Anda di halaman 1dari 18

Topik

10

Pengajaran Mikro dan Penilaian

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menghuraikan konsep pengajaran dan pembelajaran; Menerangkan strategi pengajaran; Menyatakan matlamat pengajaran dan pembelajaran; Menjelaskan teknik membuat perancangan; dan Mengaplikasikan beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN
Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan. Pengajaran yang berkesan adalah melibatkan merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar. Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Pengajaran merupakan aktiviti intelek dan ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan mereka. Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional. Keduaduanya diguna pakai berdasarkan kesesuaian sesuatu pembelajaran dan kesesuaian tajuk pengajaran. Dalam pengajaran terkini, terdapat pengajaran yang memusatkan kepada pelajar manakala dalam pengajaran tradisional, pengajaran berpusatkan guru. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting untuk memastikan objektif tercapai.

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

185

10.1

MEMBUAT PERANCANGAN MENGAJAR

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin pelajar mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Rancangan Pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang pelajar dan perancangan mengajar perlulah dilakukan sebelum mengajar. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan tentang keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai pelajar), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, tentang pelajar dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-pelajar dalam sesuatu proses pengajaran-pembelajaran. Perancangan penyampaian pengajaran adalah suatu keadaan di mana guru perlu menggunakan cara-cara penyampaian pengajaran yang menarik dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran; Masa; Pemeringkatan isi; Pemilihan sumber dan alat; Kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran; Kualiti guru itu tersendiri; dan Mempunyai sistem penataran delivery system untuk penyampaian yang efektif.

186 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

Pengajaran Mikro Prinsip dan teknik pengajaran yang perlu dikuasai untuk melaksanakan sesuatu proses pengajaran di dalam kelas. Antara lain, pelajar akan didedahkan dan dibimbing untuk menyediakan perancangan pengajaran, pelaksanaan, pengenalan, perkembangan dan penutup pengajaran. Di samping itu pelajar akan belajar tentang pelbagai teknik penyampaian, penyoalan dan penilaian perkembangan pelajar, penggunaan papan tulis dan alat bantu mengajar. Pengajaran Mikro memberi peluang kepada bakalbakal guru untuk mengaplikasikan, mengajar serta berkomunikasi di dalam kelas. Bakal guru akan diminta melaksanakan pengajaran yang telah disediakan untuk sekumpulan 'pelajar' yang terdiri daripada rakan sekuliah.

10.1.1

Penulisan Hasil Pembelajaran (Objektif Pengajaran)

Objektif pengajaran adalah pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai pelajar selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan komponen terpenting bagi sesuatu rancangan pengajaran. Objektif pengajaran adalah merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi pelajaran (pernyataan, fakta, konsep, prinsip dan sebagainya); di samping mencadangkan aktiviti guru/pelajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada: (a) (b) (c) Hasil yang akan diperoleh pelajar (pemusatan kepada pelajar); Prestasi atau tingkah laku pelajar yang boleh dilihat atau diukur, selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran; dan Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.

Objektif pengajaran hendaklah melibatkan: (a) (b) (c) (d) Perkara yang masih belum dikuasai oleh pelajar. Masa objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran). Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu. Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki, dinyatakan dengan jelas.

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

187

Pemilihan objektif pengajaran yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Mudah (untuk dicapai pelajar); Sesuai (dari segi tahap pencapaian pelajar dan peruntukan masa); Realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan); Jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa yang betul); Tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); dan Disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang mudah kepada yang sukar).

10.1.2

Pemilihan dan Penulisan Isi Pelajaran

Untuk melaksanakan pengajaran pendidikan kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang sedia ada dan berada dalam keadaan yang baik. Perancangan yang baik dapat memberi hala tuju kepada guru untuk menjalankan tugas dengan baik, di samping berupaya memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius di kalangan pelajar-pelajar. Berikut adalah beberapa faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti yang dicadangkan oleh Graham (1992): (a) Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan kesihatan untuk Tahap 1 menjadi Tiga Waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll. Persekitaran Pengajaran Faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Oleh itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.

