Anda di halaman 1dari 1

BUDAYA SEKOLAH

Faktor Kepimpinan Guru



Dalin (1993) juga menyarankan individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukan
sesebuah budaya ialah guru. Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai
ilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya
pembelajaran murid secara keseluruhannya. Kebiasaannya, pelajar menjadikan guru sebagai
role model mereka kerana mereka menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan
dan berfikiran jauh ke hadapan. Stolp (1995), kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar
ke arah situasi pembelajaran yang menggalakkan serta membentuk cara budaya pelajar yang
sesuai. Tambahan pula, pengaruh guru terhadap pelajar sangat besar sehinggakan kadangkala
kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka tinggi berbanding daripada ibu bapa
sendiri.

Menurut Bath(2001) guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen
perubahan. Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru juga
memainkan peranan sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada
pelajar. Melalui peranan-peranan tersebut, secara tidak langsung guru dapat menggabungkan
elemen budaya seperti nilai, norma, bahasa, kepercayaan, simbol, pengetahuan dan lain-lain.
Apabila sifat budaya yang diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan
membina budaya sekolah

Anda mungkin juga menyukai