Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA

PROGRAM “KAWAN DAN ALAM”

Untuk program PQI 6001

Sejarah dan Falsafah Pendidikan

TARIKH

31 Oktober 2018

TEMPAT:

SK Methodist Petaling Jaya

Ahli Kumpulan

NAMA NO. MATRIK


Noor Izzati Binti Mohd Said PQI180240
Connie Lahsah PQI180227
Elfera Bt Polly PQI 180235
Pramilaa A/P Paramasivan. PQI180219
Evashema Md Sedik PQI180269
Juraidah Binti Zamrah PQI180226
Fazila Binti Abdillah PQI180225
Siti Aisyah Binti Mesri PQI180125
Mawaddah Binti Zulkepeli PQI180270
Najwa Hamna Binti Ishak PQI180199
Lukaman Augustine PQI180166
Siti Aisyah Azhara Binti Abdul Mutalib PQI180031
Siti Aisyah Binti Shariff PQI180122
Nur Liyana Binti Abdul Karim PQI180135

1 | Page
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kelulusan daripada pihak Ketua Jabatan
Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah untuk mengadakan program “Kawan dan
Alam” yang akan diadakan pada 31 Oktober 2018 bertempat di Dewan SK Methodist
Petaling Jaya. Kertas kerja dan aktiviti ini adalah salah satu tugasan kerja berkumpulan
untuk subjek Sejarah dan Falsafah Pendidikan (PQI 6001).

2.0 PENGENALAN

Program “Kawan dan Alam” ini ialah program yang akan dianjurkan oleh 14 pelajar DPP
Semester 1 yang diadakan di Dewan SK Methodist Petaling Jaya. Program ini diadakan
bertujuan memberikan kesedaran kepada pelajar Tahun 6 sebanyak 64 pelajar tentang
kepentingan alam sekitar dalam kehidupan dan memupuk kerjasama antara pelajar selain
mecapai tugasan berkumpulan untuk PQI 6001. Asas program ini adalah memupuk diri
setiap individu yang merangkumi kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan pemahaman
terhadap konsep kepentingan alam sekitar.

Dalam program ini, pelajar akan diberi pendedahan tentang alam sekitar, bahan kitar
semula, penggunaan bahan kitar semula dan kepentigan menjaga alam sekitar. Selain itu
juga, pelajar akan didedahkan sikap kerjasama apabila berada dalam pasukan untuk
melatih pelajar agar mudah bersosial apabila meningkat naik ke Tingkatan 1. Dalam masa
yang sama, program ini memberi peluang kepada pelajar DPP untuk menyiapkan tugasan
wajib untuk subjek Sejarah dan Falsafah Pendidikan, serta memupuk sikap positif untuk
menyediakan pelajar DPP ini menguruskan pelajar dengan baik.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini peserta akan dapat:


1. Meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan alam sekitar.
2. Mendapat pengalaman dalam bekerja secara kumpulan
3. Mengaplikasikan pengetahuan untuk masa hadapan.

2 | Page
4.0 ANJURAN

Pelajar Tahun 1 Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Universiti Malaya.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

i. Tarikh : 31 Oktober 2018


ii. Hari : Rabu
iii. Masa : 8:00 pagi hingga 12:50 tengah hari
iv. Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Methodist Petaling Jaya
6.0 SASARAN PESERTA
Sasaran peserta bagi program ini adalah semua pelajar Tahun 6 sebanyak 64 pelajar.

7.0 PENDEKATAN PROGRAM

Pengendalian kursus ini adalah berasaskan satu kumpulan yang besar. Untuk Kesedaran

Alam sekitar, satu tayangan video tentang alam sekitar akan disiarkan. Penerangan Video

tersebut akan di sampaikan oleh pelajar Diploma Pendidikan dari bidang berkenaan. Satu

aktiviti tentang konsep kitar semula akan dijalankan untuk memantapkan ilmu pelajar

tentang kitar semula dan alam sekitar.

Untuk konsep 'Kawan' pula, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan

yang mempunyai 5 hingga 10 ahli. Satu permainan berasaskan barang kitar semula akan

djalankan untuk memantapkan kerjasama dalam satu kumpulan.

Manakala aktiviti kreativiti bersama alam sekitar pula, pelajar akan dibahagikan

kepada 10 kumpulan. Pelajar dikehendaki menghasilkan suatu produk yang kreatif

menggunakan bahan-bahan kitar semula. Seterusnya, satu pertandingan rekaan pakaian

menggunakan surat khabar.

3 | Page
7.1 Kaedah Kursus

i. Sesi Video Interaktif dan Perbincangan


ii. Permainan bersifat pertandingan
iii. Membuat aktiviti menggunakan bahan kitar semula
iv. Pertandingan rekaan pakaian menggunakan bahan kitar semula

7.2 Sinopsis Program

7.2.1 ALAM
 Video dan refleksi tentang kepentingan alam dan konsep kitar semula kepada
pelajar. Konsep kitar semula adalah konsep yang terkini dan lebih kreatif.
Pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih luas tentang konsep kitar
semula selari dengan alaf ke-21 ini.

7.2.2 KAWAN

Terdapat 4 permainan berasaskan bahan kitar semula akan dipertandingkan dalam

setiap kumpulan. Permainan ini adalah untuk memupuk kerjasama antara murid.