(b)

188 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

(c)

Latar Belakang Guru Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Latar Belakang Pelajar Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang.

(d)

10.1.3

Aktiviti dan Kaedah Pengajaran

Teknik, aktiviti dan gaya pembelajaran adalah suatu yang penting dan digalakkan untuk dilakukan terutama secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri. Ia adalah untuk menjurus kepada tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan pelajar. Setiap kegiatan pembelajaran pendidikan kesihatan, pemupukan nilai serta pemahaman unsur pergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas. Amalan rutin kecergasan dilakukan dalam suasana riang dan meyakinkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan keadaan persekitaran pelajar dan sekolah. Persediaan mengajar sahaja tidak dapat menentukan kejayaan sesuatu pelajaran. Kejayaannya bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh seseorang guru. Mace dan Barry (1982) pernah menyatakan bahawa soalan yang dihadapi oleh guru pendidikan kesihatan ialah yang manakah lebih berkesan: kaedah penyelesaian masalah atau kaedah terus yang lebih formal. Persoalan tentang kaedah ini timbul kerana dalam tahun-tahun kebelakangan ini banyak strategi pengajaran telah muncul dalam pengajaran pendidikan kesihatan di sekolah. Kaedah Langsung atau Arahan (Command Method) yang dianggap terlalu formal dan berpusat kepada guru (teacher-centred) kini dibanding dengan kaedah-kaedah lain yang dikatakan berpusat kepada pelajar (student-centred) dan kurang formal. Penyelidikan tentang teori pembelajaran kemahiran motor oleh tokoh-tokoh pendidikan seperti Mosston, Singer, Healey, Heitman, Locke dan Siedentop telah banyak mempengaruhi kaedah pengajaran pendidikan kesihatan. Kaedahkaedah mengajar adalah satu spektrum strategi pengajaran (spectrum of teaching strategies) yang merangkumi Kaedah Arahan hingga Kaedah Belajar Penggerak Diri (Self-Initiated Learning).

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

189

Kesesuaian sesuatu kaedah itu hendaklah mengambil kira objektif pelajaran dan proses pembelajaran yang pelajar-pelajar akan sertai. Tidak ada sesuatu kaedah pengajaran yang dapat diiktirafkan sebagai kaedah pengajaran yang terbaik dalam apa jua mata pelajaran di sekolah. Hakikat ini diakui oleh para pendidik. Begitu juga dengan pelajaran Pendidikan Kesihatan. Beberapa kaedah yang biasa diamalkan: (a) (b) (c) (d) (e) Kaedah Langsung atau Arahan; Kaedah Tugasan; Kaedah Timbal Balik (Reciprocal) atau Bertindak Balas; Kaedah Penyelesaian Masalah; dan Kaedah Eklektik atau Gabungan.

Kesemua kaedah itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tertentu. Ini dapat ditinjau dari segi: (a) (b) (c) (d) Pengurusan kelas semasa pengajaran; Penglibatan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran; Pengalaman pembelajaran dari segi sosial, kognitif dan psikomotor; dan Kesesuaiannya dari segi kematangan, umur dan kemampuan pelajar.

10.1.4

Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran

Persediaan mengajar mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana guru. Rancangan mengajar dapat membantu guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran para guru dan pelajar. Melalui (penulisan) persediaan yang terancang, guru pelatih akan dapat: (a) (b) (c) (d) Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara/aspek yang perlu diajar. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

190 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

(e)

Membuat pertimbangan yang sesuai tentang cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran pelajar. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu sama lain, secara jelas. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan pelajar semasa di luar bilik darjah. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan. Merancang aktiviti untuk membantu pelajar mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistematik. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.

(f)

(g)

(h)

(i) (j) (k)

10.2

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Seperti yang anda sedia maklum, Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu. Manakala, Rancangan Kerja Harian adalah rancangan kerja mingguan yang dibahagikan secara terperinci mengikut harian. Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru. Persediaan mengajar melibatkan bantuan bahan dan

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

191

peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Persediaan mengajar merupakan rancangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru-pelajar yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap. Ia akan mengandungi butiran seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Kemahiran yang hendak dikuasai; Catatan isi pelajaran; Aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan Alat/bahan/catatan.

