Anda di halaman 1dari 2

Lot 6441, Jalan Teratai 1, Paya Jaras Hilir, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2-6, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62640 Putrajaya (Unit Pengambilan & Penempatan Pelajar). Tuan/Puan, RAYUAN PERMOHONAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI-KHAS AMBILAN JANUARI 2012).

19 JANUARI 2012

Merujuk kepada perkara di atas, saya MOHD ISYHAR FIKRI BIN IBRAHIM No K/P 860225-43-6033 memohon rayuan agar terpilih dalam tawaran kursus perguruan lepasan ijazah ambilan Januari 2012. 2. Pada setiap tahun saya akan memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) bermula pada tahun 2009-2011, namun sentiasa mendapat jawapan yang mendukacitakan. Untuk maklumat pihak tuan/puan, saya telah mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun sebagai guru ganti dan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di sekolah menengah. Saya amat meminati kerjaya sebagai guru dan sanggup di hantar ke kawasan pedalaman serta Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.Guru juga memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Seperti kata Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera.

Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju. Pendek kata, profesion seorang guru sangat mulia dalam melahirkan insan yang cemerlang.

3. Dengan ini, saya memohon agar rayuan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan/puan dan saya sedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jasa baik dan perhatian yang diberikan dari pihak tuan/puan, saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

(MOHD ISYHAR FIKRI BIN IBRAHIM)

Anda mungkin juga menyukai