Anda di halaman 1dari 6

1

KARANGAN FAKTA
Masalah merokok dalam kalangan remaja khususnya melibatkan pelajar sekolah semakin hari semakin
meningkat dengan ketara. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini daripada terus
merosakkan tubuh remaja.

Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun
daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm
berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar
asapnya dapat dihirup melalui mulut pada ujung yang lain.
Punca :
1. Pengaruh rakan sebaya
Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka.
Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba.
Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.
Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih.
Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada
perangkap rokok.
Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun.
Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk menyedut asap
rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama.
Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi asap rokok.
2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok.
Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk
dikenali.
Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman
Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.
Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.
Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus.
Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan
kelangsingan badan mereka.
Kesan :
1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan
Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin.
Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang.
Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang
dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.
Penagih akan gian.
Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.
2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja

Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan
malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian.
Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.
Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok.
Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit
ibu bapa sendiri.
Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk menampung
belanja membeli rokok.
Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan
penyalahgunaan dadah!
3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok
Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih
sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih.
Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh.
Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok
dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini.
Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah
toksik dan 63 karsinogenik.
Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat penggunaan
tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik
serta penyakit jantung.
Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap
batang rokok yang dihisap!
30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.
90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana tabiat
merokok!
4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser
Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut.
Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur.
Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema.
Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis.
Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru.
5. Rokok mencetuskan sakit jantung
Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.
Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung terpaksa
dijalankan.
Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.
Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar.
6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu
Racun asap rokok meresap ke embrio.
Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.
Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.

Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.
Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.
Kecerdasan otak bayi juga terjejas.

PENYEBAB ROKOK DAN AKIBATNYA


Hampir setiap hari saya selalu melihat orang-orang merokok dan mengkonsumsi Narkoba,
tidak hanya orang dewasa, remaja pun ternyata sudah mulai merokok. Padahal di bungkus
rokok sendiri tertulis "Merokok dapat menyebabkan kanker. serangan jantung, impotensi,
dan lain lain". Tapi kenapa masih tetap merokok?bukankah hal ini seperti kita bunuh diri
sendiri? Inilah penyebab orang orang pada merokok
Penyebab orang merokok
kemungkinan orang yang merokok diawali oleh hal hal seperti ini:
1. Rasa ingin tahu atau coba coba
setelah kita mulai beranjak remaja, rasa ingin tahu menjadi sangat besar, akan tetapi rasa
ingin tahu ini dapat menyimpang sehingga orang tersebut ingin mengetahui rasanya
merokok.
2. Dipaksa oleh teman
biasanya seseorang yang belum merokok selalu dipaksa temannya. jika dia tidak ikut
merokok maka banyak orang yang akan menjauhinya. Karena merasa takut kehilangan
teman, akhirnya dia pun ikut ikutan merokok. Oleh karena itu, berhati hatilah memilih teman
karena teman juga adalah faktor yang mampu menumbuhkan kepribadian kita.
3. Tidak percaya diri
seseorang yang tidak percaya diri akan mengalami putus asa sehingga perasaannya ingin
menghilangkan rasa tidak percaya diri tersebut, akhirnya dia pun merokok untuk
menghilangkan rasa tidak percaya tersebut. Padahal dengan merokok tidak akan
menyelesaikan masalah malah akan memberi banyak masalah
Akibat dari merokok
akibat dari merokok ini sangat berbahaya antara lain:
1. Kanker paru paru
hal ini disebabkan karena rokok mengandung banyak sekali zat yang berbahaya seperti
tembakau, yang juga dapat menyebabkan warna hitam pekat pada paru paru
2. Kanker jantung
Rokok menimbulkan ateorosklerosis atau terjadi pengerasan pada pembuluh darah.
Kondisi ini merupakan penumpukan zat lemak di arteri, lemak dan plak memblok aliran
darah dan membuat penyempitan pembuluh darah. Hal ini menyebabkan penyakit jantung.