Jadual format rancangan kerja harian adalah seperti berikut:


Aktiviti Pengajaranpembelajaran

Hari

Kemahiran

Isi Pelajaran

Alat/Bahan

Sekarang, marilah kita membincangkan Penyediaan Rancangan Mengajar. Persediaan rancangan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Butiran am; Tajuk pelajaran; Objektif; Kemahiran; Bahan bantu mengajar; Pengetahuan sedia ada; Penerapan ilmu; Penerapan nilai; Set induksi; Teknik mengajar;

192 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

(k) (l) (m)

Langkah perkembangan; Penutup; dan Tindakan susulan.

10.2.1

Set Induksi

Bahagian pengenalan memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat serta mewujudkan motivasi pelajar, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran. Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat pelajar terlebih dahulu. Pengenalan berperanan sebagai montaj (montage) dalam sesuatu persembahan (sama ada secara audio atau visual). Menarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kirakira) lima minit pertama pengajarannya. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah biasanya membosankan kerana pelajar masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran dan tidak jelas kepentingan tajuk yang akan dipelajari. Perancangan Penyampaian Pengajaran mengambil kira dari segi komponen set induksi (lihat Rajah 10.1) dan komponen kognitif (lihat Rajah 10.2). Minat, keperluan dan pengalaman pelajar boleh diguna sebagai asas untuk memulakan sesuatu pengajaran.

Rajah 10.1: Pecahan komponen set induksi

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

193

Rajah 10.2: Tujuh komponen kognitif

Guru boleh memulakan pengajarannya dengan mengaitkan pelajaran dengan pengalaman harian mereka atau dengan pengetahuan sedia ada pelajar (melalui kuiz, soal jawab atau perbincangan ringkas), mengemukakan isu semasa yang berkaitan dengan tajuk, mengaitkan dengan minat dan kegunaannya dalam kehidupan harian, menunjukkan tayangan video, wayang gambar atau filmstrip, atau lain-lain kaedah pendekatan yang sesuai.

10.2.2

Perkembangan

Sebahagian besar masa pengajaran guru tertumpu pada bahagian penyampaian yang merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip, fakta dan kemahiran yang berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada pelajar menggunakan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses penyampaian, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif serta memberi bimbingan dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran. Semasa proses penyampaian ini, guru perlu memberi perhatian kepada perkaraperkara berikut: (a) (b) Diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam. Melibatkan pelajar secara aktif.

194 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

(c) (d) (e) (f)

Menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk membantu memudahkan pemahaman pelajar. Menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan. Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan teknik menyoal yang sesuai dan berkesan. Setiap langkah/isi pelajaran hendaklah difahami dan dikuasai pelajar terlebih dahulu, sebelum berpindah kepada langkah/isi pelajaran yang berikutnya.

Perkembangan atau penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru. Antara perkara yang perlu diberi perhatian pada peringkat perkembangan ini ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Isi pelajaran; Kemahiran; Strategi pengajaran; Pembelajaran; Penerapan nilai; dan Penggunaan sumber.

10.2.3

Penutup

Guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran pelajar, dengan membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah diajar pada peringkat akhir sesuatu pengajaran. Penutup juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang prestasi pelajar ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali. Pelajar diarah membuat kesimpulan dengan dibimbing melalui beberapa soalan kunci. Daripada persoalan dan gerak balas pelajar, guru juga dapat mengukur atau menilai tahap pencapaian mereka terhadap pencapaian objektif pengajaran. Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu: (a) Penutup Kognitif Aktiviti yang digunakan oleh guru sebagai penutup kognitif sesuatu pengajaran ialah merumus dan mengulang segala fakta penting dengan menggunakan kaedah pemetaan konsep, melukis gambar rajah berkait, atau dengan melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti yang

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

195

melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti susulan dan sebagainya. Selain itu juga, guru boleh menjalankan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan teknik soal jawab. (b) Penutup Sosial Penutup sosial ialah menimbulkan perasaan pencapaian pelajar-pelajar, mewujudkan perasaan ingin tahu dan belajar, memberi peneguhan positif mengaitkan apa yang telah dipelajari dengan pelajaran akan datang dan sebagainya.

