Anda di halaman 1dari 9

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.


- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.


- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.


- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.


- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan


kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.


- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.


- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.


- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan


kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.


- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.


- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.


- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan


- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.


- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding


kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.


- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah


melakukan satu kesalahan lagi
Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar
kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga
dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan

Jika diberi peluang, semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Jika diberi peluang,
semua pelajar mahu berjaya dalam hidup. Namun, anda perlu ingat bahawa, jika anda
tidak faham konsep di atas, anda akan jadi tidak sabar untuk mengecap sesuatu yang
menyeronokkan. Benar, kejayaan adalah menyeronokkan, tetapi bolehkah anda
bersabar dan berusaha untuk mengecapinya?

Pelajar yang gagal biasanya tidak sabar untuk mengecapi sesuatu yang
menyeronokkan. Lambat sangat nak tunggu seronok dapat keputusan cemerlang,
penat pulak tu kena belajar. Jadi, macam mana nak seronok cepat? –> Melepak…
seronok cepat….. ponteng sekolah…seronok cepat……. ikut kawan hisap rokok…
seronok cepat…… main-main dalam kelas…seronok cepat…..

Malangnya, apa yang cepat menyeronokkan ini selalunya akan menjadi sesuatu yang
sangat-sangat menyakitkan dalam jangka masa panjang…..

 Leave a Comment » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara kata
September 21, 2006

Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita. ~Joseph
Addison 

Saya kagum melihat sahabat-sahabat dan kenalan saya yang berjaya menimba ilmu melalui pembacaan.
Saya juga kagum melihat orang-orang yang berjaya yang benar-benar suka membaca. Benar pepatah
melayu mengatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Jika anda tidak dapat mencapai ilmu, membaca
umpama membina jambatan yang menyambungkan anda dan ilmu.

Membaca membuat minda anda lebih cergas. Membaca membuat anda lebih yakin untuk berbicara.
Membaca juga membuat fikiran anda lebih terbuka kerana anda telah terdedah kepada pelbagai idea,
cerita kehidupan dan budaya yang berlainan.

Mutiara Kata
September 15, 2006

Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan.
Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan.~Osman Affan

Saya percaya anda ada matlamat, sebab itulah anda membaca petua harian ini untuk membantu usaha
anda. Tips-tips motivasi diri menjelang peperiksaan sepanjang minggu ini  menekankan
tentang usaha anda untuk mencapai kejayaan. Walaupun ia mungkin kelihatan mudah, ia tidak begitu
mudah untuk dipraktikkan. Saya sendiri juga sentiasa perlu mengingatkan diri saya supaya sentiasa
mengamalkan tips-tips yang saya kongsikan bersama anda di sini. Saya percaya anda tidak semestinya
perlu baca 1000 petua untuk mencapai kejayaan. Selalunya, hanya dengan satu petua sahaja yang
benar-benar dipraktikkan dan diamalkan, apa yang anda ingin kecapi selama ini akan tercapai.
Persoalannya, sanggupkah anda anda berubah daripada tabiat lama kepada tabiat yang boleh membawa
anda ke arah kejayaan?

Mutiara Kata
September 3, 2006

Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda. ~Jim Rohn

Semasa menjalankan sesi kaunseling, saya dengar banyak cerita daripada ibu bapa tentang anak-
anak mereka yang mulanya cemerlang di dalam darjah 1,2 dan 3 tetapi kemudian semakin merosot
apabila masuk darjah 4 ke atas. Apakah puncanya? Jika saya tanya ibu bapa apakah puncanya, apa
agaknya jawapan mereka?

Majoriti ibu bapa meneka puncanya ialah cikgu yang mengajar dan juga keadaan sekolah yang tidak
terkawal. Apa pendapat anda?

Perkara terbaik yang harus kita buat ialah elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Tuding jari
ke arah kita dahulu.   Saya akan kongsikan sedikit pemerhatian saya terhadap perkara ini.

JIka anda cemerlang diperingkat bawahan dan kemudian semakin menurun, besar kemungkinannya
anda mempunyai potensi kelebihan intelek. Maksud saya, anda mempunyai kelebihan untuk belajar
sesuatu dengan mudah. Jadi, anda berpeluang untuk menjadi pelajar yang sangat cemerlang. Tetapi
kenapa prestasi anda semakin menurun?

