Anda di halaman 1dari 7

BLUEPRINT: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 20132025

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa
Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap maksimum atau jatuh terus
kebawah.? Kalau ditahap maksimum, kekalkan dengan sepenuh hati bagaikan
membendung air bah yang sedang sarat melimpah. Kalau kurang, carilah kekuatan
bagaikan mencari air ditengah gurun sahara.

~Oh guru.. sudahkah anda bersedia dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025? Apakah persediaan anda untuk menghadapi semua gelombang-gelombang yang
bakal melanda? Ada 3 gelombang yang perlu kita lalui sepanjang perkhidmatan kita
sebagai guru. Bagi yang berkesempatan, tiga gelombang itu akan berlaku seperti berikut:
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan
memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
~Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk
membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti
kebangsaan.
~Ada 11 anjakan yang bakal dilaksanakan di dalam PPPM 2013-2025 ini.
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.


5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

~ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu;
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada
laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih
relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP
(2006-2010).
Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan
tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.
1. Akses Kepada Kejayaan
Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat
akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum
atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.
Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan
enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah
menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen
demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard
minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau
Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5.
Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang
lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat

universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang


berstruktur.
2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.
Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah
memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan
negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah
standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir
aras tinggi.
KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga
teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan
PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.
Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah
diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara
serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses
pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.
3. Ekuiti Untuk Semua Murid
Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada
tahap yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar
belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya
jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.
Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai
latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama
terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah
mereka.
Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat
disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan
mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.
4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam
kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan
mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang
lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan
yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang
selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.
Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa
mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk
pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam
kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan
menghargai kepelbagaian.
Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu
dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah
pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.
5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi
Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi
bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan
(16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah
untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk
setiap ringgit yang dibelanjakan.
Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan
menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang
maksimum.

ASPIRASI MURID
Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang
ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah,
guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan
generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid


secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu
penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran
Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa
(Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti
Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi
membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi
keluarga, masyarakat dan negara.
1. Pengetahuan
Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk
memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini
amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi
membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam
literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan
diri, masyarakat dan negara.
Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu
digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam
bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.
2. Kemampuan Memimpin
Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran
bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku
pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka
terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang
ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan
melibatkan empat unsur iaitu;
Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan
penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan.
Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang
lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.

Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan
bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada
pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah,
mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.
3. Kemahiran Dwibahasa
Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid
juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa
Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan
Kadazan-Dusun.
Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid
bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag
kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.
4. Etika dan Kerohanian
Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat
berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta
membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian
melakukan apa yang betul.
Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan
kepada satu set prinsip, iaitu;
Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan
semangat untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk
kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional
Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti
nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan

murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional,
berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.
Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme
dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau
tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia,
memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk
hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Anda mungkin juga menyukai