Berikut merupakan peraturan atau garis panduan untuk sesi penutup pengajaran: (a) (b) (c) (d) (e) Cara penutup; Aktiviti susulan; Penilaian objektif; Rumusan/kesimpulan; dan Pengubahsuaian.

10.3

PENGGABUNGAN PELBAGAI STRATEGI

Konsep penggabungan dalam pengajaran kesihatan bukanlah suatu konsep yang baru. Pengajaran kesihatan, kemahiran bahasa penyampaian adalah merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Para guru sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspek-aspek kepelbagaian itu. Adalah disarankan supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan cara yang lebih sistematik, teratur dan lebih luas lagi. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada dua, iaitu: (a) (b) Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalam sesuatu pengajaran.

196 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

10.3.1

Refleksi dalam Penulisan RPH

Sebaik sahaja selesai sesuatu pengajaran, guru perlu menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran (dari segi kekuatan dan kelemahan), demi mempertingkatkan profesion mereka. Penilaian yang dibuat merangkumi aspek perancangan dan penyampaian pengajaran serta tingkah laku pelajar sebagai reaksi terhadap kaedah pengajaran yang digunakan terutamanya dari segi pencapaian objektif dan kemajuan pelajar. Proses penilaian refleksi kendiri dapat membantu guru menjadi lebih peka, bersistematik dan kritis terhadap profesion perguruan. Segala permasalahan yang tidak dapat diatasi yang mengganggu proses pengajaran-pembelajaran perlu dicatat. Sebagai contoh, guru tidak dapat mengajar atau mencapai objektif ketiga kerana terpaksa memberi peruntukan masa yang lebih untuk memastikan pencapaian objektif pertama dan kedua. Segala maklumat dan ulasan tentang pengajaran yang ditulis dalam bahagian ini dapat membantu guru merancang, seterusnya menyampaikan pelajaran akan datang dengan lebih berkesan. (a) Empat Ciri Pengajaran Reflektif (i) (ii) (iii) (iv) (b) Mengutamakan tujuan dan kesan serta kerberkesanan teknikal. Memberikan cadangan-cadangan baru dalam penggubalan kurikulum baru. Guru akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap minda keterbukaan, tanggungjawab dan kesungguhan hati.

Kemahiran Pengajaran Reflektif Pengajaran reflektif memerlukan enam jenis kemahiran seperti dalam Rajah 10.3.

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

197

Rajah 10.3: Enam jenis kemahiran pengajaran reflektif

(c)

Ciri-ciri Guru Reflektif Berikut adalah ciri-ciri guru reflektif: (i) (ii) (iii) (iv) Keterbukaan minda. Tanggungjawab. Kesungguhan. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia. Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan hasrat, tindakan dan perasaan pelajar.

(v) (vi)

(vii) Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data, menganalisis data serta menilai data. (viii) Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal tentang tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak.

198 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

10.3.2

Penulisan RPH Lengkap

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan beberapa perkara berikut: (a) Apakah perkara yang perlu dipelajari pelajar? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai dan sebagainya yang melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif). Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai pelajar? (Merangkumi objektif pengajaran). Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang? Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan? Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (pelajar)?

(b) (c) (d) (e)

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama: (a) (b) (c) Objektif pengajaran (yang perlu dicapai pelajar); Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya); dan Aktiviti guru dan pelajar.

Perkaitan antara Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti perlu dinyatakan dengan jelas. Keadaan ini disebabkan dalam konteks ini, objektif diibaratkan sebagai suatu soalan dan jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, pelajar perlu mempelajari). Aktiviti (guru-pelajar) mencadangkan bagaimana atau apakah langkah/tindakan (kaedah) yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang dikemukakan. Keperibadian guru juga merupakan satu kaedah pengajaran yang perlu ditekankan. Perawakan, cara pertuturan, nada suara, bahasa atau gerak isyarat memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat pelajar di sepanjang proses penyampaian. Pertuturan yang terlalu cepat atau tidak jelas, penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan tahap pelajar akan menjadikan pembelajaran menjadi semakin tidak diminati oleh pelajar.

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

199

Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran mengandungi lima komponen penting: (a) Isi Pelajaran Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau yang perlu disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Penjelasan isi pelajaran oleh guru perlu dijelaskan dan guru juga perlu menyatakan segala isi pelajaran yang akan disampaikan dan selaras dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran. Kefahaman Aspek kefahaman melibatkan domain kognitif dan afektif. Kefahaman melibatkan aspek celik akal yang diperolehi pelajar tentang tajuk yang dipelajari di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Berbeza dengan objektif pengajaran, kefahaman memberi tumpuan kepada aspek dalaman. Aspek kefahaman yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran. Kemahiran Kemahiran melibatkan kebolehan pelajar untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan teknik yang betul dan selamat. Ia melibatkan domain psikomotor. Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran. Aktiviti Guru/Pelajar Aktiviti guru/pelajar melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh guru/pelajar (sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran, demi mencapai objektif pengajaran. Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang tajuk. Elakkan daripada menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru. Kesemua aktiviti guru dan pelajar perlu dirancang dengan kemas dan tersusun, mengikut urutan objektif dan isi pelajaran. Catatan Para guru boleh menggunakan bahagian ini untuk menulis aspek afektif (misalnya nilai murni), aspek kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, bentuk penglibatan pelajar, penggunaan bahan bantu mengajar, peruntukan masa bagi setiap aktiviti, dan sebagainya di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Bahagian ini merupakan bahagian membuat catatan yang merangkumi sebarang ulasan yang dibuat terhadap isi pelajaran, kefahaman/kemahiran atau aktiviti guru/pelajar atau yang berkaitan dengan strategi pengajaran yang akan dilaksanakan.

(b)

(c)

(d)

(e)

200 TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

SEMAK KENDIRI 10.1


1. 2. 3. 4. Apakah tujuan menyediakan rancangan mengajar? Terangkan apa yang dimaksudkan rancangan mengajar harian. Nyatakan kepentingan penulisan rancangan pengajaran. Apakah ciri-ciri guru reflektif?

AKTIVITI 10.1
Lawat laman sesawang di bawah dan bincangkan keberkesanan penggunaannya dalam pengajaran anda. http://www.fp.utm.my/daftarweb/data/22-41.pdf

Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan oleh manamana guru. Persediaan pengajaran dapat meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar, di samping dapat membantu guru menilai pembelajaran pelajar di akhir pengajaran dengan lebih berkesan. Melalui penulisan persediaan mengajar, kompetensi dan komitmen guru dapat dinilai dan seterusnya dapat membimbing guru ke arah melahirkan guru yang profesional. Guru perlu merancang pengajarannya dan harus mengambil kira segala aspek yang berkaitan iaitu objektif, pengetahuan sedia, bahan (isi pelajaran dan peralatan) dan aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang pelajar. Segala pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap kepada pelajar perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas, pada peringkat awal perancangan.

TOPIK 10 PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN

201

Semasa merancang pengajaran, guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang akan dijalankan pelajar, bagi memberi perluang kepada mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran, melalui pengalaman sebenar, secara hands-on dan minds-on. Aktiviti pengajaran-pembelajaran yang dicadang hendaklah mempunyai perkaitan jelas dengan setiap objektif pengajaran dan isi pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar. Bagi membantu pelajar mempelajari sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan, guru perlu menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai. Guru perlu menilai pembelajaran pelajar, sama ada secara langsung atau tidak langsung di sepanjang proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar, seterusnya mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai pemahaman pelajar, guru perlu menganalisis dan menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja sesuatu pengajaran tamat.

Falsafah

Rancangan mengajar

Anda mungkin juga menyukai