Anda di halaman 1dari 9

Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Pengenalan
Bab

1 Pengaturcaraan
Asas Pengaturcaraan
Dalam bab ini anda akan mempelajari tentang sejarah Bahasa Pengaturcaraan Visual
Basic (VB), konsep aturcara berbantukan objek, algoritma, carta alir dan kod pseudo.

Objektif

Selepas mengikuti bab ini anda dapat:

1) menjelaskan sejarah pengaturcaraan Visual Basic (VB),

2) menerangkan konsep pengaturcaraan berbantukan objek,

3) menghuraikan maksud algoritma, kod pseudo, dan carta alir.

Program Pengaturcaraan Visual Basic (VB)

Pengasas VB ialah Prof. John Kemedy dan Thomas Kurtz daripada Darmouth College.
Ia dibangunkan daripada bahasa BASIC (Beginner’s All-purpose Symbolic Instruction
Code). VB memerlukan penterjemah dan persekitaran Microsoft Windows untuk
dilaksanakan (run). Aturcara VB ditulis dalam persekitaran windows yang dikenali
sebagai Integrated Development Environment (IDE).

Pembangunan Visual Basic adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula


dengan versi 1.0 pada 1991, versi 2.0 pada 1992, versi 3.0 pada 1993, versi 4.0 pada
1995, versi 5.0 pada 1997, dan versi 6.0 pada 1998. Visual Basic 6.0 mempunyai 4
edisi – iaitu Learning, Professional, Enterprise dan Working Model. Edisi Professional
dan Enterprise sesuai bagi pembangunan aplikasi profesional dan kompleks,
contohnya yang melibatkan pengurusan pangkalan data yang besar.

Visual Basic merupakan suatu program yang berasaskan object-oriented programming


(OOP). Ia membolehkan kita membina dan merancang aplikasi berasaskan tetingkap.
Walaupun berasal daripada BASIC, Visual Basic tidak menggunakan pendekatan
prosedur, tetapi menggunakan OOP dan pengaturcaraan event-driven serta
menyokong aplikasi 32 bit. Oleh itu aplikasi yang dibina dengan menggunakan Visual

1-1
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Basic 6.0 hanya boleh berfungsi dengan Windows 95 atau Windows NT ( Versi 3.5.1
atau lebih tinggi). Ringkasnya, aplikasinya adalah mesra pengguna.

Visual Basic merupakan program event-driven, bermaksud kod yang ditulis akan
melakukan suatu tindakbalas kepada tindakan (event) yang dilakukan terhadap
sesuatu objek (seperti menekan butang, memilih menu, … ). Visual Basic dikawal oleh
prosesor event. Tiada apa-apa yang akan berlaku sehingga sesuatu tindakan atau
event dikesan. Apabila suatu tindakan atau event dikesan, kod basic akan
bertindakbalas kepada event tersebut (Rajah 1.1). Kawalan program kemudiannya
akan berbalik kepada prosesor event.

Pengaturcaraan event-driven mengandungi kebanyakan ( tetapi tidak semua ) elemen


yang terdapat di dalam pengaturcaraan berorientasikan objek ( OOP ). Pendekatan ini
membolehkan pengguna hanya perlu menekan butang arahan untuk melaksanakan
arahan yang dikehendaki. Tindakan pengguna ini akan menyebabkan sesuatu
tindakbalas berlaku. Sebagai contoh, pengguna menekan butang arahan yang
berlabelkan “Hello”. Proses klik pada butang merupakan suatu tindakan (event)
manakala teks yang akan dipaparkan atas ruang kosong (textbox) sebaik sahaja
butang “Hello” diklik merupakan hasilan daripada tindakbalas terhadap tindakan (event)
tersebut (Rajah 1.2).

Event
E
v
e
n
t

Kod Kod Kod


Basic Basic Basic

Rajah 1 - 1

1-2
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Rajah 1 - 2

Menggunakan VB, penulis aturcara dapat:

 Menyediakan antaramuka grafik dengan mudah,

 Mengawal pelaksanaan aturcara dengan mudah,

 Melakukan aturcara secara berstruktur, dan

 Mengawal ralat dengan mudah.

Algoritma

Sebelum suatu aturcara komputer ditulis, perancangan awal merupakan satu amalan
yang penting. Pembinaan algoritma sering merupakan perkara pertama dalam proses
pengaturcaraan untuk penyelesaian sesuatu masalah.

Algoritma ialah satu set aturan atau proses penyelesaian masalah melalui
pengaturcaraan yang telah ditentukan. Algoritma digunakan bagi mentafsirkan langkah
penyelesaian masalah ke dalam bentuk yang mudah difahami.

Algoritma perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

Input : mesti mempunyai input

Output : menghasilkan output yang bermakna

Tidak mengeliru : setiap langkah dalam algoritma jelas

1-3
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Tepat : mesti betul dan dapat menyelesaikan masalah

Terhingga : mempunyai had atau penamat

Berkesan

Bahasa yang mudah difahami

Algoritma boleh diwakili atau dibentuk dengan pelbagai cara. Dua cara yang biasa
digunakan ialah kod pseudo dan carta alir.

Proses Pengaturcaraan

Setiap kali masalah dihadapi, sesuatu perancangan harus dilakukan untuk


menyelesaikannya. Berikut adalah proses pengaturcaraan yang dilalui oleh seseorang
pengaturcara komputer.

