Anda di halaman 1dari 4

Pengurusan Ketegangan

1.Penurunan tahap kesihatan


 
 Seseorang yang menghadapi ketegangan kelihatan letih, kurang berupaya untuk menjalankan
sesuatu tugas serta sering menghadapi penyakit.

2.Perubahan tingkah laku


 
 Ketegangan yang dialami dapat dilihat peningkatan keganasan yang dilakukan oleh seseorang.
Tindakan mengambil minuman keras dan merokok. Ada juga yang sesetengahnya mengambil
dadah untuk mengatasi masalah ketegangan.
 
3.Perubahan sikap
 
 Perubahan sikap boleh dilihat dengan perubahn psikologi dan emosi.Ia akan kelihatan murung dan
selalu mengelakkan diri apabila diberi tugasan. Mereka akan menunjukkan sikap panas baran bila
ada pihak yang melakukan kesalahan.
 
4.Penurunan prestasi
 
 Hasil kerja semakin merosot .Prestasi kerja menurun kerana sering kali tidak hadir kerja.
 
 
1. Mengenal pasti punca ketegangan
 
 Individu yang sedang menghadapi ketegangan. Sama ada sebab persekitaran luaran, faktor
organisasi, sifat kerja, perhubungan dengan ketua atau rakan sejawat, situasi domestik dan
sebagainya. Individu yang dapat mengenal pasti punca ketegangan akan berupaya menangani
ketegangan dan dapat memikirkan jalan untuk mengelakkan ketegangan.
 
2. Mengenalpasti tahap ketegangan
 
 Individu perlu mengenal pasti tahap ketegangan. Ketegangan yang berlainan memerlukan
tindakan yang berlainan. Tahap ketegangan ada 3 iaitu psikologi, fisiologi dan tingkah laku.
 
a)Tahap normal
 Ketegangan normal akan dihadapi oleh individu apabila ada tekanan
 
b)Tahap sederhana
 Individu terbabit mengambil tindakan segera untuk elak kesan buruk
 
c)Tahap tinggi
 Mendapatkan sokongan pihak luar agar dapat hadapi masalah
 
3. Memilih teknik yang sesuai untuk menguruskan ketegangan
 
 Pemilihan teknik untuk menguruskan ketegangan bergantung pada punca dan tahap ketegangan yang
dialami seseorang individu

4. Memberikan latihan untuk mengatasi ketegangan

 Latihan ketegangan merupakan suatu bentuk kemahiran dan pengetahuan yang perlu dikuasai setiap
individu yang mengalami ketegangan dalam kehidupan seharian. Semasa sesi latihan, individu
didedahkan dengan berbagai-bagai jenis teknik untuk menangani ketegangan. Individu boleh juga
mengambil insiatif sendiri untuk menghadiri latihan sedemikian atau organisasi boleh digalakkan untuk
mengendalikan sesi latihan bagi pekerja mereka bagi mendapatkan khidmat dari pihak luar.

Anda mungkin juga menyukai