 Zero-Point

Permainan ini adalah berasakan getah kuning yang dijalinkan sehingga

panjang. Setiap kumpulan hendaklah bekerjasama untuk melepasi pusaran

getah mengikut tahap tertentu. Pada akhir permainan, setiap kumpulan

hendaklah bersama untuk memenangi Zero-Point dengan memastikan ahli

berada dalan pusaran getah selama 3 minit. Pemenang berdasarkan kelebihan

masa yang lama semasa dalam pusaran getah. Permainan ini untuk memupuk

sikap kerjasama yang kukuh dalam pelajar

4 | Page
 Paper Walking

Setiap kumpulan akan di berikan sebanyak 7 helaian surat khabar lama untuk

menghasilkan jambatan yang akan dilalui hingga ke titik penamat. Kumpulan

yang memenagi permainan ini berdasarkan kepantasan masa dan keadaan surat

khabar yang masih dalam keadaan baik. Aktiviti ini untuk membentuk

kerjasama antara kumpulan serta kemahiran berfikir untuk menyelesaikan

masalah.

 Teng-Teng, Gelung dan Botol

Pelajar hendaklah melepasi permaian teng-teng sebelum membaling gelung

dari belakang ke arah botol. Botol terpakai akan digunakan dan gelung adalah

hasil dari setiap kumpulan dari kepingan surat khabar. Kumpulan yang

mempunyai gelungan yang banyak akan dikira pemenang. Permainan ini untuk

memastikan pelajar saling menyokong antara satu sama lain apabila dalam

keadaan kritikal.

 I win I hop

Gelung yang dihasilkan dengan kertas akan digunakan untuk permainan

gunting batu kertas dan melompat ke dalam gelung sehingga garisan tamat.

Permainan ini adalah untuk memupuk semangat toleransi antara pelajar untuk

cekap dan bersabar dalam berpasukan.

5 | Page
7.2.3 Kreativiti bersama alam sekitar

Para pelajar akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan

mempunyai lebih kurang 6 orang ahli. Aktiviti pada sesi ini lebih tertumpu kepada

aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dimana para pelajar dikehendaki

menghasilkan produk yang kreatif menggunakan bahan-bahan yang boleh di kitar

semula seperti botol air, surat khabar, sudu plastik dan tin minuman. Di dalam

setiap kumpulan pula, setiap dua orang pelajar akan mereka cipta produk yang

berbeza dengan ahli kumpulannya yang lain. Antara aktiviti-aktiviti yang akan

diadakan ialah:

 Menanam bunga menggunakan bahan kitar semula. Para pelajar dikehendaki

membuat pasu menggunakan botol air dan mendekorasi botol tersebut agar

kelihatan menarik menggunakan barang-barang yang akan disediakan oleh pelajar

DPP.

 Membuat bekas pensil menggunakan tin minuman terpakai dan mendekorasikan

tin tersebut dengan tema haiwan.

 Membuat bunga menggunakan sudu. Hasil kerja tersebut boleh diletakkan didalam

kelas untuk tujuan perhiasan.

7.2.4 Pertandingan ‘Kreativiti menggunakan bahan kitar semula”

 Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan rekaan pakaian menggunakan

bahan-bahan kitar semula iaitu surat khabar. Para pelajar diminta untuk

6 | Page
mendekorasikan pakaian tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Rekaan

pakaian yang menarik akan diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan.

Pertandingan ini dapat memupuk nilai kerjasama dalam kumpulan. Selain itu,

pertandingan ini juga dapat membuktikan kesedaran mengenai mengenai 3R

(Reuse, Reduce, Recycle) semakin meningkat dan ia juga dapat melahirkan bakat-

bakat baharu dalam bidang rekaan fesyen khususnya pakaian dengan menggunakan

bahan terbuang.

III. Refleksi Besar

Peserta juga diberi peluang untuk membuat refleksi, berkongsi pengetahuan,


perasaan dan pandangan.

7 | Page
8.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI

8.00 a.m –8.30 a.m Sesi Pengenalan bersama Pelajar DPP

8:30 a.m– 9:00 a.m Video Interaktif ‘ALAM’ dan Penerangan

9:00 a.m – 9:30 a.m Program ‘KAWAN’

9:30 a.m – 10:00 a.m Penyampaian hadiah

10:00 a.m – 10:20 a.m Rehat


*makanan tidak disediakan*
10:30 a.m – 11:00 a.m Ice Breaking Sesi II

11:00 a.m – 12:00 p.m Kreativiti bersama alam sekitar

12:00 p.m – 12:15 p.m Kesedaran menjaga alam sekitar

12:15 p.m – 12:50 p.m Penyampaian Hadiah & Sesi Fotografi

9.0 PENUTUP

Jawatankuasa pelaksana berharap agar program ini mendapat sokongan dan kelulusan
daripada pihak Ketua Jabatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Universiti
Malaya). Justeru, kerjasama dan bantuan daripada semua pihak adalah amat dialu –
alukan demi menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………. ……………………………..
Elfera Binti Polly Lukaman Augustine
PQI 180235 PQI 180166
018-981 2257 012-9716593

8 | Page

Anda mungkin juga menyukai