Ia berlaku kerana anda tidak mempunyai disiplin belajar. Pada peringkat bawahan, anda boleh
menjawab dengan baik dalam peperiksaan kerana anda mudah ingat apa yang cikgu anda ajar di
dalam kelas. Jadi, walaupun tanpa ulangkaji, anda boleh menjawab dengan baik. Selepas darjah 3 ke
atas, pembelajaran bukan sahaja anda perlu faham apa yang cikgu ajar di dalam kelas, tetapi anda
perlu buat latihan tubi supaya ilmu itu sebati dengan anda.

Mungkin di sinilah kurangnya anda. Anda mungkin terasa yang menjawab peperiksaan tidak semudah
dulu. Sebabnya, dulu anda tidak perlu mengulangkaji, tetapi kini disiplin untuk mengulangkaji dan
membuat latihan adalah sangat penting.

Jadi, jangan risau jika prestasi anda semakin merosot. Anda bukan semakin bodoh. Apa yang perlu
anda lakukan? Disiplinkan diri untuk mengulangkaji setiap hari dan membuat latihan matapelajaran
anda. Insyallah, anda akan lihat prestasi anda meningkat semula. Inilah yang Jim Rohn maksudkan
dengan ganjaran yang berganda.  

Mutiara Kata
Ogos 18, 2006

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. ~Albert Einstein

Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa
bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu
menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa
hendak belajar.

Begitu juga sebaliknya jika imaginasi pelajar menunjukkan bahawa belajar itu mudah dan
menyeronokkan, ia akan menjadi nyata.

Jadi, jika anda belajar itu susah, periksa semula apakah imaginasi anda terhadap pelajaran?

Mutiara Kata
Ogos 12, 2006

Bodoh adalah apabila anda merasa terlalu pandai dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain.
~Osman Affan

Saya tidak suka bercakap tentang perkataan bodoh sebenarnya kerana ia amat sensitif dan kalau
disalah guna akan mendatangkan akibat yang tidak baik dalam jangka masa panjang. Saya selalu
ingatkan sahabat-sahabat saya agar jangan sekali-kali menggunakan perkataan ‘bodoh’ kepada
pelajar kerana kesannya sangatlah tidak baik.

Apa yang kita perlu ingat ialah, bodoh ini bukan satu sifat. Maksudnya, kalau tak tau jawab soalan, itu
bukan bodoh. Kalau gagal dalam peperiksaan itu bukan bodoh. Bodoh ini ialah satu sikap. Ia adalah
satu sikap anda bila anda merasa terlalu pandai dan mula tidak mahu mendengar nasihat atau
pendapat orang lain.

Disekolah, saya pernah bertemu dengan murid sebegini. mereka ini selalu mencari kesalahan guru
dan mentertawakan guru jika guru ada membuat kesilapan. Elakkan sejauh-jauhnya daripada menjadi
pelajar sebegini.  
Mutiara Kata
Ogos 8, 2006

Jangan bazirkan tenaga anda untuk mencari alasan. Sebaliknya, gunakan segala keupayaan
anda untuk mencari dan mencipta jalan penyelesaian. ~Osman Affan

Kenapa kerja sekolah tak siap? “Rumah saya ada kenduri semalam cikgu.”

Kenapa tak datang kelas tambahan semalam? “Kawan-kawan tak beritahu saya ada kelas cikgu.”

Kenapa gagal dalam ujian ni? “Cikgu ajar tak jelas. Lagi pun saya memang lemah sikit subjek ni.”

Semakin banyak kita gunakan keupayaan kita untuk mencipta alasan, semakin kurang keupayaan kita
untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya, kita akan sentiasa tersekat di takuk lama.

Setiap kali ada masalah, elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Cari kesilapan dari dalam diri
sendiri dahulu kerana di situlah selalunya punya kebanyakan masalah kita. Bila kita sudah akui
kesilapan kita, lebih mudahlah untuk kita perbaiki dan majukan diri kita sehingga berjaya.

Mutiara Kata
Ogos 1, 2006

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu
kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan~

Ada masanya kita terlalu tidak sabar untuk mengecap kejayaan. Hari ini kita belajar, esok lusa kita sudah mahu
berjaya dengan cemerlang. Ada yang lebih malang lagi, mahu berjaya dahulu dengan cemerlang baru mahu ada
semangat untuk berusaha.

Kita perlu ingat, kalau kita bersifat tidak sabar dalam mengejar kejayaan, kita akan mula mencari sesuatu aktiviti
yang memberikan kepuasan dengan cepat. Contohnya, ada orang yang mahu menjadi kaya tetapi tidak sabar
kerana usaha untuk menjadi kaya akan memakan masa yang lama, mungkin bertahun-tahun. Jadi, apa mereka
lakukan? Mereka beli nombor ekor, dengan harapan, jika kena, mereka akan kaya dengan segera.

Malang juga kerana saya tahu ada orang yang bertahun-tahun habiskan masa beli nombor ekor tapi masih juga
tidak kaya. Malah, jika masa yang bertahun-tahun itu dihabiskan dengan berusaha di atas jalan yang halal dan
diberkati, sudah pasti mereka akan kaya raya sekarang. Fikirkanlah…..
Mutiara Kata
Julai 29, 2006

Pelajar tanpa kemahiran belajar umpama mekanik yang tidak tahu membaiki kereta. ~Osman Affan~

Kita selalu dengar orang mengatakan bahawa jika anda selalu gagal dalam peperiksaan, anda
mungkin seorang yang bodoh. Ada juga yang sanggup mengatakan yang otak anda lembab jika anda
tidak mampu memahami apa yang cikgu anda ajarkan. benarkah begitu?

Saya tidak percaya itu semua. Saya percaya bahawa, jika anda tidak mendapat keputusan yang baik,
mungkin anda masih tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi sebagai seorang pelajar.

Sebagai pelajar, anda perlu banyak menghafal fakta, tetapi anda tidak tahu kemahiran menghafal,
jadi anda gagal. Sebagai pelajar anda perlu banyak membaca, tetapi anda tidak boleh
membaca dengan kadar yang pantas, jadi anda gagal membaca semua bahan bacaan yang perlu anda
baca.

Apa yang perlu anda sedar di sini bahawa, jika kegagalan anda disebabkan oleh kekurangan
kemahiran, bolehkah anda lakukan sesuatu?? Ya, sudah tentu anda boleh lakukan sesuatu. Kuasai
semua kemahiran belajar yang boleh membantu anda.

Mutiara Kata
Julai 26, 2006

“Kejayaan Boleh Diramalkan”


~Brian Tracy~

Ada orang mengatakan bahawa kejayaan adalah amat sukar untuk dicapai. Jika hendak dicapai pun
susah, apatah lagi hendak diramalkan. Maksudnya, agak mustahil untuk kita meramal bahawa
seseorang akan berjaya disuatu masa akan datang atau tidak.

Tetapi, menurut Brian Tracy (seorang penulis, penceramah, ahli perniagaan dan pakar motivasi
terkenal) kejayaan boleh diramalkan. Maksud beliau, kita boleh tahu seseorang akan berjaya atau
tidak di masa akan datang berdasarkan apa yang mereka lakukan sekarang.
Untuk lebih mudah faham, cuba bayangkan anda melihat ibu anda memasak mi segera. Anda lihat
dengan teliti setiap perkara yang ibu anda lakukan. Kemudian, anda ikuti langkah itu semula satu
persatu. Jika anda lakukan semua apa yang ibu anda lakukan dengan terperinci, bolehkah saya
ramalkan bahawa anda pasti akan berjaya memasak mi segera sebaik ibu anda? Tentu jawapannya ya
bukan?

Itulah yang dimaksudkan oleh Brian Tracy. Jika anda mahu berjaya, lakukan apa yang orang telah
berjaya lakukan. Jadi, jika anda masih tidak berjaya, kaji semula apa yang anda lakukan selama ini.
Mungkin ada langkah anda selama ini tidak sesuai dengan apa yang anda ingin capai.

Satu lagi pengajaran penting, jika anda masih tidak berjaya, bukan bermakna anda tidak pandai atau
lemah. Ia cuma bermakna anda masih belum melakukan sesuatu dengan betul. 

…..saya berjaya kerana saya sanggup melakukan sesuatu yang saya tidak selesa lakukan, dan saya
sanggup lakukan sesuatu yang tidak mudah dilakukan…” Azizi Ali.

99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~ SERIBU

JALAN, SEJUTA ALASAN


“Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”.

Buka minda untuk menerima ilmu. Ilmu mudah diterima dengan minda yang terbuka. ~Osman
Affan~

“Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda
bersyukur datang kepada anda sepanjang hari. ~Osman Affan~”

Anda mungkin juga menyukai