Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam usaha

mengangkat dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu Alam Melayu sejak kedatangan Islam di alam ini pada abad ke

13. Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri antara tokoh ilmuan

tempatan yang lahir pada zaman kegemilangan Islam pada abad ke

17 dan 18. Mereka telah menghasilkan karya mereka menggunakan

tulisan Jawi.

Sebelum negara kita merdeka, Pendidikan Islam telah diajar

secara tidak formal melalui sistem belajar di rumah guru, pondok

dan sistem madrasah (Abdullah Abdul Kadir, 1960: Sabri Said 1983:

Abdullah Ishak 1987). Buku-buku yang menjadi bahan pengajaran

dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada juga yang

ditulis dengan Bahasa Arab (Abdullah Ali Hassan 1980: Abdullah

Jusuh 1990).

Setelah kemerdekaan negara dan sistem persekolahan formal

diperkenalkan, Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib

1
bagi setiap pelajar yang beragama Islam (Pusat Perkembangan

Kurikulum 1991).

Pendidikan Islam adalah satu proses yang mampu mendidik

akal, jasmani dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai insaniah

yang bersumberkan al-Quran dan Hadith untuk melahirkan insan

yang bertaqwa. Pendidikan Islam turut melatih perasaan halus

pelajar supaya sikap, tindakan dan segala keputusan mereka

ditadbir oleh nilai-nilai kerohanian dan etika Islam (Abdullah Jusoh,

1990).

Wan Zahid Wan Nordin (1994) menyatakan bahawa dalam

konteks dunia moden pada hari ini, Pendidikan Islam amat penting

untuk memastikan murid mempunyai kekuatan dalaman bagi

menyesuaikan diri dengan keperluan semasa agar mereka tidak

terkeluar daripada landasan nilai etika dan kerohanian. Hal ini amat

relevan dengan ciri-ciri Pendidikan Islam yang sentiasa sesuai

untuk diguna pakai dengan pelbagai situasi dalam kehidupan

manusia.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

2
Falsafah Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk

menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam

berdasarkan al-Quran dan Sunnah, bagi membentuk sikap,

kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah

yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri,

masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di

dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat .

Walaupun akta Bahasa Kebangsaan 1963 menyebut, bahawa

ketetapan tulisan Rumi sebagai tulisan Bahasa Kebangsaan ia tidak

harus menghalang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali

sebagai tulisan Jawi, namun peruntukan ini kurang diendahkan.

Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah kurang mendapat

perhatian walaupun perkara ini termasuk dalam sukatan pelajaran.

Perkara ini berlaku kerana tidak ada soalan peperiksaan yang

mewajibkan calon menjawab dalam tulisan Jawi

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni

negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada

generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita yang

murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara, antaranya

dengan menyemak kurikulum baru KSSR dan KSSM. Tujuan

penyemakan ini antara lain ialah untuk memantapkan Akta

Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3
dan mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran semasa dan

akan datang pada abad ke 21.

Program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)

merupakan usaha memperkasakan Pendidikan Islam dalam

pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program ini

adalah cetusan idea mantan YAB Perdana Menteri Malaysia kelima

iaitu Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang berhasrat

melahirkan pelajar sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau

turut menyarankan agar Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardhu

ain dihayati dan Jawi diperkukuhkan bermula dari sekolah rendah.

Penguasaan pelajar terhadap bacaan dan ejaan jawi

bergantung kepada aspek kandungan matapelajaran, pendekatan,

kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Oleh itu, guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF perlu menguasai

kemahiran tersebut serta mengaplikasikannya semasa pengajaran

dan pembelajaran disamping kemahiran pedagogi dan psikologi

supaya objektif pelajaran yang telah dirancang dapat dicapai.

Melalui kajian ini diharap dapat mengetahui sejauh mana

penguasaan kemahiran bacaan dan ejaan jawi bagi meningkatkan

pencapaian matapelajaran Pendidikan Islam murid tahun 4 di

sekolah rendah.

4
1.3 PENYATAAN MASALAH

Pergolakan untuk menentukan jenis tulisan bagi Bahasa

Melayu;sama ada tulisan Jawi atau Rumi timbul sekitar tahun 1950

hingga 1956. Pada tahun 1956 keputusan yang diambil iaitu tulisan

bagi Bahasa Melayu ialah tulisan Rumi. Di Malaysia, ketetapan ini

telah diinstitusikan menerusi Dasar Pelajaran Kebagsaan 1956 dan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Sejak itu bermulalah zaman

kemalapan bagi tulisan Jawi (Hamdan Abdul Rahman 1999)

Oleh itu, tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia

pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Quran (Kang Kyoung

Seouk, 1990). Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan

pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi

membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam

Pendidikan Islam.

Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan

dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang

Mohamad Amin, 1989). Kajian daripada Mustapha Yazid (1991)

mendapati 95 peratus murid mempunyai sikap negatif terhadap

tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai

dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian

dan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

(Sulaiman Ngah Ghazali, 1990 : Azman Wan Chik 1986). Murid-

5
murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan

menulis Jawi akan terus ketinggalan dalam matapelajaran

Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh

guru menggunakan tulisan Jawi (Muhammad Endut, 1992).

Isahak Haron dan Hassan Basri (1994) berpendapat, kelemahan

pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai kemahiran

Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada

peringkat sekolah rendah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian yang utama ialah untuk mengenalpasti dan

mengumpul data yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran

menulis ejaan Jawi. Ia bertujuan untuk memudahkan tindakan

susulan dijalankan bagi memastikan peningkatan kecemerlangan

dan pembangunan insan yang berkualiti untuk mencapai visi

sekolah.

Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap penguasaan menulis ejaan Jawi

berdasarkan latar belakang murid.


1.4.2 Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan bagi menilai

tahap pencapaian murid.

6
1.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-

soalan berikut:

1.5.1 Sejauh manakah penguasaan menulis ejaan Jawi oleh murid

Tahun 3 di sekolah rendah?


1.5.2 Sejauh manakah latar belakang murid mempengaruhi

penguasaan ejaan Jawi?


1.5.3 Apakah kaedah yang boleh digunakan bagi menilai tahap

pencapaian ejaan Jawi ?

Melalui instrument soal selidik ini, diharap pada akhir kajian

dapat menjelaskan kepada pendidik bahawa minat dan

kecenderungan dalam sesuatu matapelajaran mempunyai

hubungkait secara keseluruhannya.

Pada akhir kajian ini juga, pengkaji akan membuat rumusan

berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan

selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan.

1.6 MATLAMAT KAJIAN

Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan murid untuk

menerima ilmu adalah perkara asas dalam memastikan pelajar

tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di

sekolah. Umum juga disajikan dengan beberapa kajian yang

7
menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah

antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu

pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering kali mendengar

apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang

pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan

pemikiran (IQ) dan faktor luaran (EQ) pelajar juga sering dijadikan

alasan kepada kegagalan pengeasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor

yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian

daripada sudut berbeza. Melalui instrumen yang telah dibina, kajian

ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran

dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latar belakang

sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini berdasarkan kepada

pemerhatian dan pembacaan pengkaji berkaitan pencapaian UPSR

di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar.

Pengkaji mendapati ada faktor yang berbeza daripada sudut

pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid-murid

dengan hubungan mesra antara guru dengan murid. Ini

berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru Pendidikan Islam

yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika

sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh

murid-murid.

8
Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering

berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait

penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran dengan minat

yang telah dipupuk dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru

semasa murid berada di tahap yang lebih rendah. Justeru, dengan

menggunakan instrumen soal selidik, kajian ini pada akhirnya akan

menjelaskan kepada pendidik bahawa minat dan kecenderungan

pelajar dalam sesuatu matapelajaran mempunyai hubungkait

secara keseluruhan.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

1.7.1 Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat

murid antaranya ialah latar belakang murid, keluarga dan

pencapaian semasa murid. Ini memudahkan guru Pendidikan

Islam untuk lebih memahami masalah murid dan cuba

mencari pendekatan atau kaedah yang sesuai bagi

mengatasi masalah tersebut.


1.7.2 Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah,

sederhana, baik dan sangat baik. Bagi murid yang lemah,

data sedia ada dapat membantu guru untuk melakukan

pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada

di dalam kelas dan Kem Celik Jawi. Murid yang berada di

tahap penguasaan sederhana pula akan memudahkan guru

9
untuk menjalankan aktiviti tambah nilai dan pengayaan yang

sesuai berdasarkan aras pencapaian murid tersebut.


1.7.3 Dapat mengenalpasti bagaimana kecenderungan murid

terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi

boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan

terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.


1.7.4 Dapat merungkaikan hubungan antara prestasi pelajar

dengan latar belakang sosiobudaya dan ekonomi, perkaitan

antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan

merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan

kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa murid.

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini akan melibatkan 18 orang pelajar

lelaki dan 22 orang pelajar perempuan tahun 4 di Sekolah

Kebangsaan Bukit Rahman Putra Sungai Buloh sebagai sampel

kajian (soal selidik dan pengumpulan data). Antara sumber kepada

data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika mereka berada

di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa,

ujian-ujian bulanan dan instrument pencapaian Jawi 6 bulan

pertama tahun 2012 yang termasuk dalam instrument j-QAF.

Kajian ini juga hanya terbatas kepada penguasaan murid

terhadap kemahiran asas mengeja ejaan Jawi seperti satu suku kata

tertutup, dua suku kata terbuka dan menyambung huruf jawi.

10
Pendekatan kemahiran membaca juga digunakan secara tidak

langsung dalam penyelidikan ini.

1.9 KERANGKA KAJIAN/KONSEP

Dalam menyediakan kerangka kerja, kita perlu menyediakan

tentang persoalan yang akan timbul. Antaranya boleh dirumuskan

seperti berikut:

Pelajar Pemerha Keputusan


ti Peperiksaan

Analisa Ujian

Rumusan

Positif Negatif

1.10 MAKSUD SINGKATAN

11
1.10.1 j-QAF Program pemantapan Pendidikan Islam yang

diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005.

J- Jawi, Q- Quran, A- Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.

1.10.2 GPI Guru Pendidikan Islam.

1.10.3 P & P Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan

maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. (Heinich, Molenda,

Russell, 1981)

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku

Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk,

1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan

dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi,

kepercayaan dan tingkahlaku. Dalam kajian ini, konsep

pembelajaran dipadanlan dengan aktiviti dan penglibatan murid-

murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam.

12
1.11 RUMUSAN

Dalam bab ini membincangkan aspek-aspek utama dalam Bab 1

yang dibahagikan kepada 11 subtopik iaitu pendahuluan, latar

belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif

kajian, matlamat kajian, kepentingan kajian, batasan kajian,

kerangka kajian, definisi istilah dan rumusan.

Bab ini merumuskan bahawa penguasaan kemahiran menulis

Ejaan Jawi membantu meningkatkan pencapaian matapelajaran

Pendidikan Islam murid-murid di sekolah. Guru berperanan sebagai

pembimbing dan pemudah cara untuk membantu murid menguasai

penulisan ejaan Jawi serta menarik minat murid ke arah meminati

matapelajaran Pendidikan Islam.

13

Anda mungkin juga menyukai