Anda di halaman 1dari 10

KEDAH

Balai Nobat, Alor Setar


Balai Nobat Negeri Kedah atau Pentas Di Raja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan
Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini, Balai Nobat Negeri Kedah dijadikan tempat
untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara
DiRaja seperti upacara pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja.
Alat muzik Nobat terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini
mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik
nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

Bukit Kayu Hitam,Kedah


Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit
Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia
yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam.
Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada
tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan
oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk
menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara
meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang
kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman,
maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi
hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka
menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka
dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka
dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam di mana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam.
Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu
Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam
untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah
menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan
perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.
Namun begitu, Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan
keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk,
polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu

Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak.
Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin.
Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka
Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun
1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan
pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga
kini.

Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah


Jambatan Tok Pasai terletak di bahagian utara Kedah, dalam daerah Kota Setar. Ia berfungsi
untuk menghubungkan Kampung Kubang Jerangau, dari Seberang Kota Kuala Kedah ke
Kampung Ulu, Kuala Kedah di atas Sungai Negeri Kedah melalui Laluan K143. Jambatan Tok
Pasai dinamakan sempena seorang pendekar yang juga seorang Ulama yang berasal dari Pasai,
Indonesia. Di Indonesia beliau merupakan seorang pejuang mempertahankan Agama Islam dan
justeru itu beliau menjadi buruan pihak Belanda hingga terpaksa berhijrah dari tempat
asalnya. Pengunjung yang menggunakan jalan darat untuk ke Jeti Kuala Kedah Jeti dari arah
Kuala Sungai akan melalui jambatan ini. Dari atas jambatan ini, pengunjung akan dapat
menikmati pemandangan seluruh perkampungan di Kuala Kedah dan Sungai Kedah terutamanya
semasa matahari terbenam dengan seluas mata memandang.

Air Terjun Titi Hayun, Daerah Yan


Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Dihiasi denai-denai hutan sepanjang
1km untuk menuju ke Air Terjun Puteri Mandi yang mempunyai mitosnya yang tersendiri.
Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung adalah chalet, surau, gerai
makanan, kawasan meletak kenderaan, pondok rehat, dewan terbuka, tandas awam, tempat
persalinan dll.

Balai Seni Negeri Kedah, Alor setar

Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni
negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat
di "Temple of Fortune Rivals".
Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi
sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983,
bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu dzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan
seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.
Gunung Jerai, Yan
Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus
dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai
kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung. Antaranya
prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai
makanan, gerai cenderamata dan gerai batu.

Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat,
bersebelahan dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika
kemas untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanakkanak juga tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman
Permainan pula, terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang
Futsal pula adalah di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur.
Dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, pengunjung boleh menikmati keindahan persekitaran
hutan semula jadi dan pemandangan saujana mata memandang Negeri Kedah. Monyet-monyet
didapati berkeliaran di atas jalan semasa dalam perjalanan dan pengunjung dinasihatkan agar
tidak memberi makanan untuk mengelakkan mereka bertindak agresif. Van Pengangkut
disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan
mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan,
pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.
Selain menaiki Van Pengangkut yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung

Jerai dengan kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki di sini agak merbahaya.
Tidak sama seperti jalan biasa. Kedudukannya yang curam dan sempit, menyukarkan pemandu
untuk mengawal kenderaan dengan baik.
Terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbabas ke dalam curam. Kos untuk membawa
keluar kenderaan tersebut mencecah ribuan ringgit dan terpaksa ditanggung oleh pengunjung
sendiri kerana Pihak Pengurusan telah memberi amaran, tidak bertanggungjawab bagi
pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Puncak Gunung Jerai. Van
Pengangkut yang disediakan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian untuk perjalanan
ke Puncak Gunung Jerai. Bayaran yang dikenakan pula hanya RM10 untuk seorang penumpang.
Terdapat pusat penginapan di puncak Gunung Jerai bagi para pengunjung yang ingin menginap
di situ iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan
dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan
menghilangkan stress. Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang
hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di
Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.
Pihak Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam
semulajadi. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan
hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup
subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai. Menariknya, bunga-bungaan di sini
mengembang dengan saiz lebih besar daripada spesis sama yang tumbuh di tempat lain.
Gunung Jerai Resort pula terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki
beberapa meter ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah
Yamani, Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan.

