Anda di halaman 1dari 2

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN

KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK)


Kg. Pulau Mantanani, DUN N.08 Pintasan, 89158 Kota Belud
Tel : 017-8159665

Kepada,
Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah
Kota Belud.

Melalui,
UPPM,
Dun N.8 Pintasan
Kota Belud.

MEMOHON MINI ASTAKA DI PADANG, NAIK TARAF PADANG DAN TIANG BOLA
PADANG BELIA KG PULAU MANTANANI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Kampung Pulau Mantanani`mempunyai ramai belia yang aktif dalam


permainan bola sepak. Para belia yang berada di Pulau Mantanani selalu
menganjurkan aktiviti pertandingan bola sepak yang banyak melahirkan
bakat bakat baru dalam pembangunan bola sepak di negeri Sabah. Apa
yang menjadi kesukaran kepada kami sekarang ialah keadaan padang Kg
Pulau Mantanani tidak baik untuk digunakan sekarang akibat keadaan tanah
yang tidak rata dan tiang gol pun sudah rosak teruk.Kadang kadang Ini telah
mengakibatkan kecederaan pada penduduk Kampung yang bermain di
padang tersebut. Untuk makluman pihak Tuan juga di sekitar padang kami
tidak mempunyai Astaka,ini menyukarkan kanak-kanak dan para wanita
yang sama hadir menyokong permainan ini tidak mempunyai tempat yang
sesuai untuk menonton.

3. Sehubungan dengan itu, saya mewakili para belia Pulau Mantanani amat
berharap pihak Tuan dapat membantu merealisasikan impian belia Pulau
Mantanani untuk mendapat mini astaka, Padang Bola dan tiang gol yang
lebih baik dan selamat. Saya amat berharap pemohonan kami ini mendapat
perhatian yang sewajarnya dari pihak Tuan.

Sekian, segala kerjasama dan keperihatinan dari pihak Tuan didahului dengan
jutaan terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

_______________________
( )

Anda mungkin juga menyukai