


oleh semua pihak. Sekiranya budaya ini tidak difahami dan dihayati dengan
keikhlasan, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai