Anda di halaman 1dari 4

SKRIP TENTATIF EMCEE

MASA TENTATIF CATATAN

9.30 PAGI 1.0 PEMBUKA BICARA

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬
‫ ويسر لي امري‬#‫رب اشرح لي صدري‬
#‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬
Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian, kepada Allah RABBUL IZZATI,
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

2.0 PROTOKOL / SALUTASI

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.
3.0 KATA ALU-ALUAN

Majlis mengucapkan selamat datang ke MAJLIS PENYERAHAN


BANTUAN PERSEKOLAHAN ANJURAN PERBADANAN TABUNG
PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) UNTUK ZON TENGAH
NEGERI JOHOR dengan kerjasama PERTUBUHAN KEBAJIKAN
BAITUL ABRAR MALAYSIA.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan
digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan ini,
Dewan Mesyuarat Pejabat Penyelaras DUN Semarang, Ayer Hitam, bagi bersama-
sama meraikan majlis penyerahan bantuan persekolahan pada pagi yang indah
ini.

Untuk makluman para hadirin dan hadirat sekalian sekali lagi, majlis penyerahan
bantuan persekolahan pada hari ini telah dianjurkan oleh PERBADANAN TABUNG
PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) untuk Zon Tengah Negeri JOHOR iaitu
Ayer Hitam, Parit Sulong, Batu Pahat, Kluang, Sembrong dan Mersing dengan
kerjasama PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL ABRAR MALAYSIA.

4.0 BACAAN DOA

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmatNya. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan;

_____________________________________________________

untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

***************************Bacaan Doa******************************

Amin, amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada

_____________________________________________________

di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


5.0 KATA ALU-ALUAN (TERIMA KASIH)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

9.35 PAGI 6.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENAUNG BAITUL ABRAR MALAYSIA

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini majlis dengan suka
cita menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat, Dato’ Hj. Osman Bin Hj.
Sapian selaku Penaung Baitul Abrar Malaysia untuk menyampaikan ucapan alu-
aluannya. Majlis mempersilakan.

**************************Ucapan Alu-aluan**************************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat, Dato’ Hj. Osman Bin Hj. Sapian
selaku Penaung Baitul Abrar Malaysia di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

9.55 PAGI 7.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PTPTN

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan yang seterusnya dari Yang
Berbahagia, Tuan Wan Saiful Bin Tuan Jan selaku Pengerusi Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi nasional (PTPTN). Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Wan Saiful Bin Tuan Jan untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.

**************************Ucapan Alu-aluan**************************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Wan Saiful Bin Tuan Jan selaku Pengerusi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi nasional (PTPTN) di atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi.
10.30 PAGI 8.0 PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA WAKIL KAWASAN

11.00 PAGI 9.0 PENUTUP

12.00
TENGAHAR 10.0 MAJLIS BERSURAI
I

Anda mungkin juga menyukai