Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG

SK TELUK GUNUNG 2013


Mengumumkan ketibaan Yang Hormat Dato Mustapha b. Hj Long Pegawai Khas
Menteri Besar Pahang ke Dewan Terbuka SK Teluk Gunung
Buah duku buah bidara,
Manis sungguh rasa buahnya,
Kalam Bismillah pembuka bicara,
Moga majlis lancar hendaknya.
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullillahirabbilalamin wassalatuwassa mu ala asrafil anbiya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang dialu-alukan , Yang Hormat Dato Mustapha b Hj. Long, Pegawai Khas Menteri
Besar Pahang
Yang Berusaha, Tn. Hj Mohd Razali b Ismail, YDP PIBG SK Teluk Gunung
Yang Berusaha, Ketua Kampung Kampung Teluk Gunung En. Zaid b. Yasok
merangkap NYPD PIBG SK Teluk Gunung
Yang Berusaha En. Zulkurnain b. Abdul Samah GPK Pentadbiran SK Teluk Gunung
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Teluk Gunung
Guru-guru penolong kanan, guru-guru dan staf SK Teluk Gunung
Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya
dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi Jumaat ini, penghulu segala hari
bagi menjayakan majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 SK Teluk Gunung
2013
Lenggang bertapak seni memandang,
Silat sendeng menyusun jari,
Salam sembah selamat datang,
Moga majlis bertambah seri.
Majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Hormat Dato serta ucapan
terima kasih atas kesudian Yang Hormat Dato meluangkan masa untuk bersamasama kita pada pagi ini.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian
Bagi memberkati majlis, dijemput dan dipersilakan Ustaz Mohd Redzuan b Idris bagi
mengetuai bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan..
Amin..amin ya rabbalalamin..
Terima kasih atas bacaan doa sebentar itu tadi.
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.

Seterusnya , majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En. Zulkurnain B


Abdul Samah GPK Pentadbiran SK Teluk Gunung mewakili Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, merangkap penasihat PIBG SK Teluk Gunung untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Dengan hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada GPK Pentadbiran, En. Zulkurnain
atas ucapan sebentar itu tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Mohd
Razali b Ismail, Yang Dipertua PIBG SK Teluk Gunung untuk menyampaikan
ucapannya.
Dengan hormatnya dipersilakan
Terima kasih atas ucapan YDP PIBG sebentar itu tadi.
Menjemput Dato untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami,
Kepada Dato ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis dengan sukacita dan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Hormat Dato Mustapha B Hj Long Pegawai Khas Menteri Besar Pahang bagi
menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan majlis Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 SK Teluk Gunung 2013.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Hormat Dato kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis pada hari ini.
Hadirin hadirat sekalian,
Kata orang, cahaya mata penyeri sesebuah rumahtangga. Oleh itu, bagi
memeriahkan dan menyerikan lagi majlis kita pada hari ini dijemput dan
mempersilakan YDP PIBG Tn Hj Mohd Razali b Ismail mengiringi Yang Hormat Dato
Mustapha b Hj Long untuk memilih 5 cabutan bertuah. Dengan hormatnya
dipersilakan
Nombor pertama .
Nombor seterusnya
Terima kasih atas kesudian Yang Hormat Dato atas kesudian menyampaikan
cabutan bertuah itu tadi.

Orang berbudi kita berbahasa,


Orang memberi kita merasa.
Sebagai ucapan terima kasih dan kenang-kenangan, dijemput Yang Berusaha YDP
PIBG Tn Hj Mohd Razali b Ismail diiringi Yang Berusaha GPK Pentadbiran En
Zulkurnain B Abdul Samah untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Hormat
Dato.
Dijemput dan dipersilakan Yang Hormat Dato Mustapa B Hj Long untuk menerima
cenderahati.
Terima kasih di atas kesudian Yang Hormat Dato untuk menerima cenderahati
sebentar itu tadi.
Dengan selesai sudah penyampaian cenderahati sebentar itu tadi, maka selesai
sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8 SK Teluk Gunung 2013.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Hormat Dato dan para
jemputan sekalian.
Majlis dengan ini menjemput Yang Hormat Dato dan para jemputan khas untuk
menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan.
Diminta para ibu bapa tunggu sebentar kerana mesyuarat kita akan dimulakan
sebentar lagi.
Sekian,
wabilahitaufiq
walhidayah
,
wassalamualaikum
warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai