Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14

DISEMPURNAKAN OLEH :
YANG SETIA TUAN SUB INSPEKTOR MOHAMED ZULKIFLEE BIN MOHD AMIN
KETUA POLIS BALAI, TELOK PANGLIMA GARANG
TARIKH:

15 FEBRUARI 2014 (SABTU)

Assalamualaikum w.b.tSalam Sejahtera.


1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Pengumuman :
Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian
Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung sebentar lagi.
1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang
telah disediakan.
2. Apabila Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee sampai di Foyer, kita akan
sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.
3. Majlis kita akan dibahagikan kepada 2 slot iaitu :
Slot 1 : Majlis Perasmian dan Penyampaian Sumbangan Pelajar Asnaf.
Slot 2 : Mesyuarat Agung PIBG
4. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa untuk dapat bersama-sama
sehingga mesyuarat Agung kita selesai
5. Para hadirin akan dipersilakan duduk untuk kita memulakan majlis perasmian.
6. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.

TEKS PENGERUSI MAJLIS


2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SIJANGKANG JAYA KE-14


MASA

PERISTIWA
Ketibaan
tetamu khas

BUTIRAN PENYAMPAI
Mengumumkan ketibaan:
Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee
bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang.
diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Pegawai Pelajaran
Daerah, Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan.

PENYAMPAI
En.
Saharuddin

Para hadirin dipohon untuk berdiri.


Nyanyian lagu

Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku.


Para hadirin diminta bersedia.
( Nyanyian lagu dimainkan)

Tetamu duduk

Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

Ucapan aluan
pengerusi
majlis

Kasihnya ibu membawa ke syurga


Kasihnya ayah berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah
Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan
Seribu tahun menjadi hikmat
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan

3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

En.
Saharuddin
En.
Saharuddin

dan salam Satu Malaysia.


Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee
bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang.
Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran
Daerah Kuala Langat,
Yang Berusaha
Pn Hajjah Salbiah bt Ibrahim
Tuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya.
Yang Berusaha,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Tn Hj Zulkapli bin Md Taib dan Kepimpinan Ahli
Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2013.

Yang Dihormati lagi dikasihi,


Saf Kepimpinan Penolong Kanan,
Pn. Ramlah bt Hj Hashim PK Pentadbiran.
Tn Hj Kowangid bin Taufek PK Hal Ehwal Murid
Pn Zaleha bt Selamat PK Kokurikulum
Pn. Hjh Rubiaah bt Hayat PK Petang
4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Pn. Sharifah bt Shaari PK Pendidikan Khas.


guru-guru, para ibu bapa, para pelajar dan hadirin
sekalian
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke14 dan secara tidak langsung kita dapat bersua muka,
berkenal mesra dan dapat menyatukan idea untuk
membina kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang
Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin
Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang ke majlis
perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14.

Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan


ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guruguru dan para tetamu dalam menunaikan amanah
sebagai Ahli PIBG.
Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk
kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik
persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan
5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

untuk anak-anak kita dalam bidang akademik,


kokurikulum, disiplin dan sahsiah.
Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,
justeru itu, kalau kita dapat satukan minda, selaras
pandangan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan
menjadi milik kita bersama.
Bak kata pepatah secekak bak serai, serumpun bak
buluh. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama
kita pikul jika itu dapat kita kesepaduan itu dapat kita
realisasikan, Insya Allah SMK Sijangkang Jaya mampu
melahirkan putera dan puteri yang cemerlang dan
terbilang.

Bacaan doa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi, marilah samasama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi,
agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz
Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

En
Saharuddin

Selesai
bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz


Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

En. Faizal

6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Ucapan aluan
Pengetua

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

En. Faizal

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasi,
Muafakat kata menjadi paksi
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam
mimpi
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan
mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Salbiah bt
Ibrahim, Tuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya
merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Hormat
dipersilakan.

Selesai
ucapan
Pengetua
Ucapan aluan
YDP PIBG

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha


Tuan Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih.
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput
Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang
Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk
menyampaian ucapan. Dipersilakan..

En.
Saharuddin

Selesai
ucapan YDP

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK


Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima

En. Faizal

7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

En.
Saharuddin

PIBG
Ucapan
Perasmian

kasih.
Sidang hadirin yang budiman,

En Faizal

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
majlis dengan sukacita dan penuh takzim
mempersilakan Yang Setia, Tuan Sub Inspektor
Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang bagi
menyampaikan ucaptama dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-14.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Selesai
ucapan
perasmian

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada Yang Setia Tuan Sub Inspektor
Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang,
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

En.
Saharuddin

Penyampaian
Sumbangan
Pakaian Sukan
Sekolah
Kepada
Pelajar Asnaf

Yang Alim Menjadi Imam


Yang Bijak Menjadi Pemimpin
Yang Arif Menjadi Hakim
Yang Kekurangan kita ingati
Sebagai tanda kasih tiada bertepi
Sebagai ihsan tanda simpati
Alhamdulillah, Pusat Zakat Selangor dan pihak PIBG
telah sudi untuk menyumbangkan barangan kepada
pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di sekolah ini.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringan beban dan
membolehkan mereka mengikut pembelajaran dengan
sempurna.
Untuk menyempurnakan majlis, saya dengan
sukacitanya mempersilakan Yang DiPertua PIBG dan
Pn Pengetua untuk menjemput dan mengiringi
Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd
Amin,Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang naik ke
pentas untuk menyampaikan sumbangan. Hormat
dipersilakan.
Dipersilakan adik bersama
ibu/bapa/penjaga ..
( Bacakan nama pelajar mengikut senarai nama yang

9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

En
Saharuddin

disediakan )

Penyampaian
Cenderamata
kepada
Tetamu VVIP.

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee, YDP PIBG dan Tn
Pengetua atas penyempurnaan majlis penyampaian
sumbangan itu tadi.
Biar Mati anak Jangan Mati Adat,
Secekak bak padi, serumpun bak serai
Orang berbudi, Kita berbahasa.

Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini


mempersilakan Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang
Jaya, Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk menyampaikan
cenderamata tanda penghargaan kepada Tuan Sub
Inspektor Mohamed Zulkefle atas kesudian menghadiri
majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan
menyempurnakan penyampaian anugerah
kecemerlangan PMR 2012.
Terima kasih kepada YDP PIBG kerana
menyempurnakan penyampaian tanda hati kepada
tetamu.
10 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

En. Faizal

Penutup

Acara kita sampai ke penghujung.


Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua tetamu. Ibu bapa, guruguru dan pelajar yang menghadiri Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Sekalung budi, Segunung Penghargaan jug ditujukan
kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus
membuat persiapan untuk memastika majlis kita
berjalan lancer.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari


segi tuturkata, lengok bicara atau renungan mata
sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.
Marilah kita sama-sama mengakhiri majlis dengan
membaca tasbih kafarah dan surah al asr.
SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI
KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA
ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...
Wal Asr
11 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

En.
Saharuddin

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Saya serahkan majlis kepada En. Suhaimi Mohamed
Sayuti (SU Agong Kehormat PIBG) untuk
mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG.

12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Anda mungkin juga menyukai