Muzium Negeri Kedah, Alor Setar


erletak di Lebuhraya Darul Aman, Bandaraya Alor Setar, Muzium Negeri Kedah adalah tempat
yang sesuai untuk mendapatkan gambaran tentang sejarah Negeri Kedah. Ia memaparkan
pelbagai maklumat dan artifak, dari peradaban kuno di Lembah Bujang, proses pembangunan
Kedah menjadi pusat industri dan peristiwa-peristiwa penting hingga ke hari ini. Jangan lepaskan
peluang untuk melihat Bunga Emas yang dihantar sebagai ufti tahunan kepada Raja Siam. Selain
itu, hayati sejarah pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman, iaitu sistem pengairan perintis

yang menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Kedah sebagai lombong padi Malaysia.
Paparan yang lain adalah flora dan fauna, modal awal pengangkutan serta media yang
didedikasikan untuk tokoh-tokoh terkemuka negara yang berasal dari negara ini.

Air Terjun Lata Mengkuang, Sik


Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72 dengan kedudukan 12 kilometer dari
Pekan Sik atau 95 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Dihubungi oleh jalan raya ke Kampung
Weng yang berdekatan Sempadan Negara Malaysia-Thailand
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Hutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah yang terletak sekitar
200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti
Melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Terdapat sebatang sungai yang
bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih
serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Terdapat denai hutan dari jalan balak lama sepanjang 5 km yang menghubungkan hutan ini
dengan Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah,
berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki
gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.

Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman


imbol kebanggaan negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar, Menara Alor Setar
menjulang di atas cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Keadaan menara seni
komunikasi adalah yang ke 19 tertinggi di dunia dan ke 2 tertinggi di Malaysia selepas Menara
Kuala Lumpur. Dari kejauhan, rekabentuk menara adalah yang menyerupai rumpunan jerami
padi yang diikat. Pastikan anda melawat palangan pemerhatin di aras 88 meter dari permukaan
tanah untuk menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar, dari Gunung Jerai ke Selat
Melaka. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ekslusif dikelilingi awan di Restoran
Berputar Seri Angkasa pada ketinggian 94 meter.

Sungai Sedim Tree Top Walk, Kulim


Tree Top Walk di Taman Rekreasi Sungai Sedim, Kulim adalah sepanjang 950 meter merentasi
Sungai Sedim dan merupakan sebuah titian yang terpanjang di dunia. Pelancong dari dalam dan
luar negara datang ke sini untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di
sepanjang titian kanopi ini. Pengunjung berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua

ini dari perspektif yang amat berbeza ketika menyusuri Sungai Sedim Tree Top Walk termasuk
pemandangan sungai yang mengalir deras, pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang
sungguh menawan. esemuanya dapat diterokai dari ketinggian 50 meter dari permukaan tanah.
PERLIS
TAMAN REKREASI BUKIT AYER
Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan
kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan
tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang
paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini.
Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang
berkunjung ke sini.
Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan
untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan
kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan
kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.

ASEK MELATI
Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik
seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah
pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.
Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat
menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini.
Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati
pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.
Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah.
Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan
manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk
menenangkan fikiran.
GUA KELAM

Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang
berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam
terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya
terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga
menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam
bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah
bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana
kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk
merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi
Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (cave walk)
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu
kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian
semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada
tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang
baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua
bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini
menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.
AMAN HERBA
Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk
menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat
khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah muzium
tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali
dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di
sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan
yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari
negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman
Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat
di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis
dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di
sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang,
Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada
pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.

