Anda di halaman 1dari 1

DARI MEJA

KETUA PENGAWAS SMKPJ



Asslamualaikum dan salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Dengan limpah kuniaNya
dapat saya mencoretkan sesuatu pada ruangan ini. Saya dengan ini ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak yang berkenaan yang melantik saya sebagai ketua pelajar SMK Putera
Jaya bagi tahun 2013.
Taniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang editor SMK Putera Jaya tahun 2013 kerana
berjaya menerbitkan majalah sekolah bagi kali pertama yang bakal menjadi tatapan dan
kebanggaan setiap warga SMK Putera Jaya.
Dalam keghairahan kita memperkatakan tentang kemajuan sains dan teknologi masa kini.
Harus dingatkan bahawa pelbagai dugaan dan cabaran yang menanti dihadapan. Bagi
memastikan para pelajar sentiasa memperlengkapkan diri agar tidak hanyut dalam aras
globalisasi, sekolah menengah bertaraf bestari dianggap sebagai salah satu wadah relevan untuk
melahirkan para pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Oleh itu, saya mewakili warga pelajar merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak
sekolah kerana memberi peluang kepada kami untuk belajar, menonjolkan bakat dan menjadi
pemimpin di SMK Putera Jaya yang dapat kami adaptasikan pengalaman ini sesudah
meninggalkan sekolah ini kelak.
Akhir kata dari saya, pohon bebanyak kemaafan dari seluruh warga SMK Putera Jaya
seandainya sepanjang menjalankan tugas erdapat sebarang keterlanjuran. Semoga warga-warga
SMK Putera Jaya dapat melonjakkan prestasi dan nama sekolah di masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai