Anda di halaman 1dari 2

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan.

~Albert Einstein

Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa
bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu
menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa
hendak belajar.

Begitu juga sebaliknya jika imaginasi pelajar menunjukkan bahawa belajar itu mudah dan
menyeronokkan, ia akan menjadi nyata.

Jadi, jika anda belajar itu susah, periksa semula apakah imaginasi anda terhadap pelajaran?

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu
bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan.
Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan

Jika diberi peluang, semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Jika diberi peluang, semua pelajar
mahu berjaya dalam hidup. Namun, anda perlu ingat bahawa, jika anda tidak faham konsep di atas,
anda akan jadi tidak sabar untuk mengecap sesuatu yang menyeronokkan. Benar, kejayaan adalah
menyeronokkan, tetapi bolehkah anda bersabar dan berusaha untuk mengecapinya?

Pelajar yang gagal biasanya tidak sabar untuk mengecapi sesuatu yang menyeronokkan. Lambat
sangat nak tunggu seronok dapat keputusan cemerlang, penat pulak tu kena belajar. Jadi, macam
mana nak seronok cepat? –> Melepak…seronok cepat….. ponteng sekolah…seronok cepat……. ikut
kawan hisap rokok…seronok cepat…… main-main dalam kelas…seronok cepat…..

Malangnya, apa yang cepat menyeronokkan ini selalunya akan menjadi sesuatu yang sangat-sangat
menyakitkan dalam jangka masa panjang…..

21 Aug 09 | Koleksi kata-kata hikmat | Read on | Comments (0)

Kata-kata hikmat

“Manusia adalah kejadian yang sempurna tetapi

apa yang manusia lakukan selalunya

yang kurang sempurna.”

“Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh
apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa
yang dipunyainya.”

“Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita tetapi
apa yang lebih penting ialah apa

yang kita fikirkan tentang

diri kita dan orang lain.”

“Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah
hak mutlak kita.”

“Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, kenalilah diri
anda sebelum anda mengenali orang lain.”

“Lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu daripada kita tak tahu apa yang kita tahu.”

“Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak
mempunyai cita-cita untuk mencuba.”

“Kenal pasti kelemahan diri anda dan bertindak mulai sekarang.”

“Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang
betul terhadap diri sendiri.”

“Setiap label yang kita berikan pada diri kita akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi
kita.”

“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan
untuk gagal.”

“Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah
hak mutlak kita.”

“Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak
mempunyai cita-cita untuk mencuba.”

“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan
untuk gagal.”

“Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri.”

Anda mungkin juga menyukai