MUZIUM KOTA KAYANG

Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang
terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan
Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di
Semenanjung. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak
pengebumian Sultan Kedah pada kurun ke16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar
Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja raja juga terdapat di sini.
Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu raja
sebagai tanda dan diberi mana Makam Al-Marhum Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am
yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan
di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar
negeri Perlis serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari
Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai
koleksi yang menarik
BANDAR DI RAJA ARAU
Bandar diraja yang menjadi bandar kedua terpenting selepas ibu negeri sering dirujuk sebagai
tempat bersemayam Sultan dan Raja negeri di Malaysia. Mungkin ramai dari kita kurang
perasan, sebenarnya bandar diraja adalah ibu negeri yang pertama kepada negeri berkenaan
kerana kedudukan strategik di muara sungai. Lazimnya, di sini tarikan pelancongan utama yang
seharusnya dikunjungi khususnya ketika musim cuti sekolah kerana menempatkan sejarah dan
warisan bangsa yang perlu diteroka oleh generasi muda.
Bandar Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi negeri Perlis. Di
sini ada istana, makam diraja, masjid negeri dan bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan
stesen keretapi. Bandar Arau ini juga dikenali sebagai bandar ilmu kerana di sini ada beberapa
pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi, Sekolah
Menengah Teknik dan Sekolah Agama Alwiah Ad Diniah iaitu sebuah sekolah agama yang
mula-mula dibina di Perlis. Tarikan utama ke Arau ialah Galeri Diraja Arau menjadi antara
tarikan terbaru di Bandar Diraja Arau kerana menempatkan pelbagai barangan koleksi
kesayangan Raja Perlis.

LADANG ANGGUR PERLIS


Perlis yang sebelum ini terkenal unik sebagai satu-satunya negeri yang mampu menghasilkan
produk mempelam harumanis, kini telah menerima satu lagi mercu tanda baru dalam bidang
pertanian melalui projek penanaman anggurnya.
Projek tanamam anggur diusahakan oleh Jabatan Pertanian Perlis (JPP) di kawasan Bukit
Bintang berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh. Melalui projek ini, anggur pertama di ladang
terbabit diusahakan di atas tapak seluas 0.8 hektar dengan jumlah 800 pokok daripada jenis IAC,

selain lima hektar tanah lagi membabitkan empat jenis anggur iaitu White Malaga, Black Queen,
Black Opal dan Loose Perlitte. Anggur negara ini terutama di Perlis mempunyai rasa yang begitu
manis dan mampu menyaingi anggur dihasilkan negara pengeluar lain seperti Perancis, Amerika
Syarikat dan Itali. Antara jenis anggur yang popular termasuk New White Malaga, IAC, Black
Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho.
Melalui perancangan, semua hasil anggur Perlis ini akan dijual dalam bentuk segar, selain
diproses menjadi jus, jeruk dan jem. Selain buah, pokok anggur juga mempunyai nilai tambah
kerana daunnya boleh diproses menjadi herba teh anggur, kulit buahnya pula dijadikan jus,
manakala isinya pula dijadikan tepung dan bijinya untuk diproses menjadi minyak.
TAMAN ULAR REPTILIA
Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular yang
terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di
Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain
seperti buaya, biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.
PASAR AHAD WANG KELIAN
Selain Padang Besar, Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di
sempadan negeri ini. Pekan kecil yang terletak sempadan dengan Wang Prachan, Thailand yang
sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan yang dibuka setiap hari. Aktiviti jualan lebih
rancak diadakan pada pagi Ahad setiap minggu.
Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia diadakan pada hari Sabtu
dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi
hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari.
Keistimewaan pasar pada hari Ahad pula ialah pelancong tempatan berpeluang menyeberang
tembok batu sempadan Malaysia-Thailand tanpa perlu menggunakan dokumen perjalanan.
PUSAT MEMBELI BELAH PADANG BESAR
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini,
terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana
kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian,
barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.
Projek mengindahkan Padang Besar sedang rancak dijalankan dan disekitar kompleks membelibelahnya sudah nampak perubahan yang dilakukan. Dua gambar di atas adalah antara contoh
projek mencantikkan Pandang Besar.Kompleks Arked Niaga di Padang Besar ini merupakan
tumpuan utama bagi pengunjung untuk membeli-belah. Tapi sekarang dah banyak kedai
daNgerai yang dibina di sekitar kompleks ini untuk membeli-belah.
Begitupun, tarikan pengunjung kesini tentulah kepada kedaikedai yang menjual barangan tiruan
yang berjenama terkenal. */

Anda mungkin juga menyukai