Mengenalpasti Masalah
Memerlukan
perubahan
Menentukan Spesifikasi Output

Menentukan Input

Merekabentuk Logik Aturcara

Betulkan
Mengkod Aturcara
Betulkan Ralat Ralat Logik
Sintaksis
Menguji Aturcara

Melaksanakan Aturcara

Mendokumentasikan Aturcara

Menyelenggarakan Keperluan baru

1-4
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Contoh Algoritma

Contoh 1

Katakan anda hendak menghantar surat, bilangan setem yang diperlukan adalah
berdasarkan bilangan helaian surat yang hendak dihantar itu. Jika 1 setem
diperlukan bagi setiap 3 helaian surat, berapakah bilangan setem diperlukan.

Contoh algoritma bagi masalah di atas:

Katakan bilangan bagi helaian kertas, dipanggil


Helai(input)
Bahagikan Helai dengan 3 (proses)
Bulatkan nilai bagi (ii) dengan nilai tertinggi (proses)
Hasilnya ialah bilangan Setem (output)

Contoh 2

Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang
perlu anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.

Contoh algoritma bagi masalah di atas:

mula
masuk ke dalam perpustakaan
cara buku yang dikehendaki
jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam
jika buku tidak dijumpai
datang esok
keluar perpustakaan
tamat

1-5
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Kod Pseudo dan Carta Alir

Kod pseudo merupakan penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod Basic dalam
menunjukkan langkah-langkah dan tugas.

Carta alir pula adalah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi
penyelesaian masalah dan bagaimana ianya berhubung di antara satu sama lain.

Carta alir mengandungi simbol geometrik yang dihubungkan oleh anak panah. Bagi
setiap simbol mewakili aktiviti bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program.
Aktiviti akan dilaksanakan mengikut turutan dari atas ke bawah.

Simbol Nama Penerangan

Aliran Menghubungkan antara simbol dan menunjukkan


aliran aktiviti.

Terminal Menunjukkan Mula atau Akhir bagi aktiviti.

Input/Output Menunjukkan operasi Input (memasukkan data) atau


Output (mempamerkan hasil).

Proses Menunjukkan operasi aritmatik dan manipulasi data


dilaksanakan.

Keputusan Menunjukkan operasi logik atau perbandingan.


Mempunyai 1 Aliran masuk dan 2 Aliran keluar (iaitu
Benar atau Salah).

Penghubung Menggabungkan Aliran yang berlainan.

Penghubung Menunjukkan carta alir bersambung di muka surat


Offpage seterusnya.

Proses Mewakili sekumpulan pernyataan yang melaksanakan


predefine pemprosesan data.

Anotasi Maklumat tambahan bagi simbol carta alir lain.

1-6
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Contoh Kod Pseudo dan Carta Alir

Contoh 1 (Pertimbangkan semula Contoh 1 dari algoritma)

Katakan anda hendak menghantar surat, bilangan setem yang diperlukan adalah
berdasarkan bilangan helaian surat yang hendak dihantar itu. Jika 1 setem
diperlukan bagi setiap 3 helaian surat, berapakah bilangan setem diperlukan.

Contoh kod pseudo bagi masalah di atas:

Mula
Baca nilai Helai (Input)
Set bilangan Setem iaitu Helai/3 (Proses)
Bulatkan bilangan Setem dengan nilai tertinggi (Proses)
Pamer bilangan Setem (Ouput)
Akhir

Contoh carta alir bagi masalah di atas:

Mula

Baca
nilai Masukan
Helai

Set Proses
Setem=Helai/5

Bulatkan nilai
Setem dgn nilai
tertinggi
Proses

Pamir
nilai
Setem
Keluaran

Akhir

1-7
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Contoh 2

Kirakan hasil darab dan hasil tambah bagi dua nombor dengan menggunakan
kod pseudo dan carta alir.

Contoh kod pseudo bagi masalah di atas:

Mula
Baca x dan y
Jumlah x + y
Hasil darab x * y
Cetak jumlah dan hasil darab
Tamat

Contoh carta alir bagi masalah di atas:

Mula

Baca
x, y
Proses

Jumlah=x+y
Hasildarab=x*y Proses

Cetak
Jumlah &
Hasil
darab Keluaran

Akhir

1-8
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pengenalan Pengaturcaraan

Latihan Kendiri

1. BASIC ialah singkatan bagi .

2. Visual Basic diasaskan oleh dan .

3. Apakah itu OOP, dan terangkan konsepnya.

4. Senaraikan langkah-langkah dalam proses pengaturcaraan.

5. Terangkan kepentingan algoritma, kod pseudo dan carta alir dalam proses
pengaturcaraan.

Latihan Algoritma, Kod Psuedo dan Carta Alir

1. Tuliskan algoritma pergerakan anda dari rumah ke tempat kerja.

2. Tuliskan algoritma untuk penyediaan gulai ayam dan nasi tomato.

3. Sebuah kereta mengambil R masa untuk perjalanan sejarak S. Tuliskan kod


pseudo dan carta alir untuk mengira purata halaju kereta tersebut. Diberi
purata halaju = jarak X masa.

1-9

Anda mungkin juga menyukai