Jantung harus bekerja lebih keras dan tekanan ekstra dapat menyebabkan angina atau
nyeri dada. Jika satu arteri atau lebih menjadi benar benar terblokir, serangan jantung bisa
terjadi.
Semakin banyak rokok yang dihisap dan semakin lama seseorang merokok, semakin besar
kesempatannya mengembangkan penyakit jantung atau menderita serangan jantung dan
stroke
3. Tubuh menjadi cepat lelah
jika seorang perokok misalnya lari hanya 5 menit, itu akan membuatnya lelah karena paru
paru nya telah rusak
KESAN DARIPADA KEGIATAN MEROKOK
Pelbagai pendapat membuktikan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan manusia. Setiap
batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan
radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai
(ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas
beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di kamar gas maut bagi pesalah yang menjalani
hukuman mati, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, racun paling penting atau yang paling
merbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser
(karsinogen). Nikotin pula seperti dadah heroin, amfetamin dan kokain yang bertindak balas di
dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama
penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan
tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding dadah. Seseorang yang kehabisan rokok
kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat
tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang ketagihan dengan merokok
meninggalkan tabiat itu untuk selamanya kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah
jua. Selain memberi sifat ketagihan bahan nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan
penyakit jantung, strok, urat saraf, mengecutkan saluran darah yang menyebabkan tekanan tinggi
darah, simptom kebas kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati dan kekejangan otot.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan.
Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ia menjadi terencat dan akhirnya boleh
menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila
racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ia akan membawa kerosakkan pada
setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan,
paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke
saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari
badan. Oleh itu, karbon monoksida boleh mengakibatkan sakit jantung, barah paru-paru, sakit
tenggorok dan kembang paru-paru.
Racun rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing.
Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut
merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi

kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan yang
ditelan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di
hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. Merokok juga
membolehkan seseorang lelaki itu mati pucuk.
Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya juga
membahayakan kerana ia akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paruparu. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang
ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap
akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,
menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara
dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan
melalui saluran penghadaman dan pencernaan dan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit di
bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Kesan asap rokok terhadap ibu mengandung pula ialah seperti melahirkan bayi yang kurang berat
badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, ibu itu lebih terdedah kepada kanser,
mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala kesannya terhadap anak yang masih
kecil ialah anak itu lebih mudah mendapat lelah, mendapat jangkitan paru-paru, pertumbuhan
paru-paru kanak-kanak terganggu dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.
Harga rokok sekarang semakin mahal dan seseorang itu sanggup mengeluarkan wang yang
banyak hanya untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai. Ini bermakna seseorang itu
akan membazirkan wangnya seperti pelajar membelanjakan wang perbelanjaan sekolah yang
diberikan oleh ibu bapanya untuk membeli rokok, sedangkan wang itu untuk perbelanjaannya
membeli makanan di sekolah.
Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan
wanita. Perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara,
barah rahim, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita
yang tidak merokok. Bagi wanita yang merokok pula rook itu akan merosakkan kulit mereka yang
halus bukan seperti yang mereka harapkan iaitu mengurangkan berat badan mereka.
Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayi kemungkinannya tiga kali
lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada
tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu itu mula
merokok semasa bayi dalam kandungan. Selain itu, juga boleh menyebabkan mereka keguguran.
Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dan jika 20 batang yang dihisap sehari akan
bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat,
semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat
penyakit yang diundang. Berbanding dengan mereka yang tidak merokok akan lebih panjang umur
mereka.
Oleh itu, dari bahaya rokok atau bahan-bahan dalam rokok itu dapat meninggalkan kesan yang
buruk kepada pengamal tabiat merokok itu seperti yang dinyatakan di atas pelbagai jenis penyakit
yang boleh dihidapi oleh perokok. Antara jenis penyakit itu ialah janutng, barah paru-paru, barah

rahim, mati pucuk dan sebagainya. selain itu, rokok itu juga membahayakan kepada ibu
mengandung kerana bayi yang dilahirkan akan mendapat lelah, berat badannya lebih rendah dari
bayi yang normal dan berkemungkinan mendapat penyakit, mati pada tahun pertama
kehidupannya dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai