Anda di halaman 1dari 6

Konsep Asas Pemikiran Komputasional

Penggunaan pelbagai teknik pemikiran komputasional dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan berkesan. Berikut merupakan beberapa teknik
pemikiran komputasional: 

Teknik Leraian
Teknik Pengecaman Corak
Teknik Peniskalaan
Teknik Pengitlakan

1.1  Pembangunan At ur Cara

Pembangunan aturcara pula terdiri daripada lima fasa iaitu:

Pemikiran komputasional adalah;


Satu proses pemikiran 
Untuk menyelesaikan masalah 
Berbantukan mesin atau komputer

Konsep teknik pemikiran komputasional adalah 


Membahagikan setiap masalah kepada bahagian yang lebih kecil 
Mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai, berkesan dan tersusun

1.1.1 Konsep pemikiran komputasional dalam fasa pembangunan atur cara


bagi membangunkan atur cara aritmetik
 

(i) Fasa analisis masalah


 

Teknik leraian digunakan untuk menganalisis masalah supaya ia dapat  dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
Apabila masalah menjadi bahagian-bahagian kecil, ia lebih mudah untuk diselesaikan.

(ii) Fasa reka bentuk atur cara


 

Terdapat tiga aktiviti dalam fasa reka bentuk atur cara iaitu:

Menulis pseudokod
Melukis carta alir
Mereka bentuk antara muka pengguna

Teknik Pengecaman Corak

Selepas masalah dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil,  Teknik Pengecaman Corak digunakan untuk mereka bentuk atur cara dengan
membuat pengecaman kepada corak setiap masalah kecil.
Pengecaman corak ini dapat membantu dalam mencari penyelesaian masalah dengan lebih efisien.

Teknik Peniskalaan

Setelah corak-corak dicamkan, corak-corak ini diteliti dengan menggunakan teknik peniskalaan untuk meninggalkan aspek-aspek kurang penting.
Penekanan diberikan terhadap aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah.

Teknik Pengit lakan 

Selepas memperolehi maklumat daripada leraian dan peniskalaan, algoritma yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah boleh ditentukan.
Algoritma komputer biasanya terdiri dalam bentuk pseudokod atau carta alir.
Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan pseudokod dan carta alir yang betul merupakan aspek penting yang perlu ditekankan
li l i
semasa menulis algoritma.
Bagi carta alir, penggunaan simbol yang betul untuk sesuatu langkah merupakan aspek yang penting kerana setiap simbol merujuk kepada suatu fungsi
yang spesifik.

 
© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

(iii) Fasa pengekodan


 

Aktiviti yang harus dilakukan semasa fasa pengekodan adalah seperti berikut;

Memilih bahasa pengaturcaraan yang betul


Membina aturcara berdasarkan carta alir atau pseudokod

Teknik leraian boleh digunakan untuk menulis aturcara dengan membahagikan kod aturcara kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali
sebagai sub-aturcara. 
Teknik pengecaman corak boleh digunakan dalam fasa ini jika ciri-ciri persamaan atau perbezaan dalam membina atur cara dikenalpasti.
Teknik peniskalaan juga boleh diaplikasikan dalam ini dengan mengenalpasti aspek penting bagi setiap kod atur cara.

(iv) Fasa pengujian dan penyahpepijatan


 

Dalam fasa ini, pengatur cara perlu menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan ralat.
Terdapat tiga jenis ralat, iaitu:

Teknik Leraian

Penggunaan teknik leraian bagi pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat dijalankan secara berperingkat seperti berikut:

Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar


Menguji kod input
Menguji kod proses
Menguji kod output
Mengesan ralat
Membaiki  ralat

Teknik Pengecaman Corak 

Tujuan pengujian dilaksanakan adalah untuk memastikan kod aturcara yang dibina berfungsi dengan betul dan kod aturcara bebas dari sebarang jenis ralat.

Teknik pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang dipaparkan semasa melaksanakan pengujian.

Jenis ralat Punca ralat


Mengeja kata kunci dengan salah
Tertinggal tatatanda atau symbol
Ralat sintaks Kesalahan sintaks bahasa pengaturcaraan
Kesalahan meletakkan inden

Penggunaan jenis data yang salah pada pemboleh ubah


Menggunakan pemboleh ubah atau pemalar yang tidak wujud
Ralat masa larian Melakukan pembahagian dengan angka 0
Penggunaan operator matematik dan logik yang salah

Membuat pengiraan yang tidak betul


Menggunakan ungkapan boolen yang salah
Ralat logik
Penggunaan operator atau fungsi yang salah

Teknik Peniskalaan

Aspek-aspek penting terhadap mesej ralat yang dipaparkan akan difokuskan dengan menggunakan teknik peniskalaan. 

Teknik Pengit lakan

Proses pembinaan model bagi fasa pengujian dan penyahpijatan akan dijalankan melalui teknik pengitlakan.

(v) Fasa dokumentasi


 

Terdapat dua jenis dokumentasi iaitu:

Teknik Leraian

Teknik ini digunakan untuk menyediakan dokumentasi.

Teknik Pengecaman Corak

Teknik ini boleh digunakan untuk menyediakan dokumentasi luaran dan dalaman.

Teknik Peniskalaan

Pembahagian kod aturcara dan penulisan inden dalam kod aturcara amat sesuai digunakan melalui teknik ini. 

1.1.2 Pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional 


 

Melaporkan sesuatu perkara secara terurus dan terancang berdasarkan format tertentu.
Memberikan maklumat yang berguna tentang penggunaan teknik pemikiran komputasional.
Mengurus maklumat secara sistematik dan menunjukkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah atur cara
dengan jelas.
Format pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa adalah seperti berikut:

Teknik Leraian
 

Teknik Pengecaman Corak


 

Teknik Peniskalaan
 
 

Teknik Pengitlakan
 

Anda mungkin juga menyukai